Thursday 31 December 2015

Laksa Bonda

Salam dan Hi Semua..

Entry last untuk tahun 2015. Selamat tinggal 2015. Banyak benda manis berlaku tahun ini. Saya berjaya graduate, mak ayah terpilih jadi tetamu Allah untuk musim haji 1436H, en suami berjaya beli rumah dan lain-lain..hehe. Alhamdulillah.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan (Surah Ar-Rahman : 13)

Semoga tahun mendatang membawa lebih lagi perkara2 baik dalam kehidupan kami dan anda semua..InsyaAllah.

Harini en.suami nak buat makan2 sikit kat tempat kerja. Kebetulan mak ada kat rumah boleh la buat makanan berat dan sedap sikit..kalau den sorang buat kek je la..hahahah..so kami buat laksa..

LAKSA BONDA 

LAKSA BONDA


Bahan-bahan  (utk ~ 25 org)
3 bungkus laksa beras (1 bungkus 450g laksa eka gambar cili)
25 ekor ikan sardin ~ 2kg lebih sikit
50 tangkai cili kering*
6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
Lengkuas sebesar ibu jari kaki*
2 batang serai - hiris nipis*
14 keping asam keping
Daun kesom secukupnya
Bunga kantan - saya x letak, mahal.hehe
Garam secukupnya

Bahan hiasan:
15 biji telur rebus
Bawang besar - dihiris
Cili merah - dihiris
Cili padi - dihiris
Timun - dihiris mancis
Salad - dihiris nipis

Cara-cara:-

Ikan
  • Rebus ikan dengan garam.
  • Biarkan sejuk @ suam, toskan air. *air rebusan JANGAN dibuang*
  • Perisi ikan dari tulang, bahagi kepada 3 bahagian:  a) tulang tengah dan tulang panjang sebatang sebatang b) kepala dan sirip c) isi ikan 
Kuah
  • Kisar halus bahan bertanda *, tuangkan dalam periuk.
  • Kisar isi ikan (c) dengan air rebusan ikan tadi, masukkan dalam periuk.
  • Kisar kepala ikan dan sirip (b) dengan air rebusan ikan, TAPISKAN ke dalam periuk.
  • Bahagian (a) ikan pula dibuang.
  • Tambahkan garam, asam keping dan juga air secukupnya, masak hingga hilang bau cili.
  • Tambahkan daun kesom dan juga bunga kantan.
Laksa
  • Rendam laksa semalaman. Esok nak makan, malam ni boleh rendam.
  • Didihkan air, basuh laksa tadi, lepas air mendidih masukkan laksa, tutup periuk, biarkan mendidih selama 10 minit camtu. Tutup api, biarkan laksa dalam periuk sehingga laksa kembang dan air dalam periuk kering meresap dalam laksa.
  • Toskan laksa dengan air sejuk. 
Bahan Hiasan

Dah siap semua, termasuk bahan hiasan bolehla makan laksa nya. Saya suka sangat makan dengan kicap manis..hehe

Kuah laksa ni seeloknya kalau esok nak makan malam ni buat dah supaya rasanya sebati dan ada umphh! :)

Kalau nak makan untuk family kecil, pandai2 la bahagi ye..bonda pesan untuk 1 bungkus laksa, 1/2kg ikan dah cukup...ikan pulak ikan sardin ke mata besar ke ye, jangan bantai ikan kembung pulak..hehehe





Cekodok Pisang

Salam dan Hi Semua...

Pagi ini kami bersarapan ringan-ringan dan mudah je. Cekodok pisang orang utara panggil.

CEKODOK PISANG 

 
Cekodok Pisang


Bahan-bahan:
8 biji pisang emas ~  440g
3 sudu besar gula
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan air
1 sudu kecil garam


  • Lenyek pisang bersama gula.
  • Bancuh garam dengan air
  • Masukkan tepung, gaul rata.
  • Tuangkan bancuhan garam sedikit demi sedikit hingga kepekatan yang diingini. Ada orang suka makan yang sedikit keras, ada yang sebaliknya.
  • Panaskan minyak, guna minyak banyak ye.
  • Jemput dengan hujung jari, masukkan adunan ke dalam minyak, goreng hingga masak. Dalam masa yang sama gunakan sudip dan bulat2 kan cucur semasa mengacau. 

Tuesday 29 December 2015

Daging Masak Asam

Salam dan Hi Semua..

Hari ni kami masak daging masam asam, buat lebih sikit untuk dimakan pagi esok dengan nasi himpit. Selalunya mak masak daging ni untuk juadah raya. Kalau daging, memang wajib masak asam. Lain tak mau..Hehe. 

DAGING MASAK ASAM

Daging Masak Asam


Bahan-bahan:
400g daging - dihiris kecil
10 tangkai cili kering*
1 sudu kecil jintan manis*
2 biji buah keras*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis
1 batang serai - diketuk 
1 sudu besar gula @ secukupnya
garam secukupnya
air asam jawa
1/2 cawan susu cair
daun sup daun bawang @ daun kunyit - racik halus
  • Rendam cili kering, jintan manis dan buah keras dalam air panas hingga cili kembang.
  • Kisar halus bahan bertanda *
  • Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar.
  • Masukkan serai, daging dan garam, masak sehingga daging empuk dan rempah pecah minyak. 
  • Tambahkan gula dan air asam.
  • Selepas mendidih masukkan susu cair.
  • Biarkan mereneh atas api perlahan.
  • Taburkan daun sup daun bawang.

Ikan Temenung Lengat

Salam dan Hi Semua..

Ada ikan temenung stok lama dalam peti ais jangan dibuang sebaliknya buat temenung lengat. Ikan ni bukan apa dah lama jadi kurang fresh dah nak makan goreng biasa. Kebetulan mak ada kat rumah, minta mak ajarkan. Senang je rupanya.

IKAN TEMENUNG LENGAT


Ikan Temenung Lengat

Bahan-bahan:
12 ekor ikan temenung - bersihkan
1 sudu besar garam
7 keping asam keping
2 cawan air
  •  Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan rebus hingga mendidih dan ikan masak.
  • Nak makan nanti bolehla digoreng.

Sunday 13 December 2015

Butter Chicken

Salam dah Hi Semua...

Ini menu makan malam kami hari ini, butter chicken. Resepi dicuba dari blog Azie Kitchen. Menurut empunya blog, selain ayam, boleh juga dimasak menggunakan sotong, udang dan ketam. Rasanya memang sedap, berkrim.

BUTTER CHICKEN

Butter Chicken


Bahan-bahan:
2 keping ayam bahagian dada (boneless) - dipotong kecil
2 sudu besar butter
6 batang cili padi - dihiris nipis
1 batang cili merah - dihiris
1 pelepah daun kari
beberapa keping cheese - guna 2 keping cheddar cheese
230ml susu cair - guna susu full cream
secubit serbuk perasa ayam knorr - x letak
garam
serbuk lada hitam
secubit gula - saya tambah

Bahan perap:
1 sudu kecil garam*
1 sudu kecil gula*
2 sudu kecil serbuk kari*
1 biji telur
1 sudu besar tepung gandum - sy guna lebih, ~ 1 cawan

Cara-cara:
  1. Gaul rata bahan * dengan ayam, perap dalam 5 minit atau lebih. Kemudian celup ayam dalam telur dan gaul dengan tepung.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam secara deep fry hingga masak. Ketepikan.
  3. Cairkan butter dalam kuali. Tumis daun kari, cili padi dan cili merah hingga naik bau.
  4. Masukkan susu cair dan kepingan cheese. Masak hingga mendidih.
  5. Masukkan lada hitam, garam dan gula.
  6. Masukkan ayam yang siap digoreng tadi, masak sehingga kuah memekat setakat yang diingini.

Bubur Ayam

Salam dan Hi Semua...

Pagi ini atas permintaan en suami, saya buatkan bubur ayam untuk sarapan pagi. Selalu saya buat moi je, makan dengan ikan bilis goreng dan kicap...tapi en suami tak gemarkan nya. Jadi pagi ni godek godek resepi orang fqkayaraya dan resepi bonda untuk dapat idea apa nak letak dalam tu. 

BUBUR AYAM

Bubur Ayam


Bahan-bahan:
2 potong ayam bahagian thigh atau apa2 bahagian
1 sup bunjut adabi
Air secukupnya

1 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1 cup beras - dibersihkan
sedikit minyak menumis
1/2 batang lobak - didadu
Jejari ketam
Cili padi - hiris
Cili merah - hiris
Cili hijau - hiris
Daun sup - hiris
Daun bawang - hiris
Garam
Lada hitam
Bawang goreng

Cara-cara:
  1. Rebus ayam dengan sedikit garam dan sup bunjut hingga empuk. Keluarkan ayam dan carik isinya.
  2. Tumbuk halus bahan *. 
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan * hingga naik bau, kemudian masukkan beras, kacau rata.
  4. Masukkan air rebusan ayam, masak nasi sehingga kembang. Tambahkan air jika perlu.
  5. Masukkan lobak merah, jejari ketam dan lada hitam.
  6. Masak sehingga nasi hampir pecah, tambahkan air jika perlu. Perasakan secukupnya.
  7. Sedia di hidang. Taburkan cili padi, cili merah, cili hijau, daun sup daun bawang, bawang goreng dan juga ayam racik tadi. Boleh juga ditambah telur asin...:)


Monday 7 December 2015

Ikan Dori Sos Lemon

Salam dan Hi Semua...

Dalam sebulan ni, En Suami yang buat breakfast. Untuk hari ini menunya adalah ikan dori sos lemon. Selalunya malam saya akan tengok En Suami prepare bahan, perap apa yang patut. Jadi esok paginya boleh la makan dengan hati yang tenang...hehe.. Resepi dicuba dari blog Lina Pg. Dihidangkan bersama coleslaw dan juga roti pita bakar.

IKAN DORI SOS LEMON

IKAN DORI SOS LEMON


Bahan-bahan Ikan:

6 keping ikan dory fillet (saya beli 1 paket ~1kg kat mydin, dalam tu ada 3 potong dory fillet - guna 1 keping)
1 inci halia muda - ketuk
4 ulas bawang putih - ketuk @ hiris
1 biji lemon - perah jus
1 - 2 sudu besar sos ikan
Sedikit rosemary kering, tyme (kami guna italian herbs)
Garam dan serbuk perasa
Serbuk lada hitam
Minyak zaitun
  1. Perasakan ikan dengan garam, serbuk perasa dan lada hitam.
  2. Satukan halia, bawang putih, jus lemon, sos ikan, sedikit garam dan perasa (en Suami tumbuk bahan dalam lesung batu ja)
  3. Lumur kepada kepingan ikan dan perap 30 minit (kami perap semalaman)
  4. Grill ikan hingga masak. 
Bahan Sos Lemon:

1 sudu besar mentega
1/2 biji bawang besar (cincang halus)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsli kering (kami guna italian herb ja)
1/2 cawan susu cair (kami guna susu full krim)
1/2 cawan air
1 sudu besar jus lemon
Secubit garam
Secubit lada hitam
  1. Panaskan butter dalam periuk kecil, goreng bawang besar hingga layu.
  2. Masukkan tepung gandum, kacau sehingga tepung melekat dengan bawang.
  3. Masukkan susu cair, air, garam, jus lemon, lada hitam dan herba kering. Kacau selalu supaya tidak berketul. Masak sehingga kuah menjadi pekat yang diingini.