Wednesday 28 January 2015

Salad Buah Buahan

Salam dan Hi Semua..

Hari ni teringin pulak nak makan menu sihat kononnya, lagi-lagi semenjak dua menjak (bukan baru minggu ni ke??) ni rajin jogging petang2 dengan Mr Husband. Haha..Doakan kami istiqamah ye kawan kawan...Godek2 peti ais, bahan ada, so mari la kita usha pembuatan salad yang marvelous ni.

SALAD BUAH BUAHAN

Salad Buah-Buahan


Bahan-bahan:

1 biji epal merah Fuji - didadu
1 biji epal hijau Le Crunch - didadu
1 biji pear - dibuang kulit dan didadu
Anggur hitam tanpa biji
Segenggam kacang gajus
1 sudu besar mayonis
2 sudu besar plain yogurt
  •   Gaul sebati semua bahan dalam mangkuk, sejukkan.
  • **saya kurang gemar rasa masam mayonis, saya letak 1 sudu je, bahan-bahan di atas boleh diubah ikut citarasa masing-masing**
Sedapnya, rasa masam manis berlemak, ditambah dengan kerangupan kacang gajus memang rasa nak buat lagi dan lagi dan lagi.Hehe..

Saturday 10 January 2015

Karipap

 KARIPAP

Karipap adalah kuih kesukaan saya terutama yang dibuat oleh ibunda saya. Sebab apa? Sebab susah nak jumpa kuih karipap berinti ubi kentang. Selalu yang dijual kebanyakannya ubi keledek. Saya tak gemar karipap selain berinti kentang. Jadi kalau tak nak beli kat luar kena la sediakan sendiri. Selalunya saya sediakan untuk sarapan pagi, namun petang hari sebelumnya saya siapkan doh dan inti dahulu kerana proses pembuatannya agak mengambil masa.

Karipap panas! :)


Bahan-bahan Doh:
4 cawan tepung gandum
3 sudu besar planta
Air sejuk (dari peti ais) secukupnya
  • Gaulkan tepung dan planta dalam bekas adunan hingga rata atau sehingga jadi seperti serbuk roti
  • Masukkan air sedikit demi sedikit, gaul sebati sampai jadi doh
  • Uli sampai doh lembut dan tak melekat pada jari
  • Tutup bekas adunan dengan kain atau plastik wrap, perap semalaman 
Bahan Inti:
6 biji kentang saiz sederhana - didadu
300g daging kisar
2 sudu besar rempah (saya guna rempah ikan Baba's)
2 ulas bawang merah - dihiris nipis
1 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 ulas bawang besar - dibelah 4, dihiris nipis
1 biji cili merah - dihiris nipis
Daun sup daun bawang -dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
  • Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau
  • Masukkan bancuhan rempah (rempah + air + garam), masukkan daging, masak hingga pecah minyak
  • Masukkan ubi kentang, tambahkan air, masak hingga kentang empuk. Jika belum, tambah air lagi.
  • Bila nampak kentang empuk, masukkan cili merah, bawang besar, gula secukup rasa. Biarkan kering sedikit.
  • Masukkan daun sup daun bawang, kacau seketika hingga daun layu, matikan api.
  • Sejukkan.
Bila doh dah ready..inti pon dah sejuk, boleh la kita teruskan proses menyiapkan karipap. Untuk adunan di atas saya dapat dalam 32 ketul karipap.

Karipap dan proses pembuatannya


  1.  Bahagikan doh kepada beberapa bahagian, bulat-bulatkan.
  2. Canaikan sebesar tapak tangan.
  3. Letakkan inti kemudian klim. **saya klim tangan, x berapa gemar guna acuan, guna acuan bila goreng klim terbuka sebab saya suka letak inti banyak, baru makan puas, ye tak**. Buat sampai habis.
  4. Panaskan minyak, kemudian goreng. **pastikan minyak panas sedang elok sebab kurang panas, kuih masuk minyak; terlebih panas, luar hitam dalam tak masak tepungnya**
SELAMAT MENCUBA
XOXO