Salam dan Hi Semua..
Menu tambahan makan malam kami. Resipi dicuba dari Mama G Food Industries.
KEPAK AYAM PANGGANG BERMADU
Bahan2:
10 kepak ayam - dipotong drummet menjadi 20 bahagian
garam dan lada hitam secukupnya
sedikit air
- cucuk ayam dengan garfu
- masukkan ayam ke dalam periuk berisi air. Tambah garam dan lada hitam. Panaskan selama lebih kurang 10 minit. Toskan.
~ tujuan: supaya bahagian dalam ayam masak dan menambah rasa pada bahagian dalam ayam supaya lebih juicy dan berperisa
6 ulas bawnag putih - tumbuk halus
1/2 inci halia - tumbuk halus
3 sb madu
3 sb sos cili
3 sb sos tiram
2 sb sos ikan
6 sb kicap manis
2 sb serbuk cili
-masukkan kesemua bahan di atas dan gaul rata. Masukkan ayam dan gaul rata.
-Tuangkan ke dalam kuali leper atau non stick, panaskan dengan api sederhana supaya kepak ayam menyerap semua rasa.
- Panaskan hingga kuah pekat seakan karamel.
- Kemudian, susun ayam atas dulang beralas baking paper, bakar dalam oven pada suhu 190 selama 20 minit (terbalikkan selepas 10 minit). Masa ni kepak ayam akan jadi crispy di luar juicy di dalam.
Monday, 12 December 2016
Tom Yam Campur
Salam dan Hi Semua...
Tengahari tadi saya cuba resipi baru yang dikongsikan oleh page Resepi Sedap. Katanya resipi asal dari Chef Wan Luqman. Sedap rasa tom yam nya, habis licin tak bersisa kami sekeluarga makan. Alhamdulillah. Tapi oleh sebab ada barang yang takde di rumah, jadi saya ada olah sedikit resipi asal. Saya campur daging ayam dan udang. Jom semak!
TOM YAM SEDAP
Bahan-bahan:
1 labu bawang besar - saya guna 2 labu bawang holland
3 cawan air - saya 4 cawan air
1 batang serai - dititik
4 helai daun limau purut
4 hiris lengkuas
daging - dihiris nipis
isi ayam - dihiris dadu
udang
1 batang lobak - hiris nipis
2 batang celeri - hiris serong
bunga kobis - hiris nipis
5 sudu besar pes tomyam
1 kiub pati tomyam knorr
1 sudu besar gula
1 sudu besar sos ikan
15 tangkai cili padi - resipi asal guna cili flakes
2 senduk kecil santan
sedikit perahan limau nipis - saya tambah
garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Panaskan minyak zaitun (saya guna minyak masak biasa ja). Tumis bawang hingga layu dan naik bau, masukkan air bersama daun limau purut, serai, lengkuas dan daging.
2. Biarkan mendidih seketika supaya daging separa empuk.
3. Masukkan pes tomyam, kiub tomyam, sos ikan dan juga gula.
4. Masukkan ayam, lobak, bunga kobis dan juga celeri. Biarkan lobak empuk seketika.
5. Tambahkan udang, santan, perahan limau dan garam.
6. Tambahkan cili padi.Biarkan mereneh kejap.
7. Tutup api, masukkan daun ketumbar.

Tuesday, 22 November 2016
Terung Bakar Sambal Air Asam
Salam dah Hi Semua...
Pagi tadi saya masak lauk yang sedikit berlainan untuk lunch box en suami. First time masak terung. Kan resipi pertama berkenaan terung adalah terung bakar sambal air asam dicuba dari blog Mummsayf.
Tanpa buang masa meh la kita semak resipi.
TERUNG BAKAR SAMBAL AIR ASAM
Bahan-bahan:
Terung bakar
1 biji terung panjang - saya belah memanjang dan tiap satu bahagian potong 3
garam
lada hitam
minyak zaitun
-cuci terung dan potong ikut suka. Dengan pantas lumurkan garam lada hitam dan minyak zaitun. jangan biar lama nanti dia kehitaman.
-lepas seketika, panaskan kuali non stick, dan bakar terung hingga masak. ketepikan.
Sambal air asam
1 ulas bawang besar - dipotong dadu
2 biji cili merah*
6 biji cili padi* - saya tambah
1 inci belacan*
air asam pekat
garam
gula
-Tumbuk bahan bertanda *
-dalam kuali sama, panaskan minyak. Tumis bawang besar serta bahan bertanda*.
- selepas itu masukkan air asam pekat dan perisakan dengan garam dan gula scukupnya.
- tuangkan sambal di atas terung yang dibakar tadi.

Monday, 21 November 2016
Asam Pedas Melaka Ikan Siakap
Salam dan Hi Semua..
Hari ini pagi-pagi saya masakkan asam pedas untuk lunch box en suami. Resipi dari bonda kesayangan saya..
ASAM PEDAS MELAKA IKAN SIAKAP
Bahan-bahan:
5 potong ikan siakap - dibersihkan
25 tangkai cili kering*
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci belacan*-dibakar terlebih dahulu
1 batang serai - dititik
segenggam bendi
daun kesom
air asam
garam, gula atau perasa
- Kisar halus bahan bertanda *
- Panaskan minyak, tumiskan bahan bertanda *dan serai, masak hingga pecah minyak.
- Masukkan air asam, bendi dan juga daun kesom.
- Setelah mendidih perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
- Masukkan ikan, perlahankan api, biar mendidih seketika.

Labels:
ikan,
masakan,
masakan melayu
Saturday, 19 November 2016
Salted Butter Prawn Terlajak Sedap
Salam dan Hi Semua..
Hari ini untuk lunch saya cuba masak butter prawn basah. Tak puas makan seafood di Sabah baru-baru ini (entry cuti-cuti Malaysia Sabah pon tak berkesempatan lagi tulis..huhu..T_T). Lagipon kami ada bawa balik seafood Sabah. Beli udangnya 1 kg. RM40 ye 1 kilo. besar dan murah. Besar sgt udang ni saya buat separuh je dulu. Resepi dirujuk dari blog My Life and My World, tapi ada ditokok tambah sesedap mulut. Hihi.
SALTED BUTTER PRAWN TERLAJAK SEDAP
Bahan-bahan:
500g udang saiz bapak besar - dibersihkan dan buang misai 2 urat dia
2 biji telur masin - direbus dan ambil kuningnya (hancurkan dengan garfu)
125g butter
150ml susu cair - saya guna susu full krim
3 pelepah daun kari
3 ulas bawang putih - dicincang halus
10 tangkai cili padi - diketuk
1 keping cheddar cheese - saya tambah
sedikit minyak
gula secukup rasa
- panaskan minyak dan cairkan 1/5 daripada sukatan butter, masukkan udang, masak sekejap je hingga udang bertukar warna. Ketepikan.
- Tambahkan baki butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga harum, tuangkan susu.
- Masukkan telur masin yang telah dilenyek tadi, gaul rata.
- Tambahkan cheese, masak hingga pekat sikit.
- Masukkan udang, gaul rata.
- Tambah sedikit gula untuk balancekan rasa, kacau rata dan hidangkan. Jangan masak lama ye butter cepat hangit bila memekat.
Wednesday, 19 October 2016
Daging Goreng "Bawang Tumis"
Salam dan Hi Semua..
Hari ini merupakan hari ke3 en suami bawa bento ke tempat kerja. Sebelum ni pernah juga buatkan lunch box untuk dia tapi on off ikut dan. Harap kali ni berterusan lah. Seronok dia kata sebab tak perlu dah pikir nak keluar beli lauk apa semua kan. Kesian kat dia selalu tak berkesempatan lunch.
Dapat idea nak masak menu hari ini masa teman en suami jogging petang semalam. Dia jogging kita scroll fb cari resipi..hihihi. Tengok resipinya sangat simple dan semua bahan pun ada. Dan yang penting memang sangat sedap. Terima kasih tuan resipi FHA Selemak Santan.
Jom semak resipi!
DAGING GORENG BAWANG TUMIS
Bahan A
350g daging
1 st serbuk kunyit
garam secukupnya
1 st serbuk lada hitam
Air secukupnya
Bahan B
Minyak secukupnya
5-6 biji bawang besar dibelah 2 dan dihiris tebal - saya guna 2 biji bawang holland saiz besar
10-15 biji cili padi merah dihiris serong - saya guna hot chilis (scotch bonnet) yg dibeli dari maldives tempohari
10-15 biji cili padi hijau dihiris serong

- Daging dihiris nipis, gaul dengan serbuk kunyit dan garam. (saya biarkan 10 minit)
- Masukkan daging perap, lada hitam dan air (paras daging) ke dalam kuali. Rebus hingga daging lembut sepenuhnya. Guna daging batang pinang sekejap je lembutnya. Kira air rebusan hampir kering dah sedia untuk step seterusnya.
- Tuang sedikit minyak ke dalam kuali, goreng daging 1/3 garing. Ketepikan.
- Tambahkan minyak ke dalam kuali secukupnya untuk menggoreng bawang hingga layu dan terbit bau.
- Masukkan cili padi. Bila cili hampir layu baru masukkan daging .
- Ratakan sebentar dan sedia dihidang.
Labels:
Daging,
masakan,
masakan melayu
Thursday, 29 September 2016
Ber Shell Out Kami Malam Nie..Sedap!!
Salam dan Hi Semua...
Tadi malam kami buat shell out, dah lama simpan resipi. Kebetulan mak ayah ada kat rumah, makan ramai-rami syok, boleh berebut-rebut walau cukup je makanan tu. Lagipon buat sendiri ni jimat banyak, makan kat kedai dapat ciput je. Yang ni puas la makan, siap tolak-tolak untuk dihabiskan.
Hari sebelumnya kami ke market lah, cari bahan2nya. Boleh gunakan apa sahaja makanan laut yang kita suka. Main beli ja berapa banyak, pakai semua. Macam elok-elok pula kuah dengan seafood. Rasanya sos ni boleh buat awal, simpan elok-elok dalam peti ais, nanti bila teringin nak makan shell out cepat ja boleh siapkan. Resepi dicuba dari blog Masam Manis dan Suraya Sulatin. Wajib cuba, memang sangat sedap.
Makanan Laut
Ketam - 5 ekor, dipotong 2
Udang sederhana besar - 25 ekor
Sotong - 7 ekor
Remis - 1kg
Lala - x letak
Kerang - x letak
Pepahat - x letak
Kupang - x letak
Isi ikan - x letak
*sukatan makanan laut ni terpulang ikut minat masing-masing tapi haruslah bersesuaian dengan sukatan sos nya ya.
Bahan Sayuran
Jagung manis - potong 3
Brocoli - x letak
Kentang - potong wedges/ belah 4
Carot - hiris bulat
Bunga kobis - potong kecil
Bahan Rempah
Bahan A - di kisar
20 tangkai cili kering - rendam lembut, nak pedas boleh lebihkan cili
1 genggam udang kering - rendam lembut
2 labu bawang besar
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci belacan - saya bakar dahulu
6 ulas bawang merah - hiris halus
6 ulas bawang putih - hiris halus
1 inci halia - hiris halus
10 batang cili padi - hiris halus, nak pedas boleh lebihkan
2 batang serai - dititik
5 tangkai daun kari
minyak untuk menumis
1 sb butter / marjerin
Bahan C - perasa
3 sb rempah kari ikan
3 sb sos tiram
3 sb sos ikan
1 st serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
garam - saya x tambah dah sedia masin
gula secukupnya ~ 1 1/2 sb

- cuci bersih semua makanan laut. didihkan air bersama sedikit garam. kemudian rebus setiap makanan laut secara berasingan. rebus sekejap je separuh masak, macam celur. ketepikan.
Bahan Sayuran
Jagung manis - potong 3
Brocoli - x letak
Kentang - potong wedges/ belah 4
Carot - hiris bulat
Bunga kobis - potong kecil
- didihkan air bersama sedikit garam, celur carot dan bunga kobis.
- Rebus kentang dalam air bersama sedikit garam hingga empuk ~ 15 minit
- Rebus jagung dalam air bersama garam dan gula hingga empuk - tak berapa pandai nak rebus bagi cukup rasa dan tak kecut lepas masak @_@
- dah siap, ketepikan kesemua bahan sayuran.
Bahan Rempah
Bahan A - di kisar
20 tangkai cili kering - rendam lembut, nak pedas boleh lebihkan cili
1 genggam udang kering - rendam lembut
2 labu bawang besar
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci belacan - saya bakar dahulu
- satukan kesemua bahan bersama air dan sedikit minyak masak, kisar halus
6 ulas bawang merah - hiris halus
6 ulas bawang putih - hiris halus
1 inci halia - hiris halus
10 batang cili padi - hiris halus, nak pedas boleh lebihkan
2 batang serai - dititik
5 tangkai daun kari
minyak untuk menumis
1 sb butter / marjerin
Bahan C - perasa
3 sb rempah kari ikan
3 sb sos tiram
3 sb sos ikan
1 st serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
garam - saya x tambah dah sedia masin
gula secukupnya ~ 1 1/2 sb
- Panaskan minyak bersama butter dalam kuali. Masukkan bahan tumis (Bahan B) dan tumis hingga naik bau dan garing.
- Masukkan bahan kisar (Bahan A) masak sampai garing. Masak biar lama sikit biar cili betul-betul masak. Jika kuah terlalu pekat tambahkan air dan masak lagi.
- Masukkan bahan perasa (Bahan C). Mulakan dengan rempah kari, masak sekejap biar garing, kemuadian masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam, kiub ayam dan gula. Kemudian baru masukkan garam. Berhati-hati dengan penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan dah sedia masin.
- Biarkan kuah merenih sebentar. Angkat dan masukkan ke dalam periuk lain.
- Keluarkan 1 senduk kuah ke dalam kuali, panaskan, masukkan remis, masak sebentar, angkat. Ulang semula untuk semua jenis makanan laut (berasingan ya) dan juga sayur carot dan bunga kobis.
- Jagung dan kentang dibiarkan sahaja direbus begitu.
Tuesday, 2 August 2016
Gulai Nenas Ikan Talang Bonda
Salam dan Hi Semua..
Menu kegemaran lagi untuk makan malam hari ni, gulai nenas ikan talang. Resipi dari bonda saya.
GULAI NENAS IKAN TALANG
Bahan-bahan:
600g ikan talang masin (tulang campur isi) - potong kecil
1 biji nenas - hiris
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih- hiris
2 sb rempah ikan babas
1 kotak (200ml) santan kara
Air secukupya
Garam dan gula secukupnya
1sb minyak*
2 ulas bawang merah - hiris*
1st biji sawi*

- Masukkan kesemua bahan selain santan dan bahan * ke dalam periuk bersama sedikit air, masak hingga hilang bau rempah.
- Masukkan santan dan air selebihnya, biarkan mendidih. Perasakan secukupnya.
- Dalam kuali, panaskan minyak, tumis bahan* hingga sedikit garing dan naik bau, tuangkan biji sawi, bawang bersama minyak gorengan ke dalam periuk gulai tadi, tutup tudung periuk.
Tuesday, 19 July 2016
Mihun Tomyam
Salam dan Hi semua...
Hari ni kami berbuka puasa enam dengan mihun tomyam. Resipi di cuba dari Azlina Ina.
MIHUN TOMYAM
Bahan-bahan:
Hari ni kami berbuka puasa enam dengan mihun tomyam. Resipi di cuba dari Azlina Ina.
MIHUN TOMYAM
Bahan-bahan:
Tuesday, 22 March 2016
Daging Goreng Kunyit Bonda
Salam dan Hi Semua..
Menu makan malam kami arini adalah daging goreng kunyit resipi bonda. Resipi ini lain dari daging goreng yang kita biasa order kat kedai masakan panas ala Thai ye sebab berkuah.
DAGING GORENG KUNYIT
Bahan-bahan:
600g daging - dihiris nipis dan dibersihkan
1 inci halia - dihiris mancis
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
Air secukupnya
Air asam jawa
1 ulas bawang besar - hiris gelang
1 tangkai cili merah - hiris
6 tangkai cili padi - diketuk
garam dan gula secukup rasa

![]() |
| Daging goreng kunyit |

- Daging digaul bersama garam dan kunyit, biarkan sekejap.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng daging sebentar.
- Tambahkan air melebihi paras daging, biarkan daging empuk.
- Tambahkan air lagi, kali ni separuh je dari air tadi, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia.
- Selepas air hampir kering, tambahkan air asam jawa, cili merah, cili padi beserta bawang besar.
- Perasakan gula dan garam secukupnya.
- Biarkan merenih seketika.
Labels:
Daging,
masakan,
masakan melayu
Saturday, 19 March 2016
Bawal sweet sour
Salam dan Hi Semua...
Hari ini nak share menu makan malam kami yang serba simple. Ikan bawal sweet sour je. Makan dengan nasi baru lepas tanak memang tak pandang kiri kanan.
BAWAL SWEET SOUR
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal emas - dibersihkan
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris mancis
6 tangkai cili padi - diketuk
1 biji bawang besar - hiris
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Gula dan garam secukup rasa
Cara-cara:
Hari ini nak share menu makan malam kami yang serba simple. Ikan bawal sweet sour je. Makan dengan nasi baru lepas tanak memang tak pandang kiri kanan.
BAWAL SWEET SOUR
![]() |
| Bawal sweet sour |
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal emas - dibersihkan
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris mancis
6 tangkai cili padi - diketuk
1 biji bawang besar - hiris
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Gula dan garam secukup rasa
Cara-cara:
- Kelar ikan, gaul dengan garam kunyit. Goreng dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi hingga naik bau.
- Masukkan sos cili sos tomato dan sos tiram. Boleh tambahkan air jika pekat.
- Selepas mendidih masukkan bawang besar.
- Tuangkan atas ikan tadi. Boleh ditabur daun sup daun bawang.
Labels:
ikan,
masakan,
masakan melayu
Monday, 7 March 2016
Mango Chicken
Salam dan Hi Semua.
Memandangkan ramai orang dok pos gambar-gambar makanan yang tengah meletop skarang ni, mango chicken, terliur pulak nak merasanya. Mencari resepi tak jumpa yang seakan dalam gambar, saya hentam je la. Haha. Tapi yang penting sedap dan en suami suka..:) Ada rasa manis2 masam2 kepedasan.
MANGO CHICKEN
Bahan-bahan:
2 ketul ayam whole leg - dibersihkan
1/2 biji mangga - di hiris mancis
1 ulas bawang besar - dihiris nipis
1 tangkai cili merah - hiris nipis
2 tangkai cili padi - hiris nipis
tepung tempura secukupnya
4 sb maepranom sweet chili sos
sedikit cuka
air secukupnya
lada hitam dan lada putih
sedikit garam

- Gaul ayam dengan lada hitam dan lada putih
- Celup rata ke dalam tepung tempura yang telah digaul dengan sedikit garam.
- Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
- Masak sos cili maepranom bersama cuka dan air. Kepekatan ikut suka.
- Curahkan sos ke atas ayam tadi.
- Tabur hirisan mangga, cili merah, cili padi dan bawang besar di atasnya.
- Siap.
Tuesday, 16 February 2016
Cencaru Sumbat
Salam dan Hi Semua...
Makan malam kami simple je hari ini. Ikan cencaru sumbat digandingkan dengan sayur kangkung dan kicap. Heheh.. Resipi cencaru ini dari bonda saya. Suami saya pantang jumpa ikan cencaru sumbat ni, dia pulun habis-habisan. :)
CENCARU SUMBAT
2 ekor ikan cencaru - dibelah tengah, dibersihkan
2 tangkai cili merah
6 tangkai cili padi
belacan
air asam jawa secukupnya
1 ulas bawang merah
1 batang serai - hiris nipis
sedikit serbuk kunyit
sedikit aji

| Cencaru Sumbat |

- Lumur cencaru dengan garam kunyit
- Bahan lain kisar separa hancur, air asam jawa agak2 jangan cair sangat ye, buat macam sambal belacan.
- Sumbat sambal dalam belahan ikan cencaru.
- Goreng
Labels:
ikan,
masakan,
masakan melayu,
Sambal
Sunday, 7 February 2016
Donut
Salam dan Hi Semua..
Pagi ni saya buatkan donut untuk sarapan kami suami isteri. Resepi dicuba dari blog Masam Manis. Resepi ni berbeza dengan resepi donut saya cuba sebelum ini. Saja suka-suka cuba resepi lain pulak.. Hihi. Katanya sumber asal resepi ini adalah dari Chef Asma.
DONUT
Bahan-bahan:
500g tepung roti / tepung high protein / tepung gandum (sebaiknya tepung roti)
1 sudu besar bread softener ( optional)
2 sudu besar susu tepung
60g gula halus
1/2 sudu kecil garam
200ml air sejuk dari peti ais
2 biji telur
1 sudu besar susu pekat manis
60g mentega
10g atau 1 paket mauripan
minyak menggoreng terendam
gula kastor atau gula aising untuk menyalut donut

| DONUT |

- Saya gunakan bread maker untuk sediakan donut ini.
- Masukkan kesemua bahan seperti arahan ke dalam BM (kecuali minyak dan gula salut donut), set pada doh, lepas 1 jam 30 minit siap.
- Tumbuk doh untuk keluarkan angin.
- Bulatkan dalam 40g setiap satu, dapat dalam 30 biji donut.
- Rehatkan kejap dalam 10 minit dalam ruang yang sedikit hangat seperti dalam oven yang tak di on.
- Tekan-tekan bagi penyet sikit, tebuk lubang tengah-tengah.
- Panaskan minyak dan boleh goreng. (minyak jangan panas sangat sebab dia cepat hangus, tapi jangan tak cukup panas pulak nanti serap minyak).
- Balik-balik kan donut supaya masak sekata.
- Salutkan gula semasa masih panas:
- letak gula dalam plastik beg
- masukkan 2-3 ketul donut, goncang biar gula bersalut pada donut
Wednesday, 3 February 2016
Tomyam Tanpa Pes
Salam dan Hi Semua..
Hari ni menu makan malam saya dan suami mudah saja. Tomyam ayam dan juga telur dadar. Bertambah makan. Apa yang saya suka tentang tom yam ni adalah sangat senang, bahan yang digunakan pon tak banyak, memang sedia ada di rumah dan yang paling utama tanpa pes. Bukan apa, selama ni saya macam tak berkenan dengan pes sedia ada, macam tak sesedap makan tomyam di kedai. Hehe. Terima kasih kepada empunya resepi, Puan Norhaslina Abdul Halim.
TOM YAM AYAM
![]() |
| Tomyam Ayam |
Bahan-bahan:
Bahan kisar:
1 biji tomato - saya letak 2 biji
1 biji bawang besar
Bahan lain:
1 sudu makan minyak
3 batang serai - dititik
Ayam secukupnya
lobak merah
bunga kobis
4 biji bawang besar - dibelah baji (belah 4)
4 biji tomato - dibelah baji (belah 4)
limau nipis/ kasturi - saya guna 2 biji
daun limau purut
garam dan gula secukupnya
10 tangkai cili padi - diketuk
daun ketumbar untuk hiasan
- Kisar bahan kisar bersama sedikit air
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai hingga naik minyak.
- Selepas garing, masukkan ayam dan juga sayur keras seperti lobak merah. (kalau nak masuk seafood, masukkan lambat sikit takut liat).
- Masukkan air ikut suka banyak mana nak kuah. Rebus naik semua bahan.
- Setelah mendidih, masukkan perahan limau nipis. Perasakan dengan garam dan gula.
- Masukkan bunga kobis.
- Agak-agak empuk, masukkan bawang besar, tomato, cili padi dan daun limau purut.
- Untuk dapat rasa tomyam sebenar seimbangkan rasa masam, pedas dan sedikit manis bawang.
- Hiaskan dengan daun ketumbar.
Saturday, 30 January 2016
Nasi Lemak Bonda
Salam dan Hi Semua...
NASI LEMAK BONDA
Nasi
2 pot beras- dicuci dan direndam seketika
2 ulas bawang merah - dihiris*
1 ulas bawang putih - dihiris*
4 potong halia*
sedikit bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis*
sedikit minyak
2 helai daun pandan - disimpul*
Air secukupnya
garam dan aji secukupnya
Segenggam lebih ikan bilis
20 tangkai cili kering - rendam seketika dalam air panas*
1/2 inci belacan - dibakar dulu*
2 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1 ulas bawang besar - dihiris
air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukupnya
minyak
Malam ni saya sediakan siap-siap sarapan untuk esok pagi. Buat makan berat sikit, nasi lemak resepi bonda saya sebab esok seharian saya ada kursus. Jadi masa lunch tu boleh la lari balik rumah dan makan. Hehe. En suami pon ada kursus pagi esok, kena gerak awal. Resepi nasi lemak bonda saya ini unik kerana tidak menggunakan santan. Resepi turun temurun dari arwah tok kami.
NASI LEMAK BONDA
![]() |
| Nasi Lemak Bonda |
Nasi
2 pot beras- dicuci dan direndam seketika
2 ulas bawang merah - dihiris*
1 ulas bawang putih - dihiris*
4 potong halia*
sedikit bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis*
sedikit minyak
2 helai daun pandan - disimpul*
Air secukupnya
garam dan aji secukupnya
- Panaskan sedikit minyak dalam pot nasi, tumis bahan * sehingga naik bau.
- Masukkan air secukupnya bersama garam dan aji. Biarkan mendidih.
- Masukkan beras, pindahkan ke dalam rice cooker.
Segenggam lebih ikan bilis
20 tangkai cili kering - rendam seketika dalam air panas*
1/2 inci belacan - dibakar dulu*
2 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1 ulas bawang besar - dihiris
air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukupnya
minyak
- Panaskan minyak dalam kuali, basuh ikan bilis, goreng hingga rangup. Angkat dan ketepikan.
- Kisar bahan *
- Gunakan sedikit minyak goreng bilis tadi, tumis bawang merah dan putih hingga naik bau, masukkan bahan kisar.
- Setelah pecah minyak, masukkan gula di ikuti air asam jawa dan bawang besar.
- Selepas mendidih , masukkan bilis goreng tadi.
- Perasakan dengan garam secukup rasa.
Labels:
masakan,
masakan melayu,
Nasi,
Sambal
Wednesday, 27 January 2016
Chicken Chop Black Pepper Sauce
Salam dan Hi Semua..
Ok. Hari ni tekak teringin nak makan western. Ni ngengada lepas balik dari makan kat Puncak Mutiara Cafe Kg Pelek baru-baru ni la. Hehe. Ayam pon dah beli siap yang boneless. Barang dah ada, boleh la buat chicken chop digandingkan dengan sos lada hitam, coleslaw dan pototo wedges.
CHICKEN CHOP with BLACK PEPPER SAUCE
A. Chicken Chop
resepi dicuba dari namee roslan
Bahan-bahan:
3 keping ayam boneless
2 biji telur
1/2 sudu besar lada hitam serbuk
1/2 sudu besar lada putih serbuk
tepung beras secukupnya
bread crumbs secukupnya - saya guna brand Meriah perisa cajun spice
resepi dicuba dari Lina Pg
Bahan-bahan:
2 sudu besar mentega
1 biji bawang holland - didadu
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
4 sudu besar tepung gandum
3 cawan air atau lebih
1 kiub ayam
4 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis (untuk gelapkan sos)
sedikit oregano
Untuk coleslaw boleh lihat resipi di SINI.
D. Potato wedges
Resepi dicuba dari Dari dapur Madiha
Bahan-bahan:
6 biji kentang russet (sebaiknya) - saya guna kentang biasa
1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
3/4 cawan + 2-3 sudu air (kalau suka cair boleh tambah sehingga 1 cawan air)
1 biji telur gred A
1 sudu besar rempah kari ayam/ daging - saya guna kari ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
garam secukupnya
minyak menggoreng secukupnya

| Chicken Chop |

- Tumbuk ayam guna lesung batu untuk lebarkan dan nipiskan sikit ayam.
- 2 biji telur disatukan dengan lada hitam dan putih.
- Celupkan ayam ke dalam bancuhan telur, kemudian celup pula ke dalam tepung beras biar salut rata, kemudian celup semula dalam bancuhan telur. Dan last sekali celup ke dalam bread crumbs sampai bersalut rata.
- Goreng deep fry.
- Celup seketul goreng, celup lagi seketul goreng dan seterusnya.
resepi dicuba dari Lina Pg
Bahan-bahan:
2 sudu besar mentega
1 biji bawang holland - didadu
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
4 sudu besar tepung gandum
3 cawan air atau lebih
1 kiub ayam
4 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis (untuk gelapkan sos)
sedikit oregano
- Cairkan mentega. Tumis bawang holland hingga layu dan wangi.
- Masukkan lada hitam kasar tadi, tumis sekejap.
- Masukkan tepung gandum ( x perlu bancuh dengan air). Kacau selalu supaya tak bergentel.
- Masukkan air, kacau sebati (guna hand whisk lagi mudah). Masukkan kiub ayam.
- Masukkan sos lada hitam, sos tiram, kicap. Kacau sebati. Jika pekat tambahkan air.
- Masukkan oregano. Renehkan sebentar.
- Sesuaikan rasa.
Untuk coleslaw boleh lihat resipi di SINI.
D. Potato wedges
Resepi dicuba dari Dari dapur Madiha
Bahan-bahan:
6 biji kentang russet (sebaiknya) - saya guna kentang biasa
1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
3/4 cawan + 2-3 sudu air (kalau suka cair boleh tambah sehingga 1 cawan air)
1 biji telur gred A
1 sudu besar rempah kari ayam/ daging - saya guna kari ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
garam secukupnya
minyak menggoreng secukupnya
- Cuci kulit ubi hingga bersih dgn gunakan span. Rebus setengah masak. cara uji: cucuk dengan garfu, jika kentang tersodok kira-kira suku kedalaman kentang, dah boleh angkat. Sejukkan kentang. Potong kepada 8 bahagian (kalau kecil 6 bahagian).
- Campurkan semua tepung dan bahan kering dalam 1 bekas, kacau sebati. Campurkan air dan telur, gaul sebati.
- Panaskan minyak, celup kentang dalam adunan tepung, goreng deep fry hingga garing kekuningan.
- Angkat dan toskan.
Monday, 25 January 2016
Sambal Manis Paru
Salam dan Hi Semua...
Menu makan malam kami adalah sambal manis paru bersama sayur campur. Selalu kalau jumpa lauk ni kat kedai mesti ambil sikit. Ini adalah cubaan pertama masak paru sebenarnya. Sekali hadap habis. En suami suka..:) Terima kasih kepada empunya resepi Mizan As-Syatirie.
SAMBAL MANIS PARU
Bahan-bahan:
500g paru - saya buat 300g
segenggam lada kering* - saya guna 15 tangkai - rebus @ rendam dalam air panas
5 ulas bawang merah* - saya guna 3 ulas
4 ulas bawang putih* - saya guna 2 ulas
Halia sebesar ibu jari*
1 batang serai - dihiris*
5-6 potong halia
6 sudu besar gula pasir - saya guna 3 sudu besar
3 sudu besar gula melaka - saya guna 1 1/2 sudu
4 sudu besar sos tomato - saya guna 2 sudu besar
2 sudu besar kicap manis - saya guna 1 sudu besar
garam dan aji secukupnya
Cara-cara:
Menu makan malam kami adalah sambal manis paru bersama sayur campur. Selalu kalau jumpa lauk ni kat kedai mesti ambil sikit. Ini adalah cubaan pertama masak paru sebenarnya. Sekali hadap habis. En suami suka..:) Terima kasih kepada empunya resepi Mizan As-Syatirie.
SAMBAL MANIS PARU
![]() |
| Sambal Manis Paru |
Bahan-bahan:
500g paru - saya buat 300g
segenggam lada kering* - saya guna 15 tangkai - rebus @ rendam dalam air panas
5 ulas bawang merah* - saya guna 3 ulas
4 ulas bawang putih* - saya guna 2 ulas
Halia sebesar ibu jari*
1 batang serai - dihiris*
5-6 potong halia
6 sudu besar gula pasir - saya guna 3 sudu besar
3 sudu besar gula melaka - saya guna 1 1/2 sudu
4 sudu besar sos tomato - saya guna 2 sudu besar
2 sudu besar kicap manis - saya guna 1 sudu besar
garam dan aji secukupnya
Cara-cara:
- Rebus paru seketul tu dengan halia dan sedikit garam sampai masak (saya rebus dalam 20 minit), angkat dan toskan. Bila dah sejuk hiriskan nipis-nipis. Perap dengan garam kunyit dalam 1/2 jam. Lepas tu goreng dalam minyak banyak sampai garing. Angkat dan toskan.
- Kisar bahan bertanda *
- Panaskan 2 senduk minyak goreng paru tadi, masukkan sedikit gula.
- Masukkan bahan kisar dan gaul sampai garing. api jangan besar sangat. Gaul perlahan-lahan.
- Bila dah terbit minyak dan garing, masukkan gula pasir dan gula melaka. Gaul lagi dengan api kecil sehingga betul-betul garing.
- Masukkan sos dan kicap.
- Tambah garam dan aji secukup rasa.
- Masukkan paru goreng tadi, gaul sebati. SIAP!
Labels:
masakan,
masakan melayu,
Sambal
Monday, 18 January 2016
Homemade Sushi
Salam dan Hi Semua...
Hari ini hajat nak buat sendiri sushi akhirnya kesampaian..hehe..Alhamdulillah.
HOMEMADE SUSHI
Meh cari dulu barang-barang yang diperlukan:
Acuan sushi dan square frying pan boleh cari kat daiso. Ada banyak jenis. Saya guna 1 jenis je.
Lain2 barang di atas boleh cari kat jusco. Cuka, seeweed, kicap masin dan bamboo roll dijual siap dalam 1 pack harga ~ RM28
Kicap manis dijual berasingan, boleh cari di bahagian yang jual sushi siap tu. Harga belasan.
Wasabi dijual berasingan, 1 tiub 90g harga ~ RM13
Beras sumo di bahagian beras 1kg RM9.90.
Bahan-bahan lain yang diperlukan:
2 pot beras sumo - boleh makan dalam 4 orang. Ikut arahan memasak di belakang pembungkus. Saya masak 1 pot beras = 2 pot air. Masak dalam rice cooker @ boleh juga kukus. Lepas bertukar ke keep warm, tunggu kejap, ratakan nasi atas dulang, tuang ~ 5 sudu besar cuka, gaul rata, biarkan nasi sejuk.
Udang - dibuat udang tempura. Resepi di SINI.
1 ketul ikan dari tin sardin - masak dulu kemudian lenyek dan gaul dengan mayonis
Jejari ketam - rebus dulu, sebahagian di belah dua memanjang, sebahagian di cincang dan digaul dengan mayonis
1 batang timun jepun - dihiris memanjang
2 biji telur - dicampurkan dengan sedikit kicap masin, kacau rata (bukan pukul), digoreng dengan square frying pan. Buat lapisan nipis, gulung. Buat lapisan ke2, gulung dari telur yang dah siap gulung tadi. Buat sampai cukup tebal
1 biji telur - direbus, lenyek dan gaul dengan mayonis
Telur ikan - beli di jusco bahagian sushi siap
Ayam - di marinate digoreng @ bakar, kemudian hiris nipis @ cincang - saya tak letak
Salmon - pon boleh beli di jusco bahagian sushi siap, salmon ni dalam potongan yang sesuai untuk buat sushi, x beli guna yg sedia ada di rumah je. Patut makan mentah, tapi sy marinate dengan kicap masin dan kukus.
**kalau tengok balik bahan-bahan atas ni, sushi ni boleh sesuka hati je nak letak apa...hehe..ikut la kreativiti**
**sediakan 1 bekas berisi cuka, sentiasa basahkan tangan dengan cuka masa ambil nasi untuk di ratakan atas bamboo roll dan juga masa ambil nasi untuk di isi dalam acuan **
Dah siap. Boleh la dimakan bersama kicap manis dan wasabi. :)
Hari ini hajat nak buat sendiri sushi akhirnya kesampaian..hehe..Alhamdulillah.
HOMEMADE SUSHI
Meh cari dulu barang-barang yang diperlukan:
- cuka sushi
- kicap masin
- seeweed
- kicap manis
- acuan sushi - nigiri sushi mold
- square frying pan
- bamboo roll
- wasabi
- beras sumo
Acuan sushi dan square frying pan boleh cari kat daiso. Ada banyak jenis. Saya guna 1 jenis je.
Lain2 barang di atas boleh cari kat jusco. Cuka, seeweed, kicap masin dan bamboo roll dijual siap dalam 1 pack harga ~ RM28
Kicap manis dijual berasingan, boleh cari di bahagian yang jual sushi siap tu. Harga belasan.
Wasabi dijual berasingan, 1 tiub 90g harga ~ RM13
Beras sumo di bahagian beras 1kg RM9.90.
Bahan-bahan lain yang diperlukan:
2 pot beras sumo - boleh makan dalam 4 orang. Ikut arahan memasak di belakang pembungkus. Saya masak 1 pot beras = 2 pot air. Masak dalam rice cooker @ boleh juga kukus. Lepas bertukar ke keep warm, tunggu kejap, ratakan nasi atas dulang, tuang ~ 5 sudu besar cuka, gaul rata, biarkan nasi sejuk.
Udang - dibuat udang tempura. Resepi di SINI.
1 ketul ikan dari tin sardin - masak dulu kemudian lenyek dan gaul dengan mayonis
Jejari ketam - rebus dulu, sebahagian di belah dua memanjang, sebahagian di cincang dan digaul dengan mayonis
1 batang timun jepun - dihiris memanjang
2 biji telur - dicampurkan dengan sedikit kicap masin, kacau rata (bukan pukul), digoreng dengan square frying pan. Buat lapisan nipis, gulung. Buat lapisan ke2, gulung dari telur yang dah siap gulung tadi. Buat sampai cukup tebal
1 biji telur - direbus, lenyek dan gaul dengan mayonis
Telur ikan - beli di jusco bahagian sushi siap
Ayam - di marinate digoreng @ bakar, kemudian hiris nipis @ cincang - saya tak letak
Salmon - pon boleh beli di jusco bahagian sushi siap, salmon ni dalam potongan yang sesuai untuk buat sushi, x beli guna yg sedia ada di rumah je. Patut makan mentah, tapi sy marinate dengan kicap masin dan kukus.
**kalau tengok balik bahan-bahan atas ni, sushi ni boleh sesuka hati je nak letak apa...hehe..ikut la kreativiti**
**sediakan 1 bekas berisi cuka, sentiasa basahkan tangan dengan cuka masa ambil nasi untuk di ratakan atas bamboo roll dan juga masa ambil nasi untuk di isi dalam acuan **
Dah siap. Boleh la dimakan bersama kicap manis dan wasabi. :)
Labels:
masakan
Sunday, 17 January 2016
Udang Tempura
Salam dan Hi Semua...
Hari ni saya cuba buat udang tempura ala2 sushi king tu. Suka sangat makan tempura udang dia (ubi ten). Memang mencari untuk buat sushi pon. Lepas sebulan pergi kelas hari ini baru berkesempatan buat lepas semalam ke jusco mencari bahan-bahan yang diperlukan. Godek2 resepi, berkenan pada blog Hana's family.
UDANG TEMPURA
Bahan-bahan:
Udang secukupnya
1 biji telur
3/4 cawan air sejuk + 1 @ 2 ketul ais - bancuhan saya agak cair, mungkin lepas ni boleh cuba 1/2 cawan air
1 cawan tepung gandum
garam secukupnya
serbuk lada sulah
sedikit tepung katakuriko @ tepung jagung - x letak
Cara-cara:
Sebelum makan jangan lupa tarik lidi keluar!

| Udang Tempura |

- Udang dikupas kulit, tinggalkan bahagian ekor. Potong tak putus bahagian bawah udang dan tarik urat hitam menggunakan pencungkil gigi. Lapkan dengan kitchen towel. Pastikan betul-betul kering.
- Ambil pencungkil gigi, cucukkan pada udang supaya udang lurus. Taburkan lada sulah dan tepung katakuriko. Gaul. Ketepikan.
- Dalam bekas lain, pukul telur. Masukkan air sejuk (pastikan btol2 sejuk! utk menghasilkan tempura yg rangup dan tak meresap minyak! Masukkan ice kiub seketul dua skali) . Buh garam sedikit. Masukkan setengah cawan tepung gandum. Kacau menggunakan garfu atau chopstick. Tuang baki tepung dan jangan over mix. Biarkan nmpk berketul2 aka tak sebati.
- Panaskan minyak. Pastikan minyak btol2 panas. Celupkan udang ke dalam tepung dan goreng hingga kekuning2an. Angkat dan toskan.
Sebelum makan jangan lupa tarik lidi keluar!
Subscribe to:
Posts (Atom)