Monday, 25 July 2016

Bakso Sedap

Salam dan Hi semua...

Hari ni cubaan pertama buat bakso, resipi dirujuk dari blog sifu Azlita Masam Manis. Simple je sebenarnya bakso ni, dalam sejam da sedia untuk dinikmati.. Rasa dia memang sedap, kecur liur..:)

BAKSO SEDAP 



Bahan-bahan:

1 bungkus mihun - direndam dalam 30 minit, celur sekejap dalam air mendidih
Taugeh
Kobis - hiris halus
Daun sup daun bawang - hiris
Bawang goreng

Bebola daging
400g daging cincang
2 ulas bawang merah - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 biji telur - 1 biji dikocok tapi ambil 1/2 sahaja
2 st tepung jagung / tepung ubi
1 st serbuk lada sulah
garam secukup rasa
  • Satukan semua bahan, gaul rata. Bulat-bulatka sebesar guli. Ketepikan.
Kuah bakso
1/2 kg tulang - optional
2 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia
2 st lada sulah
1 batang serai - diketuk
1 kiub pati daging
1 bungkus sup bunjut - optional
garam secukup rasa
  • Mula-mula rebus dulu tulang hingga empuk. Saya guna pressure cooker lebih kurang 30 minit.
  • Dalam kuali berasingan, panaskan minyak, tuis bawang, halia dan serai hingga wangi, kemudian masukkan ke dalam air rebusan tulang tadi.
  • Masukkan sup bunjut, kiub daging dan perisakan dengan garam secukupnya.
  • Bila dah mendidih, masukkan bebola daging tadi. Bebola daging akan timbul dipermukaan kuah apabila masak.
  • Biar renih sekejap kuah bakso kita.
Bakso dimakan bersama mihun yang dicelur tadi, taburkan taugeh, daun sup daun bawang, hirisan kobis dan juga bawang goreng. Hidangkan bersama kicap Enaq pedas dan lada cuka.

Boleh juga buat sendiri kuah kicapnya.

Kuah kicap
30 biji cili padi
1 sb gula
2 ulas bawang putih
Kicap manis secukupnya
  • Kisar semua bahan hingga halus.
Lada cuka
10 biji cili padi
cuka makan secukupnya
  • Kisar bahan bersama.
**Bakso kami nampak togel je, bahan hiasan takde stok kat rumah..lol**

Tuesday, 19 July 2016

Mihun Tomyam

Salam dan Hi semua...

Hari ni kami berbuka puasa enam dengan mihun tomyam. Resipi di cuba dari Azlina Ina.

MIHUN TOMYAM 

 

Bahan-bahan:

Monday, 18 July 2016

Mihun Sup Tulang Bonda

Salam dan Hi Semua..

Menu kesukaan saya, mihun sup tulang bonda. Semestinya.Saya suka makan mihun sup ni dengan sos tomato. Tapi saya buatkan juga kuah kicap untuk en suami..:)

MIHUN SUP TULANG BONDA 



Bahan-bahan: (untuk 6-8 orang)

Sup:
1kg tulang
1/2 kg daging - dihiris kecil
1 bungkus sup bunjut adabi
1 inci halia - dihiris
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 tangkai bunga cengkih
3 biji pelaga
3 biji badam*
1 st kaskas*
1 sb lada hitam kasar
1 sb kicap manis
serbuk perencah sup adabi
garam, aji secukupnya

- Rendam bahan* dalam air panas, bila kulit badam dah lembut buangkan kulitnya, hancurkan kaskas dan badam, tapis airnya.
- Rebus tulang, daging, sup bunjut, halia dan sedikit garam dalam 1/2 periuk air guna pressure cooker selama 30 minit.
- Dah empuk, masukkan bahan-bahan lain, perisakan secukupnya.

Mihun:
1 bungkus (400g) mihun jasmine

-Rendam dalam air selama 30 minit - 1 jam
- Celur dalam air mendidih selama 2 minit
- Toskan

Kuah kicap:
30 biji cili padi
2 ulas bawang puitih
kicap manis secukupnya
1sb gula

-Kisar semua bahan.

Hiasan:
Daun sup daun bawang
Bawang goreng
Fish cake- goreng dahulu, hiris nipis

Sunday, 17 July 2016

Pho Bho Noodle

Salam dan Hi semua..

Hari ni makan malam kami adalah Pbo Bho @ Vietnamese Beef Noodle Soup. Ni kali ke 3 saya buat, pertama kali cuba masa bulan puasa lepas, resipi dicuba dari Yuss Aisya. Memang sedap.

PHO BHO NOODLE SOUP 






Resipi utk 2 org

Bahan-bahan sup:
300g daging lembu potong kasar
2 ulas bawang putih - diketuk
1/2 inci halia - diketuk
1 kuntum bunga lawang
2 biji cengkih
1 biji pelaga
Secubit biji ketumbar
1 ketul kiub pati daging
Secubit gula
5 cawan air

-Masukkan semua bahan dalam pressure cooker dan rebus 30 minit. (jika guna periuk biasa rebus hingga betul2 empuk - bila picit dengan jari daging pecah dan relai)
-Rasa, jika kurang masin tambah garam.

Mee:
Gunakan kuetiau halus - celur sebentar dalam sup (saya celur dalam 1 minit setengah)

Hiasan:
Taugeh segar (buang ekor) - saya celur jugak
Sawi - celur
Daun ketumbar - letak banyak
Daun sup
Daun bawang
Daun selasih - x letak
Cili padi dititis sedikit nampla (sy guna cili padi je)
Limau nipis secukupnya

Daging panggang: (optional):
Daging (guna bahagian topside tebal 1.2cm)
1 st lada hitam - tumbuk kasar
1 st jintan manis
1 st biji ketumbar
1 st garam
1 st gula @ madu

-Blend kering bahan ni lumur pada daging, perap 1 jam
- Lepas 1 jam, sapu minyak @ butter
-panaskan pan betul2 panas api sederhana, letak daging, pastikan ada bunyi sizzle (kalo xde pan x cukup panas nanti daging liat)
-Masak setiap side dalam 2-3 minit.
-lepas siap masak terus bungkus dalam aluminium foil utk rehatkan daging dalam 10-15 minit
Hiris nipis.

Thursday, 31 December 2015

Laksa Bonda

Salam dan Hi Semua..

Entry last untuk tahun 2015. Selamat tinggal 2015. Banyak benda manis berlaku tahun ini. Saya berjaya graduate, mak ayah terpilih jadi tetamu Allah untuk musim haji 1436H, en suami berjaya beli rumah dan lain-lain..hehe. Alhamdulillah.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan (Surah Ar-Rahman : 13)

Semoga tahun mendatang membawa lebih lagi perkara2 baik dalam kehidupan kami dan anda semua..InsyaAllah.

Harini en.suami nak buat makan2 sikit kat tempat kerja. Kebetulan mak ada kat rumah boleh la buat makanan berat dan sedap sikit..kalau den sorang buat kek je la..hahahah..so kami buat laksa..

LAKSA BONDA 

LAKSA BONDA


Bahan-bahan  (utk ~ 25 org)
3 bungkus laksa beras (1 bungkus 450g laksa eka gambar cili)
25 ekor ikan sardin ~ 2kg lebih sikit
50 tangkai cili kering*
6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
Lengkuas sebesar ibu jari kaki*
2 batang serai - hiris nipis*
14 keping asam keping
Daun kesom secukupnya
Bunga kantan - saya x letak, mahal.hehe
Garam secukupnya

Bahan hiasan:
15 biji telur rebus
Bawang besar - dihiris
Cili merah - dihiris
Cili padi - dihiris
Timun - dihiris mancis
Salad - dihiris nipis

Cara-cara:-

Ikan
  • Rebus ikan dengan garam.
  • Biarkan sejuk @ suam, toskan air. *air rebusan JANGAN dibuang*
  • Perisi ikan dari tulang, bahagi kepada 3 bahagian:  a) tulang tengah dan tulang panjang sebatang sebatang b) kepala dan sirip c) isi ikan 
Kuah
  • Kisar halus bahan bertanda *, tuangkan dalam periuk.
  • Kisar isi ikan (c) dengan air rebusan ikan tadi, masukkan dalam periuk.
  • Kisar kepala ikan dan sirip (b) dengan air rebusan ikan, TAPISKAN ke dalam periuk.
  • Bahagian (a) ikan pula dibuang.
  • Tambahkan garam, asam keping dan juga air secukupnya, masak hingga hilang bau cili.
  • Tambahkan daun kesom dan juga bunga kantan.
Laksa
  • Rendam laksa semalaman. Esok nak makan, malam ni boleh rendam.
  • Didihkan air, basuh laksa tadi, lepas air mendidih masukkan laksa, tutup periuk, biarkan mendidih selama 10 minit camtu. Tutup api, biarkan laksa dalam periuk sehingga laksa kembang dan air dalam periuk kering meresap dalam laksa.
  • Toskan laksa dengan air sejuk. 
Bahan Hiasan

Dah siap semua, termasuk bahan hiasan bolehla makan laksa nya. Saya suka sangat makan dengan kicap manis..hehe

Kuah laksa ni seeloknya kalau esok nak makan malam ni buat dah supaya rasanya sebati dan ada umphh! :)

Kalau nak makan untuk family kecil, pandai2 la bahagi ye..bonda pesan untuk 1 bungkus laksa, 1/2kg ikan dah cukup...ikan pulak ikan sardin ke mata besar ke ye, jangan bantai ikan kembung pulak..hehehe





Wednesday, 24 June 2015

Sahur 7 Ramadhan 1436H - Mee Berbola Ikan

Salam dan Hi Semua...

Hari ni, ubah selera sahur tak makan nasi tapi saya buatkan mee berbola ikan. Resepi yang simple yang selalu saya buat untuk breakfast.

MEE BERBOLA IKAN

Mee Berbola Ikan


Stok ayam (saya buat siap2 malam tu)
2 ketul ayam bahagian dada - dipotong dadu
garam secukupnya
  • Rebuskan ayam bersama garam sehingga empuk.
Bahan lain:
1/2 bungkus mee kuning - dibasuh dan di tos
fish ball @ fish cake secukupnya
Serbuk lada sulah
10 biji cili padi - diketuk
Sedikit sayur sawi @ daun sup
2 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
  • Tumis bawang sehingga naik bau
  • Masukkan stok ayam, fish ball, cili padi dan lada
  • Selepas mendidih, masukkan mee.
  • Masukkan sawi.
  • Sedia dihidang (saya suka letak sos tomato, en H suka letak sos cili)