Tuesday 24 February 2015

Asam Pedas Utara

Salam dan Hi Semua...

Sebut pasal asam pedas mesti kecur liur. Ada banyak versi asam pedas tapi yang paling popular ada 2 jenis iaitu asam pedas utara dan asam pedas selatan. Asam pedas utara tidak menggunakan minyak kerana semua bahan direbus naik manakala asam pedas selatan ditumis dahulu. Kedua-duanya mempunyai keenakan rasa tersendiri.

Asam Pedas Utara


Resepi Asam Pedas Utara

Bahan-bahan:

Bahan kisar:
6 tangkai cili kering
1 sudu teh jintan manis
1/2 inci belacan
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Bahan lain:
3 ekor ikan kembung
2 keping asam keping
1 batang serai - dititik
Daun kesom
Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan kisar kedalam periuk, masak hingga hilang bau cabai.
  2. Tambahkan bahan-bahan lain kecuali ikan dan daun kesom, masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan ikan dan daun kesom, masak hingga mendidih sekali lg. Perisakan dengan garam secukup rasa.
  4. Sedia dihidang.

 SEKIAN, XOXO

Kerabu : Kerabu Tomato

Salam dan Hi Semua..

Hari ni saya nak share 1 resepi mudah, sedap dan berkhasiat, iaitu kerabu tomato. Bagi mereka yang mempunyai kekangan masa untuk menyediakan juadah untuk keluarga tersayang bolehlah mencuba resepi ini, dijamin tak sampai 5 minit da boleh di hidang bersama lauk pauk yang lain. Ini adalah resepi dari ibunda tersayang saya, yang menjadi salah satu hidangan kesukaan kami.

Bahan-Bahan:

Bahan Sambal:
2 biji cili merah
6 biji cili padi hijau
1 inci belacan - dibakar
sedikit garam
perahan air asam jawa - guna air masak ye

Bahan Lain:
4 biji tomato - dihiris nipis
1 ulas bawang besar - dihiris nipis
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar gula

Cara-cara:

  1.  Gaul rata bahan lain dalam mangkuk.
  2. Tumbuk atau kisar bahan sambal untuk dijadikan sambal belacan
  3. Masukkan sambal belacan dalam bahan lain, gaul sebati.
  4. Sedia dihidang.

Eh? da siap? betul ke..betul la..semudah ABC kan...rasa pedas masam dan manis yang bergabung memang membuatkan kita menambah nasi, lagi lagi bila di makan bersama masak lemak kuning. perghh..terliur..hehe.

Kerabu Tomato


SELAMAT MENCUBA..

XOXO

Friday 20 February 2015

Mari Meroti!

Assalamualaikum dan hi semua..
Memandangkan oven baru dah sampai ke rumah (hehe abang sponcer oven), azam memasak berkobar2 menggunung tinggi. so, hari ni nak share bab meroti (teme kaceh pada abang yang menjadi tok guru walaupun tok guru pon tak cekap.. keh keh).

so ni pembikinan sweet bread dough kami:
Sweet Bread Dough
 Bahan yang diperlukan :
Bahan A
1. 500g Tepung High Protein
2. 200g Tepung Gandum
3. 15g yis segera (kami pakai brand Mauripan)
4. 130g Gula Pasir
5. 10g Garam

Bahan B
1. 1 biji telur (kami guna gred C je)
2. 350g air / susu segar (sebenarnya kalau pakai susu segar roti rasa lebih lemak dan gebu)

Bahan C
1. 70g lemak (butter cup /margerin)

Cara pembuatannya :
Ikut tok guru yg juga menuntut di kelas masakan Cikgu Asrul Bakeri Kurnia, kalau nak roti yang lembut kena campur/uli bahan ikut step; uli bahan A semua dulu pastu masuk bahan B last skali baru bahan C. kalau masuk semua mungkin roti jadi keras dan tak sekata.
Pastu uli sampai jadi dough camni;
Dough yang sedia dibentuk
Pastu korang leh la bahagikan dough tu kepada bahagian yg kecil. Ikut cikgu, dough di kedai biasanya antara 50g ke 60g. So ikut korang la nak wat roti tu besar mana.. kalau agak2 besar wat le 120g.
Bila da uli kecil2, boleh la start membentuk roti.. kami ikut je mcm kedai.. dengan adunan yang kita buat atas ni, kita leh dapat :
4 biji sausage roll (50-60g sebijik)
4 biji mini pizza (50-60g sebijik)
4 biji sausage plate  (50-60g sebijik)
2 biji sausage tiles  (100-120g sebijik)
2 biji black pepper onion bread (50-60g sebijik)
2 biji Italian plate (150g-180g sebijik)
* yg sausage tiles tu tak pasti nama dia btul ke tak.. hehe

yang penting lepas dibentukkan mesti biar roti tu mengembang 2x ganda saiz dia.. pastu baru tambah accessories. kalau tak.. roti tu jadi cm biskut kering la sebab tak kembang. korang leh buat cm kami decorate cmni :
tambah accessories mengikut citarasa anda. kami guna sosej, tuna, sayur campuran dan sos.


so pembakaran roti (maksudnya memasak la) cmni :
set suhu oven seperti berikut :
utk oven yang suhu boleh adjust atas dan bawah
 atas - 200oC
 bawah - 180o
 
 yang satu suhu sahaja - 190oC
bakar untuk 10-15 minit

pembakaran in progress
 da siap semua dah boleh hidang.. hehe tak yah nak beli kat kedai lagi. hehe
cheese sausage bun

sausage plate
Ni asalnya mini pizza tapi da jadi cm roti tarantula plak.. hehe.. pasti sosej direndam dlm air dahulu tau..
Setakat ini saja lah perkongsian kami. Hehe. Selamat mencuba.

Wednesday 18 February 2015

Soto Ayam

Salam dan Hi Semua..

Disebabkan semalam masa mengemas dapur terjumpa 1 bungkus ketupat mini adabi lebihan raya haritu maka teringin lah pulak nak makan soto. Jadi, gigihlah i keluar mencari bahan-bahan pelengkapnya..takan nak makan ketupat semata kan.

Soto Ayam, gambar ala kadar sebab x sabar nak ngap..hehe

SOTO AYAM

Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan Ketupat:
20 ketul ketupat mini Adabi / Nona
sedikit garam

  • Didihkan air rebusan
  • Masukkan ketupat, pastikan air mencukupi (semua ketupat tenggelam), rebus sampai beras kembang
  • Agak-agak kembang (lepas 45 minit), tambahkan garam, biarkan lagi 15 minit
  • Toskan dan biarkan sejuk (sekurangnya 2 jam) sebelum boleh dipotong

Bahan Sup:
1 ekor ayam - dibelah 16 (ikut suka hati)
1 bungkus sup bunjut Adabi
5-6 keping halia
2 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih
perencah sup
garam, serbuk lada hitam
daun sup daun bawang

  • Bersihkan ayam, rebus bersama sup bunjut, halia dan garam sehingga empuk.
  • Masukkan bawang, rempah, perisakan dengan lada dan garam secukup rasa, renehkan atas api perlahan sehingga semua bahan mesra.
  • Masukkan daun sup dan daun bawang.
Bahan Kicap:
30 biji cili padi
Kicap manis secukupnya
1 sudu besar gula

  • Kisar semua bahan sehingga hancur.
Bahan lain:
200g kacang tanah - digoreng dengan minyak
25g Soh Hoon - dileraikan, digoreng dalam minyak panas (goreng sikit2, ia mengembang)
Bawang goreng
Daun sup daun bawang - dihiris nipis
Fish cake - direbus dahulu, kemudian dihiris
Bergedil kentang berdaging - boleh lihat resipi di SINI

Bergedil Daging

Salam dan Hi Semua...

BERGEDIL KENTANG BERDAGING

Bergedil kentang berdaging, itu lah resipi yang saya akan kongsikan pada entry kali ini. Saya buat bergedil untuk dimakan bersama soto ayam, tak lengkap rasanya kalau takde bergedil ni..macam kurang umphh..hehe.Rasanya semua orang pon biasa makan dan buat bergedil ni, selain di makan dengan soto boleh juga di makan dengan nasi, mihun sup dan sebagainya. Di sini saya kongsikan resepi bergedil kentang daging yang saya belajar daripada ibunda kesayangan saya.

Bahan-bahan:

5 biji kentang saiz sederhana - dibuang kulit dan dibelah 2
1 ulas bawang besar - didadu
200g daging kisar Ramly
1 biji cili merah - diracik
daun sup daun bawang - dihiris nipis
garam, lada hitam secukup rasa
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur 


Bergedil kentang berdaging

Cara-cara:
  1. Rebus ubi kentang dalam 15 hingga 20 minit atau hingga empuk, tambah sedikit garam.
  2. Toskan kemudian lenyek sampai hancur.
  3. Daging kisar direbus dengan sedikit air (sekadar tenggelam) dan garam sehingga air kering.
  4. Campurkan kesemua bahan kecuali telur, gaul sebati.
  5. Bulat-bulatkan sebesar cekodok (saya dapat dalam 32 ketul).
  6. Celup dalam telur, dan kemudian goreng (goreng sedikit2, dah masak sebelah baru kalih sebelah lagi dengan berhati2 untuk elakkan bergedil dari hancur).
**dalam kuali di atas, saya goreng banyak sekali, konon2 2x goreng ja la, masa kalih sedikit hancur, batch ke2 dalam kuali, saya kurangkan separuh dan selamat dari kehancuran, comel je dia masak..heheh**

SELAMAT MENCUBA
XOXO

Friday 13 February 2015

Coleslaw Sedap dan Mudah

Salam dan Hi Semua...

Hari ni saya buat Coleslaw untuk dihidang sebagai side dish Lamb Chop.. senang je rupanya.

COLESLAW 


Coleslaw


Bahan-bahan:
1 batang lobak merah - bersihkan kemudian disagat
1/4 biji kobis ungu - dihiris nipis, dibersihkan kemudian toskan hingga kering
4 sudu besar mayonis
2 sudu besar susu segar
secubit garam

Cara-cara:
Gaul sebati kesemua bahan dalam mangkuk, sejukkan.

Thursday 12 February 2015

Lamb Chop

Salam dan Hi Semua...

LAMB CHOP

Lamb Chop


Resepi dicuba dari blog Azlita Masam Manis
Resepi asal oleh Chef Amer Hamzah

 8 keping lamb shoulder (saya beli 4 keping je, cukup untuk berdua dengan Mr Husband, 2x masak..hehe)

Bahan perapan:
8 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah India
1 batang serai- dimayang halus
130ml minyak jagung/ minyak zaitun (saya guna minyak zaitun)
70g air
30g lada hitam biji - ditumbuk
40g gula pasir/ gula perang (saya campur)
5g Paprika
10g serbuk stok perang Knorr
50g sos HP original
25g Yellow Mustard
2g Thyme
2g Rosemary
10g garam

Antara bahan yg digunakan
  • Kisar bawang putih, bawang merah, serai, minyak zaitun dan air sehingga halus
  • Campurkan semua bahan perapan kecuali rosemary sehingga sebati, masukkan rosemary. **saya gunakan herba kering dalam botol je **knorr brown sauce ni dijual dalam paket 1kg, shelf life dia dalam masa setahun je, so kena la rajin buat sebab bukan murah sos perang ni, nanti membazir..hehe**
  • Lumurkan pada daging di kedua-dua bahagian (**saya lumur banyak kot, kak ita boleh lumur untuk 8 ketul, saya cukup untuk 4 ketul je**)
Daging siap dilumur bahan perapan

  • Susun di dalam bekas dan perap semalaman (biarkan sejam diluar dahulu supaya semua bahan menyerap dalam daging sebelum di simpan dalam peti ais). **untuk memudahkan proses defrost sebelum digunakan, bolehkan paketkan dalam kuantiti kecil cukup untuk dibakar**
Bahan Sos Black Pepper:
 40g mentega 
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5g bawang holland 
10g lobak merah
10g celery
1 keping Bay Leaf
1g Oregano
1g Parsley
15g lada hitam biji - ditumbuk
20g serbuk stok perang Knorr
20g tepung (saya guna tepung jagung)
600ml air
15g gula
5g garam
5g serbuk secukup rasa
25ml krim tenusu (UHT whipping cream)

  • Kisar halus bawang putih, bawang merah dan bawang Holland tanpa air (saya kisar bersama celery dan lobak merah)
  • Panaskan mentega (saya letak sedikit minyak zaitun)
  • Tumiskan bahan kisar hingga garing
  • Kemudian masukkan daun bay dan herba, kacau perlahan
  • Masukkan tepung dan stok perang sehingga ia jadi pes yang pekat dan hitam
  • Masukkan lada hitam, kacau dengan api perlahan sehingga naik bau
  • Tambahkan air dan bahan perasa, didihkan perlahan sambil dikacau sehingga kuahnya sedikit pekat
  • Masukkan krim dan kacau rata
**untuk herba, saya gunakan Meriah Italian Herbs (didalamnya terkandung Oregano, Thyme, Parsley, Basil), Meriah Rosemary Leaves, Meriah Paprika dan Meriah Bay Leaves. 
**Herba kering ini juga terdapat dalam brand lain seperti McCormick dan MasterFoods**
**cubaan kali ke2 sy blend je bahan kisar dengan sedikit air sbb susah la nk hancur tanpa air..pastu tumis smpai garing-hasil dia sama ja sedap..hehe**
Sos Black Pepper

 Selepas siap semua, daging pun dah dinyahbeku, boleh lah masak daging. 
  • Saya oles minyak zaitun pada pemanggang ajaib.
  • Panaskan pemanggang ajaib dengan api sederhana, masukkan daging kambing, tutup dan bakar selama 15 minit.
  • Terbalikkan pemanggang, dan bakar lagi selama 15 minit.
  • Saya hidangkan kambing bersama kentang putar dan coleslaw.
Terima kasih kak Ita dari blog Masam Manis yang sudi kongsikan resepi Chef Amer ni, memang sedap, pastinya sangat berpuas hati dan lepas ni bila teringin nak makan western tak perlu lagi makan di luar..hehe

 

Tuesday 10 February 2015

Mari Meroti : Roti Sarang Lebah

Salam dan Hi Semua..

Hari ni terlebih rajin plus teringin sangat nak mencuba resipi roti sarang lebah yang tengah hot meletop sekarang ni. Nampak seperti remeh proses pembuatannya tapi percayalah memang sangat berbaloi hasilnya. Sedap sehingga menjilat jari.

Resepi dicuba dari blog Azlita Masam Manis 
A) Bahan Roti

Bahan-bahan Doh:

300g tepung roti/ tepung high protein/ tepung superfine ( saya guna tepung high protein)
200g tepung gandum
2 sudu besar susu tepung (saya guna susu tepung nestle omega)
2 sudu besar madu
1 biji telur (saya simpan sedikit untuk gliss)
250ml susu segar (saya guna dutch lady fresh milk)
6g yis segera (saya guna mauripan)
40g gula pasir
40g butter (saya guna buttercup)
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain yogurt

Bahan Gliss:
Sedikit telur
1 sudu besar susu segar

Bahan Topping:
Kuaci Hijau
Kuaci Putih
Kepingan Badam
Bijan Hitam

Cara-cara:

  • Terdapat 2 cara untuk membuat roti, iaitu menggunakan bread maker atau menguli menggunakan tangan. (oleh sebab saya takde bread maker, maka saya uli dengan tangan..hehe)
  • Masukkan kesemua bahan doh dalam bekas adunan (saya campur bahan mengikut jenis, dari kering kemudian cecair, kemudian last sekali lemak) dan uli hingga tidak melekat pada tangan (lebih kurang 35 hingga 45 minit dengan bantuan mr husband..hehe). Kaedah menguli macam kita memberus kain. **saya ayak dulu tepung**
  • Setelah menjadi doh, masukkan doh tadi ke dalam plastik bersih dan ramas untuk 8 hingga 10 minit, kemudian keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan (saya uli dalam 5 minit) sehingga doh menjadi lembut dan elastik.
  • Kemudian, tutup bekas adunan berisi doh dengan plastik wrap atau kain bersih dan perap di tempat yang sedikit hangat (saya perap dalam oven yang tak dihidupkan) selama 40 minit hingga 1 jam untuk doh naik 2x ganda.
  • Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara yang terperangkap.
  • Sapukan butter pada loyang.
  • Bahagikan doh kepada beberapa bahagian (saya buat 30g setiap satu), bulat-bulatkan (**untuk memudahkan proses membulatkan doh, letak doh dalam tapak tangan, rapatkan ibu jari dengan jari lain, kemudian tolak doh keluar melalui jari yang dirapat, anda akan dapat bulatan yang licin dan cantik**) dan susun dalam loyang (**jangan susun terlalu rapat, nanti doh naik terpenyek, jarakkan**) sehingga habis.
Pengembangan doh- letak jauh2 pon mereka merapat taleh berpisah..hehe

  • Tutup loyang dengan kain bersih atau plastik wrap, perap semula supaya doh naik 2x ganda di tempat yang sedikit hangat selama 40 minit.
  • Panaskan oven pada suhu 170 degree celcius (saya guna 180). **loyang juga memainkan peranan dalam penentuan suhu, jika guna loyang non-stick yang warna hitam tu, suhu oven harus direndahkan 20 degree kerana resapan haba lebih tinggi berbanding loyang aluminium, nanti keliling dan bawah bun jadi cepat hitam/hangit**
  • Gliss permukaan bun (jangan sampai meleleh mengenai loyang, nanti bun sukar ditanggalkan dari loyang), taburkan bahan topping (saya guna kuaci hijau dan bijan hitam sahaja), sapukan gliss sekali lagi supaya bahan topping melekat.  **lagi banyak gliss (telur banyak) kita letak, lagi cepat perang permukaan dan rangup, jadi letak berpada ye..hehe**
Proses menghias

  • Bakar bun selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang (15 minit pertama saya guna api bawah sahaja, 5 minit kemudian api atas bawah).
Sedang dibakar

  • Setelah bun diangkat, gliss permukaan bun dengan butter untuk kelihatan berkilat.
  • Pindahkan ke atas pinggan dan tuang sos karamel di atasnya.

Siap..Yeay!!

B) Bahan Sos Karamel/ Butterscoth

2 sudu besar butter
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan krim/ thick krim
1/2 cawan susu segar
1 sudu teh esen vanila
secubit garam

Cara-cara:

  1. Cairkan butter
  2. Masukkan gula perang, masak hingga cair 
  3. Tuangkan krim (saya guna UHT whipping cream brand Paysan Breton), esen vanila dan garam, kacau rata.
  4. Jika sos pekat, tambahkan susu segar sedikit demi sedikit sehingga nampak licin. (saya tak tambah sbb kepekatan dah cukup cantik bagi saya).
  5. Tuangkan atas roti tadi atau boleh jugak dicicah.
**pada cubaan pertama, saya skip letak krim dan gantikan dengan susu segar, bila masuk je susu terus gula perang jadi berketul2 dan kena masak atas api perlahan dengan agak lama sambil terus dikacau untuk gula larut dan sos memekat menjadi perang namun harus berhati2, terlebih perang, sos menjadi pahit**

**cubaan kedua, saya gunakan uht whipped cream (thick cream), selepas masukkan krim, walla gula sebati dengan krim dengan cantik..dan rasanya sangat sedap berbanding menggantikan dengan susu segar, sangat creamy**

**saya gandakan bahan sos butterscoth untuk adunan roti di atas sebab kami suka sos yang melimpah ruah, habis kering sos dicicahnya sampai tak cukup..hehe**

UHT Whipped Cream
UHT whipping cream ini boleh didapati di pasaraya2 seperti econsave, mydin dll, 200ml dalam linkungan harga RM6.00++ ke RM7.00++. Terdapat juga brand lain, saya pilih brand ni  kerana jelas logo halalnya.
SELAMAT MENCUBA..
XOXO