Thursday 12 February 2015

Lamb Chop

Salam dan Hi Semua...

LAMB CHOP

Lamb Chop


Resepi dicuba dari blog Azlita Masam Manis
Resepi asal oleh Chef Amer Hamzah

 8 keping lamb shoulder (saya beli 4 keping je, cukup untuk berdua dengan Mr Husband, 2x masak..hehe)

Bahan perapan:
8 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah India
1 batang serai- dimayang halus
130ml minyak jagung/ minyak zaitun (saya guna minyak zaitun)
70g air
30g lada hitam biji - ditumbuk
40g gula pasir/ gula perang (saya campur)
5g Paprika
10g serbuk stok perang Knorr
50g sos HP original
25g Yellow Mustard
2g Thyme
2g Rosemary
10g garam

Antara bahan yg digunakan
  • Kisar bawang putih, bawang merah, serai, minyak zaitun dan air sehingga halus
  • Campurkan semua bahan perapan kecuali rosemary sehingga sebati, masukkan rosemary. **saya gunakan herba kering dalam botol je **knorr brown sauce ni dijual dalam paket 1kg, shelf life dia dalam masa setahun je, so kena la rajin buat sebab bukan murah sos perang ni, nanti membazir..hehe**
  • Lumurkan pada daging di kedua-dua bahagian (**saya lumur banyak kot, kak ita boleh lumur untuk 8 ketul, saya cukup untuk 4 ketul je**)
Daging siap dilumur bahan perapan

  • Susun di dalam bekas dan perap semalaman (biarkan sejam diluar dahulu supaya semua bahan menyerap dalam daging sebelum di simpan dalam peti ais). **untuk memudahkan proses defrost sebelum digunakan, bolehkan paketkan dalam kuantiti kecil cukup untuk dibakar**
Bahan Sos Black Pepper:
 40g mentega 
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5g bawang holland 
10g lobak merah
10g celery
1 keping Bay Leaf
1g Oregano
1g Parsley
15g lada hitam biji - ditumbuk
20g serbuk stok perang Knorr
20g tepung (saya guna tepung jagung)
600ml air
15g gula
5g garam
5g serbuk secukup rasa
25ml krim tenusu (UHT whipping cream)

  • Kisar halus bawang putih, bawang merah dan bawang Holland tanpa air (saya kisar bersama celery dan lobak merah)
  • Panaskan mentega (saya letak sedikit minyak zaitun)
  • Tumiskan bahan kisar hingga garing
  • Kemudian masukkan daun bay dan herba, kacau perlahan
  • Masukkan tepung dan stok perang sehingga ia jadi pes yang pekat dan hitam
  • Masukkan lada hitam, kacau dengan api perlahan sehingga naik bau
  • Tambahkan air dan bahan perasa, didihkan perlahan sambil dikacau sehingga kuahnya sedikit pekat
  • Masukkan krim dan kacau rata
**untuk herba, saya gunakan Meriah Italian Herbs (didalamnya terkandung Oregano, Thyme, Parsley, Basil), Meriah Rosemary Leaves, Meriah Paprika dan Meriah Bay Leaves. 
**Herba kering ini juga terdapat dalam brand lain seperti McCormick dan MasterFoods**
**cubaan kali ke2 sy blend je bahan kisar dengan sedikit air sbb susah la nk hancur tanpa air..pastu tumis smpai garing-hasil dia sama ja sedap..hehe**
Sos Black Pepper

 Selepas siap semua, daging pun dah dinyahbeku, boleh lah masak daging. 
  • Saya oles minyak zaitun pada pemanggang ajaib.
  • Panaskan pemanggang ajaib dengan api sederhana, masukkan daging kambing, tutup dan bakar selama 15 minit.
  • Terbalikkan pemanggang, dan bakar lagi selama 15 minit.
  • Saya hidangkan kambing bersama kentang putar dan coleslaw.
Terima kasih kak Ita dari blog Masam Manis yang sudi kongsikan resepi Chef Amer ni, memang sedap, pastinya sangat berpuas hati dan lepas ni bila teringin nak makan western tak perlu lagi makan di luar..hehe

 

No comments:

Post a Comment