Tuesday 20 October 2015

Donut Kentang Gebu dan Sedap

Salam dan Hi Semua...

Sarapan kami pagi ini adalah donut kentang. Setelah membelek di sana sini, saya memilih untuk mencuba resepi dari Masam Manis. Memang tidak mengewakan. Berebut makan kami satu keluarga. Tak cukup! Haha.. Sedap..Gebu...Lembut..sampai petang.. Saya memang sangat suka donut. Pernah cuba buat sendiri sekali sebelum ini menggunakan resepi lain tapi hasil tak memuaskan. Semenjak tu, tak berani mencuba lagi. Yang ini, pasti akan di ulang lagi.

DONUT KENTANG SEDAP GILER

Donut Kentang


Bahan-bahan:

1 biji kentang - dikukus @ direbus (tanpa dibuang kulit, nanti ia serap air banyak), kemudian kupas kulit dan lenyek halus
250g tepung gandum @ tepung high protein @ tepung roti
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar susu tepung
70ml air ais - saya guna air dari peti ais
1 1/2 sudu besar shortening @ margerin @ butter
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh baking powder
1 3/4 sudu teh yis segera
gula kastor untuk disalut pada donut

Cara-cara:
  1. Satukan tepung yang diayak ke dalam bekas bersama gula, susu tepung, baking powder dan yis. Gaul rata.
  2. Masukkan kentang lenyek. Ratakan.
  3. Dalam bekas lain, satukan garam dan telur, kocok sebentar.
  4. Masukkan telur ke dalam adunan tepung. Kacau rata.
  5. Tuangkan air ais sedikit demi sedikit hingga adunan sebati dan kental.
  6. Masukkan shortening dan uli hingga adunan lembut dan elastik. Boleh masukkan doh ke dalam plastik bag dan ramas-ramas doh selama 10 - 20 minit hingga doh jadi elastik dan tak melekat di tangan.
  7. Tutup doh dengan kain @ plastik wrap dan simpan di tempat yang hangat hingga adunan naik 2 kali ganda. Anggaran masa 30 minit. Anda boleh letak dalam almari atau letak dalam oven untuk memberikan rasa hangat pada doh. Pastikan oven tidak di on.
  8. Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
  9. Bulat-bulatkan doh anggaran 20g setiap satu (saya buat besar-besar dalam 40g satu..dapat dalam ~ 15 biji).
  10. Susun dalam loyang yang ditabur sedikit tepung supaya tak melekat.
  11. Tekan doh supaya leper.
  12. Buatkan bulatan di tengah doh dengan acuan bentuk bulat.
  13. Biarkan 5 minit sebelum menggoreng. Jangan biarkan doh naik sangat nanti lubangnya tertutup dan jadi lembut sangat sampai susah untuk menggoreng.
  14. Sementara itu,panaskan minyak, jangan terlalu panas (cepat hangus di luar tapi dalam belum masak) dan jangan pula tak panas (donut akan serap minyak).
  15. Balik-balikkan donut supaya dapat bentuknya yang cantik dan warna sekata.
  16. Angkat setelah kuning keemasan.
  17. Untuk taburkan gula, letak gula ketika donut masih panas, jika dah sejuk gula tak melekat pada donut.
  18. Kaedah mudah letak gula, masukkan gula dalam bag plastik, masukkan donut. Kembungkan palstik dan goncang-goncang supaya gula melekat pada donut.

Wednesday 14 October 2015

Kek Karamel

Salam dan Hi Semua...

Kek karamel ni dah lama teringin nak buat tapi tiada keberanian bila tengok banyaknya step dalam menyiapkan nya. Risau tak menjadi. Tapi Alhamdulillah cubaan pertama menjadi berpandukan resepi dan tips dari blogger yang dikagumi, siapa lagi kalau bukan Azlita Masam Manis. Agak mengambil masa membuatnya maklumla saya budak baru belajar. Tapi sekejap saja habis. Memang sedap sangat! Berbaloi-baloi..

KEK KARAMEL

Kek Karamel


Bahan-bahan:

Bahan A (Gula Hangus)

2 sudu besar gula pasir
  • Sediakan loyang 8 inci 
  • Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
  • Biarkan gula hancur dan warna berukar perang (tak perlu dikacau).
  • Ratakan gula dengan menyengetkan loyang ke kiri dan kanan.
  • Biarkan gula sejuk. Gula yang sejuk akan keras dan retak retak dan berbunyi seperti kaca pecah bila dah keras.
  • Ketepikan.
Bahan B (Puding Karamel)

1/2 tin (200ml) susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur

**bahan di atas menghasilkan lapisan karamel yang nipis dan agak manis. Boleh kurangkan gula atau gandakan bahan seperti di bawah ikut resepi Azie Kitchen**

1 tin susu cair
60g gula castor
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur
2 biji telur
  • Kacau susu dan gula sehingga gula larut.
  • Kacau telur dan esen perlahan.
  • Satukan kedua-dua bahan dan kacau rata perlahan saja.
  • Kemudian tapis ke dalam loyang hula hangus tadi.
  • Ketepikan.
  • Adunan ini tidak perlu di bakar dulu, kita akan bakar adunan ini bersama adunan kek nanti.
Bahan C (Adunan Kek)

140g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
3 biji kuning telur
135ml air
45ml minyak masak
70g gula castor
  • Ayak tepung bersama baking powder.
  • Pukul kuning telur, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  • Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
  • Matikan mixer, masukkan campuran tepung dan baking powder yang telah diayak tadi sikit sikit dan kacau perlahan secara kaup balik sehingga kesemua bergaul sempurna.
  • Ketepikan.
Bahan D (Meringue)

6 biji putih telur (pastikan jangan bercampur kuning telur)
70g gula castor
1 sudu teh krim tar tar
  • Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering.
  • Pukul putih telur hingga berbuih.
  • Masukkan gula dan krim tar tar dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku. (Kalau terbalikkan loyang adunan putih telur tidak jatuh - soft peak).
Cara-cara:
  1. Masukkan 1/3 bahan meringue (Bahan D) ke dalam adunan tepung (Bahan C) tadi.
  2. Gaul rata secara kaup balik.
  3. Masukkan semua baki meringue dan ratakan secara kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
  5. Letakkan pewarna yang disukai.
  6. Kemudian tuangkan adunan kek ini ke atas lapisan karamel tadi secara belang -belangkan adunan: 
    • Tuang 3 sudu lapisan biru, kemudian 3 sudu lapisan hijau ditengah lapisan biru.
    • Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan pink di tengah lapisan hijau.
    • Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian ulang langkah yang sama dengan menggunakan 2 sudu pula.
    • Akhir sekali dengan 1 sudu.
    • Lorekkan atas adunan tadi, agak2 kedalaman lidi supaya tidak menyentuh lapisan karamel.
  7. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170 degree api bawah. Bila dah masukkan kek dalam oven, turunkan kepada 160 degree api bawah. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak
  8. Bakar dengan kaedah steam bath pada rak bawah:
    • Tuangkan air panas dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek.
    • Letakkan loyang kek dalam loyang air panas.
    • Jika gunakan loyang berpatri, balut dasar loyang dengan aluminium foil untuk elak air masuk ke dalam adunan kek. Atau boleh juga letakkan tapak pada loyang air panas dan letakkan loyang kek atas tapak.
    • Jika gunakan oven gas, kedudukan loyang air panas di letak di bahagian rak bawah dan loyang kek pada rak atas.
  9. Selepas masak, renggangkan pintu oven, biarkan kek di dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang, ia akan turun sedikit.
  10. Terbalikkan atas pinggan dan biar ia turun ke atas pinggan sendiri. (saya simpan kek di dalam chiller dulu selepas kek mencapai suhu bilik sebelum di pindahkan ke atas pinggan dari loyang).
  11. Cepat-cepat lapkan air gula hangus dengan kitchen towel agar air tu tak turun membasahkan kek.
  12. Potong kek bila benar-benar sejuk. 
  13. Saya suka makan kek ni dari chiller. Sedap!
Sebelum dan Selepas Lorek

Biarkan kek renggang selepas masak






Tuesday 13 October 2015

Brownies Kedut

Salam dan Hi Semua...

Hari ini saya cuba buat brownies kedut yang sedang hangat di perkatakan.

BROWNIES KEDUT
resepi dicuba dari facebook Afzan Mohd

Brownies Kedut


Bahan2:
Bahan 1
100g butter @ buttercup - pada suhu bilik (saya guna daisy)
100g gula putih
90g gula perang
2 biji telur

Bahan 2
40g beryls dark choc coin
secubit nescafe

Bahan 3
100g tepung gandum
40g serbuk koko
3g garam

Bahan 4
90g Beryls dark choc coin

Cara2:
  1. Ayak bahan 3 bersama, gaul rata, ketepikan
  2. Masukkan butter, gula putih dan gula perang dalam periuk (kalau boleh gunakan periuk yang sedikit tebal @ berkualiti supaya panas sekata dan x cepat hangus), panaskan atas api perlahan, sentiasa kacau adunan sehingga butter cair (bukan gula cair sepenuhnya ye), lepas nampak ada lapisan minyak di atas stop. (proses ini penting untuk kedut \-kedut menggoda)
  3. Kacau adunan sehingga sedikit suam (dlm 1 minit), kemudian masukkan 2 biji telur, kacau dengan whisk sehingga adunan sebati.
  4. masukkan bahan 2, guna whisk kacau sehingga coklat cair dan adunan sebati. (penting dimasukkan coklat masa adunan  masih suam). Coklat ini juga penting untuk lapisan kedut yang licin dan berkilat.
  5.  Tukar kepada spatula, masukkan tepung dan juga serbuk koko dan garam yang telah dicapur bersama tadi (Bahan 3). Kacau secara kaup balik hingga licin tapi berketul2 sedikit kerana gula tidak mencair sepenuhnya.
  6. Tunggu sekejap dalam 5 minit, masukkan bahan 4, kacau secara kaup balik 1 atau 2 kali sahaja. Masa ni adunan suam kuku je, untuk elak coklat coin dari mencair untuk effect coklat cair di tengah-tengah.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang 7 x 7 atau 8 x 8 yang telah di alas baking paper.
  8. Boleh juga taburkan kekacang di atasnya, tapi toast dulu kacang tu.
  9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 160 degree selama 25 minit. Jangan lebuh bakar nanti jadi biskut.
  10. Biarkan sejuk dalam tray, baru keluarkan dan potong.

Nampak coklat cairnya

Tips:
  • Kalau nak makan sehari selepas, untuk effect coklat cair, panaskan dalam microwave 20 saat je. 
  • butter dan gula jgn sampai menggelegak, bila butter dah cair tutup api, kacau-kacau sedikit masukkan telur. Jangan masukkan telur ketika panas, nati telur masak dan kurang berkilat
  • masukkan tepung dan coklat 40g ketika aduanan masih suam panas.
  • jika dah dimasukkan dalam bekas untuk dibakar, jangan biarkan berada diluar terlalu lama, kedut kurang.
  • paling penting, jangan underbake, nanti tak kilat dan tak kedut.
  • jangan overbake pula, kilat tapi keras.