Tuesday 16 February 2016

Cencaru Sumbat

Salam dan Hi Semua...

Makan malam kami simple je hari ini. Ikan cencaru sumbat digandingkan dengan sayur kangkung dan kicap. Heheh.. Resipi cencaru ini dari bonda saya. Suami saya pantang jumpa ikan cencaru sumbat ni, dia pulun habis-habisan. :)

CENCARU SUMBAT

Cencaru Sumbat


2 ekor ikan cencaru - dibelah tengah, dibersihkan
2 tangkai cili merah
6 tangkai cili padi
belacan
air asam jawa secukupnya
1 ulas bawang merah
1 batang serai - hiris nipis
sedikit serbuk kunyit
sedikit aji
garam secukupnya
  • Lumur cencaru dengan garam kunyit
  • Bahan lain kisar separa hancur, air asam jawa agak2 jangan cair sangat ye, buat macam sambal belacan.
  • Sumbat sambal dalam belahan ikan cencaru.
  • Goreng

Sunday 7 February 2016

Donut

Salam dan Hi Semua..

Pagi ni saya buatkan donut untuk sarapan kami suami isteri. Resepi dicuba dari blog Masam Manis. Resepi ni berbeza dengan resepi donut saya cuba sebelum ini. Saja suka-suka cuba resepi lain pulak.. Hihi. Katanya sumber asal resepi ini adalah dari Chef Asma.

DONUT

DONUT


Bahan-bahan:
500g tepung roti / tepung high protein / tepung gandum (sebaiknya tepung roti)
1 sudu besar bread softener ( optional)
2 sudu besar susu tepung
60g gula halus
1/2 sudu kecil garam
200ml air sejuk dari peti ais
2 biji telur
1 sudu besar susu pekat manis
60g mentega
10g atau 1 paket mauripan

minyak menggoreng terendam
gula kastor atau gula aising untuk menyalut donut
  • Saya gunakan bread maker untuk sediakan donut ini.
  • Masukkan kesemua bahan seperti arahan ke dalam BM (kecuali minyak dan gula salut donut), set pada doh, lepas 1 jam 30 minit siap.
  • Tumbuk doh untuk keluarkan angin.
  • Bulatkan dalam 40g setiap satu, dapat dalam 30 biji donut.
  • Rehatkan kejap dalam 10 minit dalam ruang yang sedikit hangat seperti dalam oven yang tak di on.
  • Tekan-tekan bagi penyet sikit, tebuk lubang tengah-tengah.
  • Panaskan minyak dan boleh goreng. (minyak jangan panas sangat sebab dia cepat hangus, tapi jangan tak cukup panas pulak nanti serap minyak).
  • Balik-balik kan donut supaya masak sekata.
  • Salutkan gula semasa masih panas:
    • letak gula dalam plastik beg
    • masukkan 2-3 ketul donut, goncang biar gula bersalut pada donut

Wednesday 3 February 2016

Tomyam Tanpa Pes

Salam dan Hi Semua..

Hari ni menu makan malam saya dan suami mudah saja. Tomyam ayam dan juga telur dadar. Bertambah makan. Apa yang saya suka tentang tom yam ni adalah sangat senang, bahan yang digunakan pon tak banyak, memang sedia ada di rumah dan yang paling utama tanpa pes. Bukan apa, selama ni saya macam tak berkenan dengan pes sedia ada, macam tak sesedap makan tomyam di kedai. Hehe. Terima kasih kepada empunya resepi, Puan Norhaslina Abdul Halim.

TOM YAM AYAM

Tomyam Ayam

Bahan-bahan:

Bahan kisar:
1 biji tomato - saya letak 2 biji
1 biji bawang besar 

Bahan lain:
1 sudu makan minyak 
3 batang serai - dititik
Ayam secukupnya
lobak merah
bunga kobis 
4 biji bawang besar - dibelah baji (belah 4)
4 biji tomato - dibelah baji (belah 4)
limau nipis/ kasturi - saya guna 2 biji
daun limau purut
garam dan gula secukupnya
10 tangkai cili padi - diketuk
daun ketumbar untuk hiasan
  • Kisar bahan kisar bersama sedikit air
  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai hingga naik minyak.
  • Selepas garing, masukkan ayam dan juga sayur keras seperti lobak merah. (kalau nak masuk seafood, masukkan lambat sikit takut liat). 
  • Masukkan air ikut suka banyak mana nak kuah. Rebus naik semua bahan.
  • Setelah mendidih, masukkan perahan limau nipis. Perasakan dengan garam dan gula.
  • Masukkan bunga kobis.
  • Agak-agak empuk, masukkan bawang besar, tomato, cili padi dan daun limau purut.
  • Untuk dapat rasa tomyam sebenar seimbangkan rasa masam, pedas dan sedikit manis bawang.
  • Hiaskan dengan daun ketumbar.