Tuesday 26 May 2015

Visit Terengganu : Pulau Redang Part Akhir (Belanjawan)

Adoi penat tulis..so ni part terakhir..bajet kami di sini. Kos datang tak hingat dah.

Kami ambil pakej full board 4H3M.

Bilik Sea View

Kos sebenar = RM2832.00
Tolak 10% gov discount tambah 6% GST = RM2701.73

Sewa life jacket : 2 x RM16 = RM32
Sewa normal snorkel : 2 x RM16= RM32
Upgrade 1x  power snorkel = RM22

Minum : Double vanila oreo crumble + mineral water = RM21

Souvenir = RM20

Grand Total = RM2828.73 untuk 2 orang




Monday 25 May 2015

Visit Terengganu : Pulau Redang Part 4

Sekitar underwater photography di 2 laut dalam dan 1 taman laut

Sesi snorkeling 1st, Pulau Ekor Tebu, 18hb Mei 2015, 3pm

Gambar underwater pertama.tengok saya...still penakut!


Eh..ok pulak..hehe

Wohoo..dah berani...
Sesi snorkeling 2nd, Taman Laut Redang, 19hb Mei 2015, 9.30am







 Snorkeling sesi ke3, tak ingat nama tempat, 19hb Mei 2015, 3pm

Finding nemo




So demikian sahajalah bergambar underwater. Bagi sesiapa yang stress leh la tgk video ikan² yang comel sambil layan lagu Najwa Latif - Suatu hari nanti... heh..



Sekian. xoxo

Sunday 24 May 2015

Visit Terengganu: Pulau redang Part 3

Hari ke 3 di Pulau Redang. Hari ni (20 mei) birthday en H. Itu la antara sebab kami datang sini sambut birthday en H. Saya plan je, en H yang bayar. Baik x saya..Happy birthday abg! ayat power2 tayah la citer ok..heheh. Ok hari ni kami decide tanak join snorkeling, just nak rehat2 sambil tengok keindahan alam sambil mandi manda depan hotel je. Kalau amik 2 malam tak sempat nak lepak kat bilik. 

So, pagi2 macam biasa kejar sunrise. Hari ni matahari tak malu2 lagi macam semalam.




Bot untuk membawa kepulangan resort sebelah
Lepas tengok keindahan sunrise kami breakfast lepas tu balik bilik lepak-lepak kat bilik je..harini kami habiskan masa di bilik layan movie ( bawa hardisk..hahah) sambil biarkan sliding pintu bukak ditemani bunyi deruan ombak yang mendamaikan..eceh..  Keluar lunch lepas tu balik lepak di bilik semula sambung layan movie..last terlena.. syok kot kalau setiap hari camni...boleh dengar bunyi ombak..sukanya pantai dan laut..

Resort yang ada di sepannjang Long Beach

Petang sikit baru kami keluar jalan2 melawat semua resort yang ada disepanjang long beach ni. Sebelah kanan dia ada Redang Reef Resort. Kiri dia Redang Beach Resort, lepas tu Redang Lagoon, Redang Bay Resort, Redang Paradise, Redang Pelangi, Coral Redang Island Resort, Sari Pacifica, dan paling hujung Redang Holiday.

Titian ke Redang Reef Resort
Redang Reef Resort

Bersantai sekejap di Redang Reef
Dalam kawasan Redang Reef ni ada lagi satu pantai di belakang dia...Hammock sini menghadap pantai lagi satu.

Pantai belakang Redang Reef
View Laguna dari titi
Coral Redang

Sari Pacifica

Lepas sampai di hujung jalan, kawasan sekitar Redang Holiday berbatu macam Redang Reef juga. Kami panjat batu dan bergambar. View dia sangat cantik.

Hamparan batuan depan Redang Holiday


Balik semula ke bilik simpan kamera dan ambil peralatan snorkeling dan kembali semula ke kawan pantai sebelah sana untuk pengalaman snorkeling di sini pula. Ikan banyak lagi kat kawasan berbatu.


Lepas penat mandi laut, kami ke kolam renang pula...mandi dalam 15 minit kemudian balik bilik bersiap untuk makan malam. Makan malam kami pada jam 8.30 malam, kami pilih steamboat. Tempat dia di ground floor di Seri Serai Ala Carte Restaurant.Kalau tak cukup kita boleh minta tambah, nak certain seafood saja pon boleh. Kami bertambah 2x. Sendat perut..

Steamboat dinner @ Seri Serai Laguna Redang

Lepas kenyang, kami jalan ke Redang Beach, rehat kat hammock diorang kejap, lepas tu balik bilik berkemas. Sebab esok pukul 9 am kena check out utk feri pertama ke tanah besar. Asal kami ambil pukul 11.30 tghari, tapi tadi tukar sebab risau sampai lambat. Esok nak singgah banyak tempat. Tengah berkemas baru teringat kami tak beli souvenir lagi. En suami keluar mencari di More More Tea Inn, tapi dah tutup. Masa ni pukul 10 malam. Esok tak sempat tunggu diorang buka. Nasib baik dekat Redang Beach ada.


Saturday 23 May 2015

Visit Terengganu : Pulau Redang part 2

Hari ke 2 di Pulau Redang..

Bangun awal2 sebab nak kejar tengok sunrise. Dari tunggu kat balkoni sampai la gigih turun ke pantai. Haha.



Ala...awan tebal pulak


Jadi la, takpe esok masih ada. Lepas breakfast, kami ke dive centre untuk snorkeling di Taman Laut Redang. Jangan lupa bawa resit taman laut yang kita beli masa kat jeti shahbandar. Bawa makanan ikan sekali dan camera..wajib tu. Kat sini sesiapa yang tanak basah pon xpe tapi rugi la. Kat sini kita turun kat jeti taman laut. Dan start dari pantai. Nak picnic pon boleh. Sini ada kemudahan tandas. Ikan memang banyak berenang2 langgar korang. Lagi2 kalau korang bawak makanan memang kena kerumun la.


Semalam kami tatau cara bagi ikan makan, kami just baling makanan ikan kering2 tu, kejap je dah abes. Jadi hari ni mr snorkeling guidance ajar. Masukkan air dulu dalam botol, biar sampai makanan tu kembang..lepas tu tenggelamkan botol, bukak tutup botol dan tutup botol dengan jari korang dan lepaskan makanan sikit2...memang ikan tak pergi mana. Siap gigit2 manja jari korang lagi. Kami je bawa makanan lain dari yang lain, ikan yang makan roti pon lari kat kami...haha

Kat sini kami ambil lagi gambar underwater dengan diorang. Malam tadi collect gambar dah 7 keping. Hari ni berapa pulak ye.


Siap kat sini balik semula ke hotel dan bersihkan diri kemudian pergi lunch. Hari ke 2 kami dah tak makan nasi. Sebab nak makan semua makanan dia kan. Takpe pon makan banyak, lepas snorkeling terus lapar balik. Makanan dia setiap hari lain2. Tak la hadap makanan yang sama berulang2. Jadi kena la try semua.

Petang tu pukul 2.30 berkumpul kat dive centre untuk aktiviti snorkeling ke 3 di laut dalam. lupa lak nama tempat ni.  Kat sini ada nemo. Asal saya dah tanak ambil gambar underwater, biar en H saja ambil, tapi pas ada nemo ambil jugak la. Pandai diorang! Laut kali ni ombak agak kuat. Lepas berenang2 explore coral dan bagi makan ikan dengan ralitnya, sedar2 kami dah jauh dari bot. Dan nak berenang balik ke bot melawan arus. Berhenti berenang terheret balik ke arah lawan. Hadoi, mujur staff diorang membantu tarik kami ke bot. Memang sangat membantu.

Saya dan makanan ikan


Petang tu kami sambung snorkeling lagi kat depan hotel. Sementara tungu en H simpan barang kat bilik, saya ambil gambar banyak2.







Dah nak magrib baru naik ke bilik dan bersihkan diri kemudian ke Sang Suria untuk buffet dinner. Dah kenyang kami ke recreation centre collect gambar. Ambil kau, 12 keping hari ni punya. en H kata tayah pilih2 la semua cantik ambil semua. Lepas tu kami jalan2 tepi pantai mencari hammock untuk melepak sambil mendengar deruan ombak sambil dipupuk bayu. Ewah ayat. Syoknya duduk sini. Tenang je. Sampai la tengah malam baru balik bilik.

Friday 22 May 2015

Visit Terengganu: Pulau Redang Part 1


Salam dan Hi Semua...

Pulau Redang! Akhirnya kami sampai juga ke sini pada 18- 21 Mei 2015. Kami pilih menginap di Laguna Redang Island Resort selama 4H3M. Harus paling kurang 3 malam..tu pun rasa tak cukup...hehe..

Malam sebelum tu kami transit di DJ Citi Point Hotel, hotel ni betul2 tengah pekan menghadap Pasar Payang. Boleh jalan kaki je, cuma parking tak disediakan ye, pandai2 la cari. Susah..sentiasa penuh. Kami ambil standard room rm74 1 malam. Selesa dan agak luas.

Bilik 220 di tingkat 3 naik tangga T_T

So pepagi bangun, siap2, en H turun beli breakfast (gigih naik turun tangga..haha), breakfast nasi lemak siap2 dalam bilik dan checkout. Pukul 8.30 pagi kami dah ada kat Jeti Shahbandar. Memula dulu confius jugak la mana la jeti nya, tak nampak signboard. Rupanya taman shahbandar tu la kawasan parking nak ke jeti nya, betul2 hadap pos office. Parking sini sehari RM6. Tak berbumbung. Sebelah tu jeti.

Sampai di Jeti, kami ke kaunter Laguna ambil boarding pass dan juga beli tiket taman laut RM5 sorang. Kat sini ada hotel yang mempunyai kaunter feri sendiri. So kena la pandai2 tengok. Laguna punya feri ada 2 masa je sehari, pukul 9.30am dan 12pm je. Masa booking online kat website dia kita boleh pilih nak feri pukul berapa.  Kami booking melalui customer service diorang, service memang tiptop. Cepat je reply kita punya enquiries. Kalau datang masa weekdays, boleh dapat 10% gov rate provided kita attach sekali salinan kad kerja kita. Lepas da beli semua, masuk dalam ruang menunggu. Huh, x sabar!

Doorstep to paradise

Oh ya, kat jeti dan pulau xde mesin ATM ye, jadi sediakanlah duit secukupnya sebelum ke sini. Tunggu tak lama, Laguna feri pon sampai.

Beg Pink Langkawi
Sebelum naik feri, beg kita akan di tag. Tayah risau pasal beg, diorang uruskan. Cuma jangan hilangkan salinan tag tu, kang korang tinggal sehelai sepinggang kat pulau sebab takleh collect beg..hahahaha.

Sebelum naik feri
Perjalanan ke pulau ambil masa dalam 1 jam 30 minit. Sempat la lena. Pukul 11am sampai pulau. Wohaa..eh, apasal laut tak crystal clear pon. Mana paradise nya. Tertanya2 kan.


Yeay! We are here

Sampai2, kita kena dengar taklimat. Short briefing kat waiting hall. Staff dia gtau 'dont worry, this is not paradise yet, paradise is at the other side..ni kawasan jeti Laguna" Haha, mesti dia tau kami tertanya2, dah bayar mahal2 kan. Oh..gitu rupanya..kami diberitahu pakej yang ada, kemudahan2, do and don't dll.


Briefing session @ waiting hall

Lepas tu naik tram ke lobby hotel. Nak jalan kaki pon boleh, tapi da ada kemudahan guna aje la..heheh..Sementara tunggu nak check in kami disajikan dengan welcoming drink diorang. Sedap! tengah2 terik ni memang la nyaman rasa. Bagi yang bilik dah ready boleh la masuk awal. Bilik kami x ready lagi, so kena tunggu dan lunch dulu.

Lobby

Air Limau Asam Boi..sedap!

Pukul 12...buffet lunch kt Sang Suria Restaurant kt tingkat atas lobby. Masa check in tadi akan dapat slip meal...sebelum naik tangga, tunjuk slip ni dan korang akan dapat 1 kad bertulis no meja. So duduk la kt meja tu. Tapi act boleh je tukar meja kalau2 meja korang terik ka masa tu, just inform staff dia. Pilihan makanan sangat2 la banyak. Lauk agak2 dalam 10 jenis. Tak termasuk pelbagai jenis dessert, roti, kek, kuih, sup, buah, jeruk, salad. Western food pon ade. Makan la sampai buncit..hehe..

View dari Sang Suria, memang paradise. Subhanallah!

Pelbagai pilihan makanan
Sang Suria Restaurant


Dah kenyang, turun bawah, ambil kunci kat reception, collect bag dan mari la ke bilik. Kami ambil pakej 4D3N deluxe seaview full board. Request ground floor. Banyak pilihan bilik, dari standard room, garden view, pool view dan sea view. Ada penambahan blok blok bilik baru kat area ke jetty. Rasanya deluxe garden.

Bilik kami yang bertanda love merah..heheh


Amboi2 en H..hehe
Masuk2 terus terjah balkoni. Woohoo..Cantiknya view. X rugi la ambil bilik ni. Berbaloi2..Terima kasih en H..dia tau saya sangat suka pulau dan laut. Kalau ke pulau wajib ambil seaview punya bilik. Excited kuasa 100 isteri dia ni.

View dari balkoni bilik 103

Meh tengok dalam bilik pulak..Bilik yang sangat luas.. Ada 1 katil double dan 2 katil single. Sesuai untuk family. Rasanya semua bilik di sini sama je dalam dia yang beza hanya lah view.







Rehat2 kejap..lepas tu siap2 untuk snorkeling trip. Nak bawa hp masukkan dalam waterproof bag. Gantung kat leher. Kami beli bag ni masa kat Lipe. Berbaloi. Dan jangan lupa bawa sekali makanan untuk ikan. Kami bawa ni, ada orang jual masa kat Masjid Terapung KT. Beli siap2..hehe..

Beli dalam plastik, masukkan dalam botol, bahagikan untuk 3 hari

Ini antara itinerary untuk 3H2M. Oleh sebab kami ambil 4H3M, so malam ke 3 kami pilih untuk makan steamboat, di Sri Serai Restaurant.

Package Itinerary
DAY 1
Arrival By flight/coach/self drive
Airport or bus terminal pick up/Transfer to Jetty for registration (boarding pass)
09:30AM/12.00PM Boat transfer to Laguna Redang / Meet & briefing at Arrival Hall / Welcome drink served
12.00PM-02.30PM Buffet lunch at Sang Suria Restaurant
02.00PM Check in
02.45PM Assemble at the Laguna Jetty Area for Short Safety Briefing
03.00PM Depart for Snorkeling trip
07.00PM-09.30PM Buffet/BBQ Dinner at Sang Suria Restaurant
DAY 2
07.00AM-10.00AM Buffet breakfast at Sang Suria Restaurant
09.15AM Assemble at the Laguna Jetty Area for Short Safety Briefing
09.30AM Depart for Snorkeling Trip
12.00PM-02.30PM Buffet lunch at Sang Suria Restaurant
02.45PM Assemble at the Laguna Jetty Area for Short Safety Briefing
03.00PM Depart for Snorkeling Trip
07.00PM-09.30PM Buffet/BBQ Dinner at Sang Suria Restaurant
DAY 3
07.00AM-10.00AM Buffet breakfast at Sang Suria Restaurant
09.00AM/11.30AM Check out/Boat transfer to Jetty



Odw ke Jetty singgah dulu di recreation centre sewa life jacket dan peralatan snorkelling. Sorang Rm16. Kalau power mask sorang Rm40. Power mask ada sampai power 700. Boleh charge ke bilik. Senang! Bayaran sewa ni sekali bayar je, simpan la kat korang sampai sebelum nak balik baru pulangkan.

Snorkelling petang ni di laut dalam, di Pulau Ekor Tebu. Sapu sun block banyak2 ye, dengan en H saya sapu..Sebelum naik bot, berkumpul di Laguna dive centre dengar taklimat. Snorkelling guidance Laguna ni semua mesra alam. Ada Abalone, Jelly Fish, Donut, masa ni baru la tau cara pemakaian snorkel mask dengan betul. Masa kat Lipe xde taklimat, untuk 1st timer masa tu memandai2 la kau. Dan juga tips untuk elakkan mask kita dari berwap @ fogging sebelum guna sapukan ubat gigi pada bahagian dalam mask dan biarkan kering sampai la kita masuk air. Tapi saya bilas sebelum guna. Heheh.



Snorkeling pertama ni saya tak berapa confident lagi, banyak barpaut kat en H ja, tapi saya dah pandai apungkan badan. Masa kat Lipe asik nak terlentang la tertiarap la..ahahaha. Saya ikut en H dalam 30 minit pastu saya naik bot balik. Kesian en H susah nak explore kalau saya ngekor.hehe.

So kat sini kalau kita tak bawa waterproof camera boleh sewa kat recreation centre dia. Tak pon minta je encik snorkeling guidance ni ambilkan gambar. Diorang provide servis underwater photography. Senyum, buat gaya, nanti diorang tenggelamkan korang. Heheh. Pastu nanti malam pergi la recreaction centre pilih gambar yang korang nak. Diorang burn siap2 dalam CD. 1 softcopy rm7.50.

Penat snorkelling kat laut dalam, balik tu kami sambung snorkelling depan hotel lak sampai la pukul 7 malam. Masa ni baru saya pandai dan yakin dengan peralatan snorkel saya. Syoknya. Sini pon banyak ikan. Dan juga coral. Tapi kena hati2 sebab air cetek kan, kaki saya luka terkena coral.

Snorkel depan hotel

Balik bilik bersihkan diri dan pergi dinner. Makan banyak2 sebab kelaparan. Malam tu kami jalan2 di pesisir pantai sampai ke Redang Beach Resort dan lepak kat hammock diorang. Hotel kat sini bersebelahan antara satu sama lain. Sebelah kanan Laguna, ada Redang Reef, sebelah kiri Redang Beach, Redang Lagoon etc. Redang Beach ni agak bising la dengan beach bar dia dengan music ala disco..Redang lagoon pon banyak hammock, suasana redang lagoon ala kampung dengan chalet kayu, sunyi je malam2.