Monday, 11 May 2015

Jalan-jalan: Langkawi Part 3

Salam dan Hi Semua..

Sambungan dari entry Langkawi Part 2.

Hari terakhir di Langkawi. Macam biasa, lepas breakfast, en H ke kursus nya dan aku ke bilik sambung kerja. Sebelum tu packing barang siap2 untuk memudahkan urusan check out nanti. Dalam jam 11.30 pagi diorang habis program, kami bersiap2, berkumpul kat lobi, check out dan tunggu waktu lunch dan makan kenyang2. Makanan kat sini memang sedap la, terbaik. Lunch hari ni ada kerabu mangga atas permintaan kak Ros (terima kasih kak..hehe).

Lepas makan, diorang naik bas @ van ke Jeti, kami pulak ke Masjid Hana yg terletak sebelah hotel untuk solat siap2. Then, kami ke Idaman Suri. Misi mencari pressure cooker yg hasil pembacaan dari blog mencadangkan di idaman suri ni murah 8L rm80. Dah x dapat harga tu, yang ada 7L rm85 brand Idaman Suri. Ingat lagi x pressure cooker Tefal yg aku bekenan semalam, kat sini 8L rm400 lebih ja. Bukan setakat aku, en H pon berkenan. Tapi malangnya x warranty. Susahla kan, dah la susah payah usung jauh2, sekali rosak buang camtu ja rm400. Tak jadi ambil Tefal, ambil Idaman Suri yg 7L rm85 tu ja. Baru nak belajar guna pressure cooker kan, kalo yg ni rosak tak la mengigau malam kami...haha..Tapi dari review orang, ok ja pressure cooker idaman suri ni. Selain beli pressure cooker ni, aku beli pinggan melamine dia yang pelbagai bentuk tu.

Then, kami ke kompleks HIG. Pilih coklat, asal dari nak beli sikit ja, lepas campur coklat orang pesan beratus jugak la. Beli lg whittaker's tu. 3 paket rm29. Beg utk mak yg kami usha semalam dah habis..sob sob..cakap kat mak mak ambil je la beg yang kami beli kt HIG tahun lepas, lagi cantik dan baru guna sekali. Saiz sama. Kami lak terbeli beg yang macam kotak plastik tu. Tu la semalam dok baca blog orang cari saiz beg troli terberkenan kat beg ni. Tapi memang kena beli, senang nak isi segala coklat (alasan!).

Dari HIG kami dah tatau nak pergi mana. Jam pon dah pukul 4.15 ptg. malas nak isi minyak lagi kalau nak ke Cenang. Biar diorang dapat balik kete lampu minyak dah berkelip2..ahaks..So lepas dipastikan takde lagi barang nak beli, kami ke jeti serahkan kereta dan lepak di jeti je. Dari datang 1 beg troli 20" dan 1 beg galas, balik bertambah 1 beg troli 24". Kesian en H, bukan stakat rabak poket, seluar pon rabak sekali..

Kata mak: geli hati mak tgk, lucu betol menantu mak ni

Naik feri pukul 6ptg, sekali lagi seat kami dipisahkan..kali ni sorang depan sorg belakang walau dapat tepi tingkap. Tunggu orang lain naik, kata en H kalau dapat family susah la nak tukar seat. Sekali org bujang, en H ke depan dia ke belakang. Terima kasih en yg baik hati..;p...Balik ni pon ada trip sekolah jugak, tapi cikgu sekolah. Sebelah en H, rombongan cikgu dari kelantan. Ramah ustaz tu sembang ngn en H..siap tnya kami honeymoon ke. Nampak baru kawen ke..hehe..Lepas tu senyap sunyi semua pakat terlena sampai la jeti kuala perlis. Dah pukul 7.45 masa ni. Tunggu en H ambil kereta, then singgah Masjid Terapung Al-Hussain solat siap2, then makan di Rohani Ikan bakar Kuala Perlis, (kat sini aku suka sotong goreng tepung) lepas tu gerak balik. Odw tu singgah beli mangga harum manis. Sampai rumah pukul 12.30 pagi.

Harum Manis sekilo rm25, 4 biji rm28


Antara barang yang kami beli:

7L pressure cooker RM85

Melamine pelbagai design

Aneka coklat

Beg 24" RM125
Walaupon semua orang datang Langkawi mesti beli Corelle, Pyrex, Vision ke, kami langsung x beli pinggan mangkuk kaca. Belum berminat mungkin (sebab x tempat nak simpan). Tapi, kami still bawa balik set kaca hadiah group en H menang masa program diorang. Dapat kat wife dia la..ahaks..

Hadiah group en H
Sekian, catatan perjalanan kami, mungkin tahun depan datang lagi...heeh


XOXO

No comments:

Post a Comment