Saturday, 19 November 2016

Salted Butter Prawn Terlajak Sedap

Salam dan Hi Semua..

Hari ini untuk lunch saya cuba masak butter prawn basah. Tak puas makan seafood di Sabah baru-baru ini (entry cuti-cuti Malaysia Sabah pon tak berkesempatan lagi tulis..huhu..T_T). Lagipon kami ada bawa balik seafood Sabah. Beli udangnya 1 kg. RM40 ye 1 kilo. besar dan murah. Besar sgt udang ni saya buat separuh je dulu. Resepi dirujuk dari blog My Life and My World, tapi ada ditokok tambah sesedap mulut. Hihi.

SALTED BUTTER PRAWN TERLAJAK SEDAP



Bahan-bahan:
500g udang saiz bapak besar - dibersihkan dan buang misai 2 urat dia
2 biji telur masin - direbus dan ambil kuningnya (hancurkan dengan garfu)
125g butter
150ml susu cair - saya guna susu full krim
3 pelepah daun kari
3 ulas bawang putih - dicincang halus
10 tangkai cili padi - diketuk
1 keping cheddar cheese - saya tambah
sedikit minyak
gula secukup rasa

- panaskan minyak dan cairkan 1/5 daripada sukatan butter, masukkan udang, masak sekejap je hingga udang bertukar warna. Ketepikan.
- Tambahkan baki butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga harum, tuangkan susu.
- Masukkan telur masin yang telah dilenyek tadi, gaul rata.
- Tambahkan cheese, masak hingga pekat sikit.
- Masukkan udang, gaul rata.
- Tambah sedikit gula untuk balancekan rasa, kacau rata dan hidangkan. Jangan masak lama ye butter cepat hangit bila memekat.


Thursday, 29 September 2016

Ber Shell Out Kami Malam Nie..Sedap!!

Salam dan Hi Semua...



Tadi malam kami buat shell out, dah lama simpan resipi. Kebetulan mak ayah ada kat rumah, makan ramai-rami syok, boleh berebut-rebut walau cukup je makanan tu. Lagipon buat sendiri ni jimat banyak, makan kat kedai dapat ciput je. Yang ni puas la makan, siap tolak-tolak untuk dihabiskan.

Hari sebelumnya kami ke market lah, cari bahan2nya. Boleh gunakan apa sahaja makanan laut yang kita suka. Main beli ja berapa banyak, pakai semua. Macam elok-elok pula kuah dengan seafood. Rasanya sos ni boleh buat awal, simpan elok-elok dalam peti ais, nanti bila teringin nak makan shell out cepat ja boleh siapkan. Resepi dicuba dari blog Masam Manis dan Suraya Sulatin. Wajib cuba, memang sangat sedap.

Makanan Laut 

Ketam - 5 ekor, dipotong 2
Udang sederhana besar - 25 ekor
Sotong - 7 ekor
Remis - 1kg
Lala - x letak
Kerang - x letak
Pepahat - x letak
Kupang - x letak
Isi ikan - x letak

*sukatan makanan laut ni terpulang ikut minat masing-masing tapi haruslah bersesuaian dengan sukatan sos nya ya.
  • cuci bersih semua makanan laut. didihkan air bersama sedikit garam. kemudian rebus setiap makanan laut secara berasingan. rebus sekejap je separuh masak, macam celur. ketepikan. 
* rasanya next time buat udang tak perlu celur, udang cepat masak nanti overcooked bila masak kali ke2 nanti

Bahan Sayuran

Jagung manis - potong 3
Brocoli - x letak
Kentang - potong wedges/ belah 4
Carot - hiris bulat
Bunga kobis - potong kecil
  • didihkan air bersama sedikit garam, celur carot dan bunga kobis.
  • Rebus kentang dalam air bersama sedikit garam hingga empuk ~ 15 minit
  • Rebus jagung dalam air bersama garam dan gula hingga empuk - tak berapa pandai nak rebus bagi cukup rasa dan tak kecut lepas masak @_@
  • dah siap, ketepikan kesemua bahan sayuran.

Bahan Rempah 

Bahan A - di kisar
20 tangkai cili kering - rendam lembut, nak pedas boleh lebihkan cili
1 genggam udang kering - rendam lembut
2 labu bawang besar
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci belacan - saya bakar dahulu
  • satukan kesemua bahan bersama air dan sedikit minyak masak, kisar halus
Bahan B - di tumis
6 ulas bawang merah - hiris halus
6 ulas bawang putih - hiris halus
1 inci halia - hiris halus
10 batang cili padi - hiris halus, nak pedas boleh lebihkan
2 batang serai - dititik
5 tangkai daun kari
minyak untuk menumis
1 sb butter / marjerin

Bahan C - perasa
3 sb rempah kari ikan
3 sb sos tiram
3 sb sos ikan
1 st serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
garam - saya x tambah dah sedia masin
gula secukupnya ~ 1 1/2 sb

  1. Panaskan minyak bersama butter dalam kuali. Masukkan bahan tumis (Bahan B) dan tumis hingga naik bau dan garing.
  2. Masukkan bahan kisar (Bahan A) masak sampai garing. Masak biar lama sikit biar cili betul-betul masak. Jika kuah terlalu pekat tambahkan air dan masak lagi.
  3. Masukkan bahan perasa (Bahan C). Mulakan dengan rempah kari, masak sekejap biar garing, kemuadian masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam, kiub ayam dan gula. Kemudian baru masukkan garam. Berhati-hati dengan penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan dah sedia masin.
  4. Biarkan kuah merenih sebentar. Angkat dan masukkan ke dalam periuk lain.
  5. Keluarkan 1 senduk kuah ke dalam kuali, panaskan, masukkan remis, masak sebentar, angkat. Ulang semula untuk semua jenis makanan  laut (berasingan ya) dan juga sayur carot dan bunga kobis.
  6. Jagung dan kentang dibiarkan sahaja direbus begitu.
Setengah jam ja licin. Dah kenyang, boleh la sambung aktiviti seterusnya tengok movie Deepwater Horizon!