Tuesday 13 October 2015

Brownies Kedut

Salam dan Hi Semua...

Hari ini saya cuba buat brownies kedut yang sedang hangat di perkatakan.

BROWNIES KEDUT
resepi dicuba dari facebook Afzan Mohd

Brownies Kedut


Bahan2:
Bahan 1
100g butter @ buttercup - pada suhu bilik (saya guna daisy)
100g gula putih
90g gula perang
2 biji telur

Bahan 2
40g beryls dark choc coin
secubit nescafe

Bahan 3
100g tepung gandum
40g serbuk koko
3g garam

Bahan 4
90g Beryls dark choc coin

Cara2:
  1. Ayak bahan 3 bersama, gaul rata, ketepikan
  2. Masukkan butter, gula putih dan gula perang dalam periuk (kalau boleh gunakan periuk yang sedikit tebal @ berkualiti supaya panas sekata dan x cepat hangus), panaskan atas api perlahan, sentiasa kacau adunan sehingga butter cair (bukan gula cair sepenuhnya ye), lepas nampak ada lapisan minyak di atas stop. (proses ini penting untuk kedut \-kedut menggoda)
  3. Kacau adunan sehingga sedikit suam (dlm 1 minit), kemudian masukkan 2 biji telur, kacau dengan whisk sehingga adunan sebati.
  4. masukkan bahan 2, guna whisk kacau sehingga coklat cair dan adunan sebati. (penting dimasukkan coklat masa adunan  masih suam). Coklat ini juga penting untuk lapisan kedut yang licin dan berkilat.
  5.  Tukar kepada spatula, masukkan tepung dan juga serbuk koko dan garam yang telah dicapur bersama tadi (Bahan 3). Kacau secara kaup balik hingga licin tapi berketul2 sedikit kerana gula tidak mencair sepenuhnya.
  6. Tunggu sekejap dalam 5 minit, masukkan bahan 4, kacau secara kaup balik 1 atau 2 kali sahaja. Masa ni adunan suam kuku je, untuk elak coklat coin dari mencair untuk effect coklat cair di tengah-tengah.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang 7 x 7 atau 8 x 8 yang telah di alas baking paper.
  8. Boleh juga taburkan kekacang di atasnya, tapi toast dulu kacang tu.
  9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 160 degree selama 25 minit. Jangan lebuh bakar nanti jadi biskut.
  10. Biarkan sejuk dalam tray, baru keluarkan dan potong.

Nampak coklat cairnya

Tips:
  • Kalau nak makan sehari selepas, untuk effect coklat cair, panaskan dalam microwave 20 saat je. 
  • butter dan gula jgn sampai menggelegak, bila butter dah cair tutup api, kacau-kacau sedikit masukkan telur. Jangan masukkan telur ketika panas, nati telur masak dan kurang berkilat
  • masukkan tepung dan coklat 40g ketika aduanan masih suam panas.
  • jika dah dimasukkan dalam bekas untuk dibakar, jangan biarkan berada diluar terlalu lama, kedut kurang.
  • paling penting, jangan underbake, nanti tak kilat dan tak kedut.
  • jangan overbake pula, kilat tapi keras.

No comments:

Post a Comment