Jalan lagi, kali ni ke kuala terengganu pulak. Last datang sini 15 tahun lepas masa bapa saudara bertunang. Bulan mei ni adalah bulan berjalan. Xde la jalan sangat pon act, jalan ngekor en H ada conference kat sini, sambil selam sambil minum air..ahaks...
Kami memulakan perjalanan pada jam 8.30am, plan asal nak nak gerak lepas subuh, tapi cuaca x mengizinkan. Hujan. Tunggu punya tunggu hujan x reda jugak, so redah je la. Tapi syok sebenarnya, sejuk je sepanjang jalan. So sepanjang jalan berhenti bfast, berhenti lagi solat, stop lagi lunch, stop tido sebab letih dan nantuk drive lama, so selepas 8 jam perjalanan baru la kami sampai KT. Sakit pinggang!
Kami stay kat Sumai Hotel Apartment, ambil bilik Suite Room dengan rate RM185/night termasuk breakfast melalui booking.com. Conference en H kat Primula Beach Resort, tapi dah fully booked. Sumai ni betol2 sebelah Primula (boleh jalan kaki), ni pon book seawal bulan Feb. Conference en H 4 hari, jadi 4 malam kami stay sini. Apa yang seronoknya hotel ni adalah dia provide parking berbumbung (of course terhad sape cepat dia dapat, tapi sepanjang dok sini sentiasa dapat parking dalam- ramai orang suka park luar kot tak pon diorang xtau), lepastu dia ada indoor swimming pool dan bilik dia cun.
Sumai hotel - bangunan peach tu Primula |
Reception |
Sebahagian ruang lobi |
Sebahagian ruang lobi - yang naik tangga tu ke Bintang Laut Restoren dia; yang nampak peti aiskrim tu ngadap dia ke indoor pool |
Hotel ni ada 9 tingkat (kalo x salah), bilik dia ade pelbagai jenis. Suite room, Studio room, Standard apartment, Deluxe apartment, Superior apartment, Sumai Suite apartment. Kami ambil yang paling basic, suite room. Beginila bilik kami di tingkat 2, bilik 209. Bilik kami menghadap Masjid Al-Muktafi Billah Shah. Tapi tengah ada construction antara hotel dan masjid.
Fridge dalam almari dan di sini lah tempat utama i habiskan masa- buat pembetulan tesis masa en H pergi conference |
Guling2 kejap lepas tu kami p Masjid Al-Muktafi Billah solat magrib dan lepas tu pergi Mydin Mall (dalam 4 minit dari hotel) beli keyboard (laptop en H huruf M taleh guna, cett - susah masa kat Langkawi hari tu i guna floating keyboard) dan jugak cari kudapan sepanjang i sorang2 dalam bilik tu nanti..ahaks...Lepas tu apa lagi jalan jalan cari makan la.. Tapi malam tu kami x jumpa kedai makan sedap..sedih..makan biasa2 dan mahal.
Indoor Swimming Pool - 2x kami turun mandi, air dia sejuuk..belajar berenang ngn en H konon2 persediaan utk next stop kami di Ganu ni.. |
Breakfast dia sedap...setiap hari lain menu. ada nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, fries, mee sup, soto, laksa, kuih muih, puding, buah2an. Tapi setiap hari mesti ada nasi dagang dan keropok lekor. Nama pon ganu kan. Tapi nasi dagang dia memang terbaik la. I dari x berapa minat nasi dagang, makan kat sini terus suka.
No comments:
Post a Comment