Sunday, 10 May 2015

Jalan-jalan : langkawi Part 2

Salam dan Hi Semua...

Sambungan dari Langkawi Part 1...

Bangun pagi, en H bersiap2 untuk kursus then kami turun breakfast. Makan nasi lemak. Seingat aku sepanjang makan nasi lemak kat hotel, nasi lemak De baron adalah yang tersedap...x tipu...;p

Lepas kenyang, kami ambil angin kat kawasan sekitar hotel sementara tunggu program en H mula. De Baron ni ada 2 blok, blok lama menghadap laut. Dah 2x disini belum pernah duduk di blok baru lagi. Untuk ke kolam renang dan restoran tepi laut, kena lalu kawasan taman. Kat sini ada kolam ikan, pondok2 dengan nama2 unik orang2 dahulu.

Kawasan taman
Kolam renang

Dari sini boleh nampak dataran Lang


Ok, dah pukul 8pg, en H ke bilik kursus, aku ke bilik sambung buat kerja. Hari ni memang bekerja bersungguh2 la sebab tanak angkut kerja ke next holiday kan. Sedar2 dah tengah hari dan hujan lebat. Turun lunch then naik balik buat kerja. Hai la katil, x dapat aku nak bermalas malasan. Huhu..

Petang tu lepas abes sesi hari ni, kami keluar ke pekan kuah, pergi kompleks Hig baru, kedai lama dia, cocoa valley, SAGA, semua kami masuk tapi keluar tangan kosong..haha..survey je dulu harini. Memandangkan esok program en H habis tengahari dan feri kami pukul 6 ptg sempat beli esok. Geng en H balik awal pukul 2ptg. Tengok diorang sakan shopping. Ada 3 barang je aku aim beli kat sini, beg (mak pesan), pressure cooker dan coklat (almond gold whittaker's). Pressure cooker kat HiG semua rm130 lebih. Saiz kecik2 ja. Berkenan kat Tefal Clipso Pressure Cooker 8L rm649. Nak survey kat Idaman Suri hari Jumaat diorang tutup.  Coklat hershey di cocoa valley murah lagi. kalau di HIG 1 paket rm13.50 dia 1 paket rm12.90. Tapi x banyak pilihan. Last2 kami ke RAMS dan beli 1 paket almond whittaker's, nak rasa. Dari blog ramai orang semua dok cari coklat ni. Memang sedap. Lemak berkrim dengan rasa rangup roasted almond dia fuh..

3 x 45g RM9.90
Lepas tu balik hotel dinner (plan nak try makan kat Hj Ramli Restoran yang orang kata famous tu, tapi x jadi sebab da disediakan makanan kan, buat apa membazir..hehe), tak sempat ke pantai cenang sebab kejar masa. en H janji dengan kawan2 dia nak karaoke. Aku x join, naik bilik buat kerja.

Bersambung Langkawi Part 3.

No comments:

Post a Comment