Bangun awal2 sebab nak kejar tengok sunrise. Dari tunggu kat balkoni sampai la gigih turun ke pantai. Haha.
Ala...awan tebal pulak |
Jadi la, takpe esok masih ada. Lepas breakfast, kami ke dive centre untuk snorkeling di Taman Laut Redang. Jangan lupa bawa resit taman laut yang kita beli masa kat jeti shahbandar. Bawa makanan ikan sekali dan camera..wajib tu. Kat sini sesiapa yang tanak basah pon xpe tapi rugi la. Kat sini kita turun kat jeti taman laut. Dan start dari pantai. Nak picnic pon boleh. Sini ada kemudahan tandas. Ikan memang banyak berenang2 langgar korang. Lagi2 kalau korang bawak makanan memang kena kerumun la.
Semalam kami tatau cara bagi ikan makan, kami just baling makanan ikan kering2 tu, kejap je dah abes. Jadi hari ni mr snorkeling guidance ajar. Masukkan air dulu dalam botol, biar sampai makanan tu kembang..lepas tu tenggelamkan botol, bukak tutup botol dan tutup botol dengan jari korang dan lepaskan makanan sikit2...memang ikan tak pergi mana. Siap gigit2 manja jari korang lagi. Kami je bawa makanan lain dari yang lain, ikan yang makan roti pon lari kat kami...haha
Kat sini kami ambil lagi gambar underwater dengan diorang. Malam tadi collect gambar dah 7 keping. Hari ni berapa pulak ye.
Kat sini kami ambil lagi gambar underwater dengan diorang. Malam tadi collect gambar dah 7 keping. Hari ni berapa pulak ye.
Siap kat sini balik semula ke hotel dan bersihkan diri kemudian pergi lunch. Hari ke 2 kami dah tak makan nasi. Sebab nak makan semua makanan dia kan. Takpe pon makan banyak, lepas snorkeling terus lapar balik. Makanan dia setiap hari lain2. Tak la hadap makanan yang sama berulang2. Jadi kena la try semua.
Petang tu pukul 2.30 berkumpul kat dive centre untuk aktiviti snorkeling ke 3 di laut dalam. lupa lak nama tempat ni. Kat sini ada nemo. Asal saya dah tanak ambil gambar underwater, biar en H saja ambil, tapi pas ada nemo ambil jugak la. Pandai diorang! Laut kali ni ombak agak kuat. Lepas berenang2 explore coral dan bagi makan ikan dengan ralitnya, sedar2 kami dah jauh dari bot. Dan nak berenang balik ke bot melawan arus. Berhenti berenang terheret balik ke arah lawan. Hadoi, mujur staff diorang membantu tarik kami ke bot. Memang sangat membantu.
Saya dan makanan ikan |
Petang tu kami sambung snorkeling lagi kat depan hotel. Sementara tungu en H simpan barang kat bilik, saya ambil gambar banyak2.
Dah nak magrib baru naik ke bilik dan bersihkan diri kemudian ke Sang Suria untuk buffet dinner. Dah kenyang kami ke recreation centre collect gambar. Ambil kau, 12 keping hari ni punya. en H kata tayah pilih2 la semua cantik ambil semua. Lepas tu kami jalan2 tepi pantai mencari hammock untuk melepak sambil mendengar deruan ombak sambil dipupuk bayu. Ewah ayat. Syoknya duduk sini. Tenang je. Sampai la tengah malam baru balik bilik.
No comments:
Post a Comment