Friday 18 August 2017

Tom Yam Campur

Salam dan Hi Semua..

Amboi, bersawang da blog kami ni. Lamanya la tak update entry baru. Buka kadang-kadang untuk cari resepi lama je. So arini baru nak masukkan entry baru. Mari cuba resepi tomyam. Masak tomyam ni sebenarnya agak-agak je bahan-bahan yg kat bawah ni untuk dapat rasa masam pedas masin manis berlemak gitew.



TOM YAM CAMPUR

Bahan2:
300g isi ayam
10 ekor udang saiz besar
5 liter air
4 hiris lengkuas
3 rumpun akar ketumbar
2 batang serai - diketuk
2 1/2 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar pes cili
8 helai daun limau purut
2 sudu besar sos ikan
1/2 biji lemon - diperah jus
5 tangkai daun ketumbar
1 biji tomato - belah baji 4
2 labu bawang holland - belah baji 4 bahagian tiap biji
10 tangkai cili padi - ketuk
1 biji lobak merah - hiris
1/4 bahagian bunga kobis - hiris
sedikit cendawan tiram
sedikit chili flakes
garam dan gula secukup rasa
susu pekat manis secukup rasa - bg rasa lemak

Cara-cara:

  1. Didihkan air bersama lengkuas, serai dan akar ketumbar.
  2. Masukkan isi ayam bersama pes tomyam, pes cili, sos ikan dan daun limau purut.
  3. Masukkan lobak, bunga kobis, daun ketumbar, cili padi, chili flakes, cendawan dan perahan jus lemon.
  4. Perasakan dengan gula garam dan susu pekat manis secukupnya.
  5. Tambahkan udang, bawang holland dan juga buah tomato.

Monday 19 December 2016

Jagung Rebus Susu

Salam dan Hi Semua...

Sekarang tengah viral orang rebus jagung dengan susu pulak. Makanan ni sentiasa evolved ikut zaman dan kreativiti. Kita yang tak berapa nak kreatif ni ikut je la kan..Hihi..Resipi dicuba dari facebook. Pertama kali lihat di group masak apa hari ini (MAHI). Terima kasih kepada yang sudi share resipi.

JAGUNG REBUS SUSU



Bahan-bahan:
6 tongkol jagung - dibuang kulit
1 cawan air
1 tin susu cair
3sb susu pekat manis
4sb mentega
2 keping cheese -saya x letak
gula dan garam secukup rasa
ada orang tambah chia seed

Cara penyediaan:
  • Rebus jagung dengan 1 cawan air dalam 10 minit.
  • Keluarkan jagung, masukkan bahan-bahan lain. Masak dalam 10 minit, masukkan semula jagung.
  • Seimbangkan rasa gula dan garam. Biarkan 2 minit.
  • Sedia dihidang.

Jus Alpukat @ Avocado

Salam dan Hi Semua..

JUS ALPUKAT SEDAP BERKRIM 

 

Pertama kali terbaca tentang jus alpukat ni bila tengok kawan upload gambar di mukabuku. Tertanya-tanya apa benda jus alpukat ni, rupanya avocado. Nampak macam sedap je, bila google melihat banyak khasiatnya terasa nak mencuba buat sendiri di rumah. Jumpa buah ni di Mydin, boleh tahan mahal harganya. 1 biji RM5.90 ke RM6.90 macam tu. Demi nak merasa, gagah jugak la memebeli. Resipi dicuba dari blog MyLovely Family.

Bahan -bahan:
2 biji buah avocado - pilih yang kulit nya da berwarna hijau kehitaman - ambil isinya sahaja
1 cawan susu full krim
3 sb susu pekat manis
Ais secukupnya
- blend sebati semua bahan, tuangkan ke dalam gelas.
- boleh tambah hershey's choccolate syrup

*tekstur dia pekat berkrim macam smoothies gitew. boleh la tambah air/ ais sikit bagi yang suka sedikit cair*


Monday 12 December 2016

Kepak Ayam Panggang Bermadu

Salam dan Hi Semua..

Menu tambahan makan malam kami. Resipi dicuba dari Mama G Food Industries

KEPAK AYAM PANGGANG BERMADU



Bahan2:

10 kepak ayam - dipotong drummet menjadi 20 bahagian
garam dan lada hitam secukupnya
sedikit air
- cucuk ayam dengan garfu
- masukkan ayam ke dalam periuk berisi air. Tambah garam dan lada hitam. Panaskan selama lebih kurang 10 minit. Toskan.
~ tujuan: supaya bahagian dalam ayam masak dan menambah rasa pada bahagian dalam ayam supaya lebih juicy dan berperisa

6 ulas bawnag putih - tumbuk halus
1/2 inci halia - tumbuk halus
3 sb madu
3 sb sos cili
3 sb sos tiram
2 sb sos ikan
6 sb kicap manis
2 sb serbuk cili
-masukkan kesemua bahan di atas dan gaul rata. Masukkan ayam dan gaul rata.

-Tuangkan ke dalam kuali leper atau non stick, panaskan dengan api sederhana supaya kepak ayam menyerap semua rasa.
- Panaskan hingga kuah pekat seakan karamel.
- Kemudian, susun ayam atas dulang beralas baking paper, bakar dalam oven pada suhu 190 selama 20 minit (terbalikkan selepas 10 minit). Masa ni kepak ayam akan jadi crispy di luar juicy di dalam.


Tom Yam Campur

Salam dan Hi Semua...

Tengahari tadi saya cuba resipi baru yang dikongsikan oleh page Resepi Sedap. Katanya resipi asal dari Chef Wan Luqman. Sedap rasa tom yam nya, habis licin tak bersisa kami sekeluarga makan. Alhamdulillah. Tapi oleh sebab ada barang yang takde di rumah, jadi saya ada olah sedikit resipi asal. Saya campur daging ayam dan udang. Jom semak!

TOM YAM SEDAP



Bahan-bahan:
1 labu bawang besar - saya guna 2 labu bawang holland
3 cawan air - saya 4 cawan air
1 batang serai - dititik
4 helai daun limau purut
4 hiris lengkuas
daging - dihiris nipis
isi ayam - dihiris dadu
udang
1 batang lobak - hiris nipis
2 batang celeri - hiris serong
bunga kobis - hiris nipis
5 sudu besar pes tomyam
1 kiub pati tomyam knorr
1 sudu besar gula
1 sudu besar sos ikan
15 tangkai cili padi - resipi asal guna cili flakes
2 senduk kecil santan
sedikit perahan limau nipis - saya tambah
garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak zaitun (saya guna minyak masak biasa ja). Tumis bawang hingga layu dan naik bau, masukkan air bersama daun limau purut, serai, lengkuas dan daging.
2. Biarkan mendidih seketika supaya daging separa empuk.
3. Masukkan pes tomyam, kiub tomyam, sos ikan dan juga gula.
4. Masukkan ayam, lobak, bunga kobis dan juga celeri. Biarkan lobak empuk seketika.
5. Tambahkan udang, santan, perahan limau dan garam.
6. Tambahkan cili padi.Biarkan mereneh kejap.
7. Tutup api, masukkan daun ketumbar.




Saturday 26 November 2016

Butter Lemon Cheese Cake

Salam dan Hi Semua...

Hari ni setelah mendapat perkabaran ada sepupu nak datang rumah, apa lagi godek resepi dalam simpanan untuk dicuba dan dihidang kepada tetamu. Hihi. Jumpa la resipi lemon cheese butter cake ni. Resipi dicuba dari facebook Noy Yullan. Terima kasih tuan resipi.

Sebenarnya dah lama nak cuba buat tapi mengenangkan kami tinggal berdua ja, kembung jugak nak habiskan 1 biji kek. Hihi. Dah ada tetamu nak datang ni, boleh la merasa beramai-ramai. Kek ni kalau simpan di suhu bilik bertahan dalam 3 hari je.

BUTTER LEMON CHEESECAKE


Bahan-bahan:

225g tepung gandum
1 1/2 st baking powder
200g pure butter atau lepa susu
180g krim keju
150g gula pasir
5 biji telur gred A atau B
1/2 st parutan kulit lemon
1 st jus lemon



Cara-cara:

  • Satukan butter, krim keju dan gula dalam mixing bowl, putar pada kelajuan perlahan supaya semua bahan bersatu. Tambahkan kelajuan, pukul hingga adunan kembang dan bertukar menjadi putih pucat.
  • Sekiranya ada bahan-bahan yang menempel tepi mangkuk, stopkan mixer sekejap, kikis dengan spatula supaya semua bahan dipukul sempurna.
  • Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan. 
  • Masukkan lemon zest dan jus lemon. Masa parut kulit lemo tu parut bahagian kuning sahaja ya. Kalau parut bahagian putih nanti pahit. Jus lemon wajib tapis bijinya.
  • Pukul adunan hingga kembang gebu dan rata.
  • Perlahankan mixer, masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit sedikit. Putar sekadar sebati sahaja. Kemudian off mixer, gunakan spatula sodok bahagian bawah adunan dan kaup balik 2-3 kali untuk pastikan tiada ketulan tepung di bawah adunan. Jangan overmix. Sekadar sebati sahaja.
  • Sediakan loyang 8 x 8 yang telah digris sekeliling dengan butter dan dimasukkan tepung supaya kek mudah dikeluarkan.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang. Hentakkan loyang beberapa kali untuk buang udara dalam kek supaya kek naik cantik dan rata.
  • Bakar pada suhu 170 degree (lain oven lain suhu, kenali oven masing-masing) selama 30 minit atau sehingga masak. Bila dah cukup 30 minit, cucuk tengah kek dengan lidi, jika lidi keluar bersih, maknanya kek dah masak. Oven tadi panaskan 15 minit awal sebelum masuk loyang berisi adunan.
  • Keluarkan terus kek dari loyang supaya kek tidak berpeluh dalam loyang.
  • Kek ni sedap dimakan panas-panas. Kalau nak ambil gambar dengan potongan yang kemas potong kek bila kek dah betul sejuk. Nak lagi kemas, masukkan seejap dalam 15 minit dalam chiller. Bila nak makan panas-panas, masukkan kek dalam microwave selama 10-20 saat.

Tuesday 22 November 2016

Terung Bakar Sambal Air Asam

Salam dah Hi Semua...

Pagi tadi saya masak lauk yang sedikit berlainan untuk lunch box en suami. First time masak terung. Kan resipi pertama berkenaan terung adalah terung bakar sambal air asam dicuba dari blog Mummsayf.
Tanpa buang masa meh la kita semak resipi.

TERUNG BAKAR SAMBAL AIR ASAM 

 

Bahan-bahan:

Terung bakar
1 biji terung panjang - saya belah memanjang dan tiap satu bahagian  potong 3
garam
lada hitam
minyak zaitun
-cuci terung dan potong ikut suka. Dengan pantas lumurkan garam lada hitam dan minyak zaitun. jangan biar lama nanti dia kehitaman.
-lepas seketika, panaskan kuali non stick, dan bakar terung hingga masak. ketepikan.

Sambal air asam
1 ulas bawang besar - dipotong dadu
2 biji cili merah*
6 biji cili padi* - saya tambah
1 inci belacan*
air asam pekat
garam
gula
-Tumbuk bahan bertanda *
-dalam kuali sama, panaskan minyak. Tumis bawang besar serta bahan bertanda*.
- selepas itu masukkan air asam pekat dan perisakan dengan garam dan gula scukupnya.
- tuangkan sambal di atas terung yang dibakar tadi.