Pagi ni saya buatkan donut untuk sarapan kami suami isteri. Resepi dicuba dari blog Masam Manis. Resepi ni berbeza dengan resepi donut saya cuba sebelum ini. Saja suka-suka cuba resepi lain pulak.. Hihi. Katanya sumber asal resepi ini adalah dari Chef Asma.
DONUT
DONUT |
Bahan-bahan:
500g tepung roti / tepung high protein / tepung gandum (sebaiknya tepung roti)
1 sudu besar bread softener ( optional)
2 sudu besar susu tepung
60g gula halus
1/2 sudu kecil garam
200ml air sejuk dari peti ais
2 biji telur
1 sudu besar susu pekat manis
60g mentega
10g atau 1 paket mauripan
minyak menggoreng terendam
gula kastor atau gula aising untuk menyalut donut
- Saya gunakan bread maker untuk sediakan donut ini.
- Masukkan kesemua bahan seperti arahan ke dalam BM (kecuali minyak dan gula salut donut), set pada doh, lepas 1 jam 30 minit siap.
- Tumbuk doh untuk keluarkan angin.
- Bulatkan dalam 40g setiap satu, dapat dalam 30 biji donut.
- Rehatkan kejap dalam 10 minit dalam ruang yang sedikit hangat seperti dalam oven yang tak di on.
- Tekan-tekan bagi penyet sikit, tebuk lubang tengah-tengah.
- Panaskan minyak dan boleh goreng. (minyak jangan panas sangat sebab dia cepat hangus, tapi jangan tak cukup panas pulak nanti serap minyak).
- Balik-balik kan donut supaya masak sekata.
- Salutkan gula semasa masih panas:
- letak gula dalam plastik beg
- masukkan 2-3 ketul donut, goncang biar gula bersalut pada donut
No comments:
Post a Comment