Wednesday, 8 July 2015

Red Pearl Cookies

Salam dan Hi Semua...

RED PEARL COOKIES

 
Red Pearl Cookies


Bahan-bahan:
150g butter
150g tepung gandum
75g gula castor
60g cornflakes *saya ramas supaya ia hancur sikit*
50g coklat cip
25g almond nibs
1 sudu teh esen vanila
ceri merah - hiris halus memanjang *saya beli ceri siap potong je, tapi didadu la*
  • Satukan butter dan gula dengan menggunakan senduk kayu, gaul rata. Tak perlu pukul hingga kembang, cukup sekadar ia sebati sebab jika terlebih pukul biskut akan kembang dan leper selepas dibakar.
  • Masukkan tepung, gaul rata.
  • Masukkan cornflakes, badam, coklat cip dan esen vanila, gaul rata.
  • Sudukan atas dulang pembakar.
  • Letakkan hirisan ciri di atas nya.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170 C selama 20-25 minit bergantung kepada kepanasan oven masing -masing *saya bakar selama 30 minit*
  • Angkat dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


Red Velvet Chocolate Chips Cookies

Salam dan Hi Semua...

Perasan tak, semua biskut yang saya cuba mesti ada unsur coklat ke, coklat cip ke, kekacang ke..kan...haha..bila tengok2 balik, lebih kurang je biskut biskut ni. Tapi takpe la, yang penting sedap..:. Resepi dicuba dari Masam Manis.


RED VELVET CHOCOLATE CHIPS COOKIES


RED VELVET COOKIES

 
Bahan-bahan:
120g tepung gandum
50g tepung beras
1 sudu besar serbuk koko
120g margerin planta
10g minyak sapi
100g gula castor
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu besar pewarna merah
50g badam cincang - bakar sekejap dalam 5 minit suhu 170C
30g coklat cips putih
30g coklat chips
  • Ayak bahan kering bersama (tepung gandum, tepung beras, serbuk koko), ketepikan.
  • Satukan marjerin, gula castor dan minyak sapi dalam mangkuk pemutar, putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat.
  • Tambahkan telur dan putar sebati.
  • Tambahkan esen vanila dan pewarna merah, putar sebati.
  • Masukkan bahan ayak tadi, gaul rata dengan spatula atau senduk kayu.
  • Tambahkan badam, 1/2 coklat cip dan 1/2 coklat cip putih, gaul rata.
  • Sudukan ke atas dulang pembakar.
  • Hiaskan dengan baki coklat cip tadi.
  • Bakar pada suhu 150C (saya guna 170C) selama 20 minit. *pastikan oven dipanaskan 15 minit awal*
  • Sejukkan biskuts sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Monday, 29 June 2015

12 Ramadhan 1436H - Oreo Black Beauty

Salam dan Hi Semua..

Hari ni saya buat laksa Johor tunjuk aje. Hee. Lepas tu beli KFC sorang satu set. Alhamdulillah kenyang. Sebenarnya kan ni pertama kali saya rasa laksa Johor, mungkin lepas ni boleh cuba buat sendiri untuk kepuasan diri..:)

Laksa Johor tunjuk


Setelah berhari-hari bertangguh nak cuba satu biskut ni, hari ini tertunai la hasrat mencuba biskut oreo black beauty. Mula buat dah lambat, tu yang masak lauk tunjuk je..Alasan! Sori en H, esok kita masak ye..Biskut ni serius sedap, patut la ramai yang mencubanya. Memang berbaloi. Rasa seindah rupa dan nama, boleh juga dibuat hantaran.

OREO BLACK BEAUTY
Resepi dicuba dari blog Masam Manis

Oreo Black Beauty


Bahan2:
Bahan A
280g mentega
200g gula castor 

Bahan B
250g tepung gandum
50g serbuk koko
30g tepung jagung
20g biskut oreo -dikisar halus, buang krim
1/2 sudu teh baking powder

Hiasan
Putih telur - x letak
Biskut oreo - dikisar halus, buang krim (~ 50g cukup untuk 1 adiunan)
Coklat masakan putih -dicairkan (saya guna coklat strawberi)
Croquant - x letak

Pukul bahan A hingga kembang
Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
Tekan atas tray hingga habis.
Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
Paip kan dengan coklat putih.

Bulatkan seperti guli
 
Susun dalam paper cup selepas digolek atas oreo

Saya ikut cara blog Masam Manis
  • Doh yang dah siap digentel bulat2 seperti guli dalam anggaran 6-8g.
  • Golekkan atas oreo kisar.
  • Susun dalam paper cup dan bakar.
  • Lorek coklat atas biskut.


Friday, 5 June 2015

Choc Oat Cookies

Salam dan Hi Semua...

Untuk tahun ni biskut raya pertama yang dicuba adalah choc oat cookies dari Azlita Masam Manis. Saya agak memilih dalam hal biskut raya ni, selalunya saya suka biskut yang ada rasa coklat crunchy2 gitew.. ada kekacang, nestum ke..itu untuk biskut moden la. Tapi biskut lama yang sentiasa di hati mestilah biskut semperit dan mazola. En suami suka sangat dengan biskut arab.Dalam banyak2 kuih tradisional saya sangat suka loyang, rempeyek, lidah buaya dan juga batang buruk. tapi susah dah nak jumpa kuih batang buruk yang sedap zaman sekarang ni. 

CHOC OAT COOKIES

Choc Oat Cookies


Bahan-bahan:
280g mentega
90g gula halus
90g gula perang
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh esen butter -saya x letak
1 biji telur
1 biji kuning telur
20ml susu cair

350g tepung gandum @ tepung ros*
1/2 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh baking soda*

250g coklat cip
80g oat - dibakar dalam 6 -10 minit suhu 160C
30g cornflakes - ramas kasar
30g badam cincang - bakar 6 - 10 minit suhu 160C

Cara-cara:
  1. Ayak bahan bertanda * bersama.
  2. Sebatikan mentega, gula halus, gula perang, esen vanila dan esen butter hingga sebati. Kalau guna mixer pukul sekejap saja dengan speed perlahan.
  3. Tambahkan telur, kuning telur dan susu cair.
  4.  Tambahkan tepung yang telah diayak tadi, gaul sebati.
  5. Masukkan coklat cip, badam, oat dan cornflakes, gaul rata.
  6. Sudukan atau bulatkan sebesar guli, susun di atas loyang pembakar.
  7. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit, api atas bawah. Pastikan oven dipanaskan terlebih 15 minit awal sebelum memasukkan adunan cookies.
  8. Biarkan biskut sejuk sepenuhnya sebelum disusun di dalam bekas kedap udara.