Saturday 28 March 2015

Rojak Buah

Salam dan Hi Semua...

ROJAK BUAH

Rojak Buah

Bahan2:
betik muda
jambu batu
nenas
sengkuang
pear
timun - x letak x stok
mangga muda - x letak x stok
  • Bersihkan buah dan hiris
Bahan Sos:

Sos 1:
5 tangkai cili kering
kicap manis
sos cili
sos tomato
gula
kacang tanah kisar
  • Goreng cili kering dalam minyak
  • Kisar tanpa air cili kering
  • Gaulkan kesemua bahan ikut tahap kepekatan dan kepedasan yg diingini

Sos 2:
2 biji cili hidup*
4 biji cili padi*
1/2 inci belacan - dibakar*
air asam jawa secukupnya - air masak*
kicap manis
sos cili
sos tomato
gula
kacang tanah kisar
  • Kisar bahan bertanda *
  • Gaul kesemua bahan ikut tahap kepedasan dan kepekatan yg diingini
XOXO

Wednesday 25 March 2015

Smoked Deli Chicken Wing

Salam dan Hi Semua..

Sedap kan bila teringat smoked deli chicken wing Pizza Hut. Order sikit memang x puas makan. Tapi kalau nak makan puas2, jenuh juga membayarnye. So, usha2 resipi untuk buat sendiri maka terjumpa la pelbagai versi resipi smoked deli chicken wing ni, tapi saya cuba resipi dari blog Sterio Stello memandangkan bahan2 nya mudah dan memang sedia ada di rumah. Oh ye, sebenarnya dah berkali2 saya buat smoked deli chicken wing dengan menggunakan resipi ini. Rasanya memang sedap, sungguh enak di makan begitu saja.

SMOKED DELI CHICKEN WING

Smoked Deli Chicken Wing


Bahan2:
10 ketul kepak ayam - dibersihkan dan dikelar @ dicucuk dgn garfu
4 sudu besar sos ABC - saya guna kicap manis je
2 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos tiram
sos plum (optional) - saya x tambah sebab sos lada hitam dah ada rasa masam2
  • Gaul rata kesemua bahan dan perap semalaman (lagi lama lagi sedap)
  • Bakar dalam microwave dengan suhu 150 darjah celcius (saya masak dengan pemanggang ajaib, 15 minit setiap bahagian atas api sederhana)
**sebenarnya, saya gandakan bahan2 sebab saya memang suka perapan yang banyak..hehe

XOXO


Monday 23 March 2015

Pizza Hawaiian Supreme

Salam dan Hi Semua..

Setelah sekian lama tergendala nak buat pizza ala2 Pizza Hut ni, hari ini baru berkesempatan. Asal nya nak dihidangkan bersama smoked deli chicken wing tapi sebab lambat sangat pulak nak tunggu ayam tu defrost, kami makan pizza dulu, pastu kenyang gila x larat da. Jadi, hari ini kita tgk resipi pizza dulu la ye...hehe

PIZZA HAWAIIAN SUPREME

Pizza Hawaiian Supreme


Resipi dicuba dari blog mamadee's kitchen, tapi ditukar sikit2..hehe

Bahan Doh:
170ml air
300g tepung gandum
1/4 sudu teh garam
10g gula
1 1/2 sudu besar madu
20g mentega
6g yis segera
  •  Uli tangan: Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus menggaul hingga jadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudin, bulat2kan dan biar 45 minit hingga doh naik 2x ganda.
  • Breadmaker: Masukkan kesemua bahan kedalam bread maker mengikut turutan kemudian set untuk fungsi doh, tekan ON, selepas 1 jam 30 minit doh siap.

Bahan sos:
1 tin (300g) sos prego traditional
200g ayam @ daging kisar
1 labu bawang holland - dimayang
sedikit oregano
lada hitam dan garam secukup rasa
  • Tumiskan bawang dalam sedikit minyak, hingga naik bau
  • Masukkan daging kisar @ ayam kisar yg telah diramas2 dahulu, tambahkan sedikit air, lada dan garam, masak hingga hampir kering.
  • Masukkan sos prego dan oregano, masak seketika

Bahan topping:
1 paket (200g) Emborg pizza topping
nenas kiub dalam tin
sosej
capsicum - dihiris

  1. Sediakan 2 biji dulang pizza saiz 25cm @ ~9", oles dengan sedikit mentega.
  2. Panaskan oven pada suhu 190 degree celcius.
  3. Taburkan papan pencanai dan penggolek dengan sedikit tepung.
  4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat.
  5. Alihkan ke dalam dulang pizza tekan -tekan dengan hujung jari hingga memenuhi dulang dan biarkan kelilingnya sedikit tebal.
  6. Cucuk permukaan doh dengan garfu.
  7. Ratakan sebahgian sos pizza tadi dan susun bahan topping di atasnya dan di akhiri dengan taburan keju.
  8. Bakar selama 20-25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan
  9. Keluarkan dari oven dan hidang bersama sos kegemaran.
Apa lagi, jemput makan...sedapppnya...:)



XOXO



Monday 16 March 2015

KENWOOD BM250

Salam dan Hi Semua...

Memperkenalkan....

KENWOOD BM250



Hehe, akhirnya, tercapai sudah hasrat hati untuk memiliki pembantu di dapur.. Setelah sekian lama survey, hari ini dalam sejarah tertunai impian. Survey kali ke3, kali ni x pergi jauh, pergi ke kedai elektrik area rumah ja, kedai pertama rm600 brand Kenwood. Kedai ke2 n ke3 brand Morgan (x stok) dan Panasonic je ada. Panasonic mahal sgt, rm899. Kedai ke4 dan ke5 x jual breadmaker (oleh sebab breadmaker ni dikatogerikan sebagai special cooker, kedai2 besar je ada jual). Kedai ke6, iaitu Senheng ada brand Kenwood sama spt kedai 1st tadi, oleh sebab layanan mesra staff dia, terbelek maka terberkenanla dgn BM250 ni...Balik cerita kat en suami, petang tu jugak kami ke Senheng semula.

Survey kali pertama dulu di Tesco, setelah membaca blog2 yang mencadangkan BM10 Tesco breadmaker, tgk2 harga RM359 kau..mahal gila. Ke Tesco kali ke2, eh eh..ade promotion la, bawa masuk dalam troli, bawa ke testing area, masa scan nk bayar rm359. eh, biar betik..td kan harga tulis promosi rm229. Rupa-rupanya promosi itu telah berakhir 2 hari lepas dan diorang x cabut tag harga promosi. Hampa...Pergi Jusco pulak, ade brand Cornell (rm416) dan Panasonic je yg ada. Target utk dapatkan Cornell sebelum GST, tapi alhamdulillah, skarang dapat KENWOOD.

Ok, berbalik kepada kisah di Senheng tadi, harga bukan member RM429, 1 tahun warranty. Kalau member RM418 plus 2 tahun warranty. So, untuk dpt kelebihan member, kami pon wat la membership, RM20 setahun. Lepas tu masa tgh proses membership kad kami teringat pasal treatspoints Maybank yg belum pernah lagi digunakan. Tanya kt staff dia, apa jenis barang yg boleh ditebus. Katanya semua barang pon boleh. Check treats points pon cukup, so kami decide redeem BM ni dgn treat point je... 250 points sama dengan RM1. Berbaloi2 kan..Alhamdulillah. Sebab tu la saya suka nak shopping ke nak isi minyak ke buat hari minggu sebab bole gandakan points tapi kena guna American Express la (AMEX). Tapi sayangnya tak semua tempat terima AMEX. Tapi jangan risau, Mydin, Tesco, Jusco, stesen minyak semua boleh ye. Oh ye, korg kalau nak tebus ngn treats points ni kena cepat. sbb Mei nanti kadar baru bg Maybank, 400 points = RM1.



Okeh, dah ada pembantu, makin ligat la den meroti pasni...Tak la sakit2 pinggang en suami nak menguli roti dah...

XOXO

Sunday 15 March 2015

Oreo Milk Shake

Salam dan Hi Semua...

Malam ni, suami request nak minum oreo milk shake ala2 secret recipe.

OREO MILK SHAKE

Oreo Milk Shake

Bahan Utama:
200ml susu segar @ susu full krim - dari peti sejuk
3 keping biskut oreo - di patah2 kan
3 scoop aiskrim vanila

 Bahan hiasan:
1 keping biskut oreo
1 scoop aiskrim vanila
Hershey's chocolate syrup secukupnya
  • Blend kesemua bahan utama bersama, kemudian tuang dalam gelas
  • Hiaskan dengan kepngan biskut oreo, aiskrim dan hershey's chocolate syrup
**boleh juga diblend bersama ketulan ais, saya kurang suka rasa sejuk melampau..hehe**

Aiyak, aiskrim vanila tenggelam
Huih, kalori tinggi ni, nak2 makan malam2..saya tak galakkan ye...hehe

XOXO

Masak Lemak Kuning

Salam dan Hi Semua...

Hari ni menu kami simple sahaja, masak lemak kuning yang digandingkan bersama kerabu tomato dan ikan sardin goreng. Masak lemak kuning ni rebus naik je, senang. Menu ibunda saya ni memang kegemaran saya dari kecil hingga sekarang.

MASAK LEMAK KUNING

Masak Lemak Kuning

Bahan:
2 ekor ikan sardin @ kembung @ kerisi
1 biji cili merah - dihiris
8 biji cili padi 
2 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
1 keping asam keping
1 batang serai - diketuk
5 keping halia
1/2 biji kelapa parut - di perah 3x
serbuk kunyit
gula dan garam secukup rasa
  • Masukkan semua bahan selain ikan ke dalam periuk, rebus naik atas api perlahan hingga mendidih.
  • Masukkan ikan, biarkan mendidih sekali lagi 
**kawal api dan sentiasa kacau supaya santan x pecah minyak**

XOXO

Nasi Ayam Bonda

Salam dan Hi Semua..

Semalam saya masak nasi ayam untuk makan tengahari untuk kesekian kalinya. Boleh dikatakan setiap bulan sekali mesti saya buat hidangan ini. Masakan yang mudah dan sedap untuk family. Resipi adalah dari ibunda kesayangan saya. 

NASI AYAM

Nasi Ayam


Bahan Sup:
1 ekor ayam - di potong 16 dan dibersihkan
1 sup bunjut Adabi
8 potong halia
2 biji ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
Kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang
Daun sup daun bawang - dihiris 1 inci
Garam secukup rasa
  • Masukkan ayam kedalam periuk beserta air, halia, sup bunjut dan garam, rebus sehingga ayam empuk.
  • Keluarkan ayam dari sup untuk diperap dan digoreng (kaki ayam, leher biarkan dalam sup)
  • Keluarkan sebahagian air untuk dijadikan stok nasi.
  • Bakinya ditambah bawang, rempah dan daun sup daun bawang.
Bahan ayam:
Ayam yang dikeluarkan dari sup tadi
Sos tiram secukupnya
Kicap manis secukupnya
  • Gaulkan semua bahan sampai rata, perapkan selama 30 minit.
  • Goreng sekejap atas api sederhana @ perlahan untuk elakkan minyak meletup.
Ayam goreng


Bahan nasi:
350g beras Kashmir Faiza basmathi - dibasuh dan direndam seketika
1 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 sudu besar planta
2 helai daun pandan - disimpul
1 batang serai - diketuk
3 potong halia
kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih
serbuk kunyit secukupnya
serbuk perencah sup adabi secukupnya
600ml @ secukupnya air stok sup
  • Kisar halus bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air
  • Cairkan planta di dalam periuk nasi
  • Masukkan bahan kisar, daun pandan, serai, halia, rempah, serbuk kunyit dan perencap sup, kacau rata dan biarkan sedikit garing
  • Bila dah nampak sedikit garing @ kering, masukkan stok air sup, biarkan mendidih.
  • Masukkan beras, kacau rata, pindahkan ke dalam rice cooker.
  • Bila nasi masak, gembar gemburkan nasi.
Nasi


Bahan Sos:
3 biji cili merah
7 biji cili padi
2 sudu makan cuka
1 1/2 sudu besar gula
Sos tomato secukupnya
Sos cili secukupnya
  • Kisar halus cili merah dan cili padi dengan air.
  • Masukkan bahan kisar dan cuka ke dalam periuk, masak atas api sederhana sehingga hilang bau cili.
  • Masukkan gula, sos tomato dan sos cili. 
  • Masak sehingga mendidih dan kuah memekat.

Sos cili
Bahan Kicap:
Bahan perapan ayam
Sedikit air/ air sup
  • Masak sehingga memekat dan mendidih.
Sos Kicap

Bahan lain:
Tomato - dihiris
Timun - dibuang kulit dan dihiris 

Suami saya penggemar nasi ayam ni. Tak sah makan sepinggan, mesti berulang tambah..:)

XOXO

Friday 13 March 2015

BIG Bad Wolf (BBW) 2015

Salam dan Hi Semua

Yeay..akhirnya berkesempatan ke BBW 2015 yang diadakan di Penang Times Square. Kami ke sana pada hari pertama pameran pada waktu kerja untuk mengelakkan kesesakan melampau, tapi sesak jugak...esok cuti sekolah bermula, dan hari minggu pulak, pasti kesesakan berganda2.


Ok, sampai2 meh cari parking. Pukul 11am, parking bawah da penuh, dapat parking di aras 4b. Rate parking adalah seperti berikut:

Kadar parking
Dah jumpa parking, sila ikut notis pandu arah ye...



Dah sampai, boleh la ambil troli dan start memburu buku. Rambang mata. Konon2 nak datang jap ye, last2 berjam2..Hubby berjalan kaki ke masjid (Masjid Kampung Jawa Baru) yang terletak bersebelahan dengan Times Square untuk solat Jumaat sementara saya berjalan2 melihat buku...Hehe

Hasil memburu
Orang lain penuh troli, kami buru buku masakan je, nak ke general section dan bahagian kanak2 memang sesak taleh lalu. Sebab que untuk bayar pon melalui kawasan ni, dah2 la tu meh la bayar. nak bayar pon que sejam baru sampai kaunter cashier. Awas! ada yg cuba2 menyelit potong que dengan muka bersahaja tanpa riak bersalah...Bayaran boleh dilakukan dengan cash, kad kredit dan juga baucer buku BB1M 2015.



Penuh kedua2 belah tangan dengan plastik beg, balik la ke rumah...

Hasil buruan
Taraa...

XOXO

Thursday 12 March 2015

Bonanza RM3 Sushi King

Salam dan Hi Semua..

Hari yg dinantikan kunjung tiba. Minggu lepas semasa pekena sushi nampak promo ni. So, hari ni lepas kerja pecut ke Aeon Mall BM untuk menyahut cabaran Bonanza RM3...hahah..harusla kan, boleh berjimat tapi makan besar...Oh ye...promosi ni hanya untuk 2015 Sushi King card member. Kalo korg bukan member tapi nak makan jugak, buat je la member kad..RM20 setahun, tapi dapat RM20 voucher...kira macam free la kan...Ada lebih 30 jenis sushi yg kita boleh ngap, tapi taleh order ya, kena amik atas belt ja (diorg akan sedaya upaya penuhkan belt, kesian kelam kelibut x menang tangan...letak je abes..letak je abes)...Air of course la boleh order, kang tercekik naya. Terma dan syarat2nya:


Punyala makan sampai lupa nk snap gambar..

Taraa..sebahagian je ye
Burrppp..Alhamdulillah..kenyang...dah nak cukup 45 minit, mari la beransur keluar sebelum di minta keluar..hahaha...lagi, bagi la can kt orang lain yg dok beratur pulak...:)

Wednesday 11 March 2015

Macau Egg Tart

Salam dan Hi Semua...

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan mencuba resipi tat favorite saya, macau egg tart. Saya kalau jumpa bakers cottage memang pantang. Mesti nak beli macau egg tart ni. Ada orang kata portugese egg tart...saya pon konfius jugak. Tak kisah la nama apa pon..janji rupa tat tu camni dan rasa sama..hehe

MACAU EGG TART 


Macau Egg Tart


Untuk filling, resipi dicuba dari blog spices journey.

Bahan2 yg diperlukan adalah:

1 keping cheddar cheese - di carik2 halus
50g gula
125ml susu segar
2 biji telur
100gm whipping cream (saya guna uht Anchor)
1 sudu teh esen vanila
secubit garam (saya tak letak)
setitis pewarna kuning telur untuk menaikkan warna (saya tak letak)

  • Panaskan susu, gula dan cheese sehingga gula dan cheese cair.
  • Tuangkan ke dalam bekas berisi telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.
  • Masukkan whipping krim dan esen vanila dan kacau rata.
  • Biarkan sejuk.
Filling

Untuk pastry, saya rujuk blog resipi citarasawan.

9 keping puff pastry saiz 10cm x 10cm (jenama KAWAN) **1 paket ada 10 keping, tapi filling saya cukup untuk 9 keping je**

Puff Pastry KAWAN

  • Lembutkan puff pastry pada suhu bilik.
  • Taburkan sedikit tepung gandum atas papan pencanai, Kemudian canai memanjang setebal 3mm. (saya canai memanjang hingga 2x panjang asal)

  • Kemudian gulung seperti menggulung swiss roll. Simpan sekejap dalam peti sejuk (saya biar dalam 5-10 minit).

  • Potong puff pastry kepada beberapa bahagian bergantung kepada saiz acuan (saya potong kepada 2 bahagian) **9 x 2 = 18 biji egg tart** (bergantung kepada saiz acuan, saiz kecik boleh potong banyak - guna acuan muffin saya potong kpd 4 bahagian)
  • Canai bulat setiap bahagian dan tekan ke dalam acuan tat/ muffin (saya guna 6.3cm acuan tat) yang telah dioles dengan butter sehingga memenuhi acuan. Cucuk dasarnya dengan garfu. Buat sehingga habis.

  • Panaskan oven pada suhu 200 degree celcius. (spices journey guna suhu 180, saya guna 190).
  • Tuang filling ke dalam acuan sehingga 3/4 penuh.

  • Bakar selama 25 minit atau sehingga keperangan (saya masak selama 30-35 minit).
Adunan mengembang semasa dibakar

Siap dibakar!!!

Teruja tengok hasilnya, memang akan buat lagi dan lagi dan lagi. Sangat sedap. Lepas ni, dah tak beli la kat kedai, dah boleh buat sendiri kan..:)

XOXO

Monday 9 March 2015

Kek Chocolate Moist

Salam dan Hi Semua...

Banyak kali try buat kek coklat moist, tapi x pernah jadi seperti yang dikehendaki. Bantat la, kering la, macam2 hal la. Baru2 ni, Kak Ros Jiran sebelah ade bagi kek coklat moist..memang moist habes la. Tak manis sangat..memang kena dengan tekak kami. Selepas 2 minggu lebih peram resipi dia, hari ni baru berkesempatan cuba sendiri...Kak Ros, minta izin share resepi di sini ye...

KEK COKLAT LEMBAB KUKUS

Moist Choc Cake

Bahan2:
Bahan A:
1 cawan serbuk koko Van Houten (saya guna serbuk koko biasa je)
1 cawan susu cair (saya guna susu segar)
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak (saya guna minyak matahari)
3/4 cawan gula pasir
  • Masukkan kesemua bahan dalam periuk, masak atas api perlahan sehingga gula cair (saya masak sambil kacau)
  • Biarkan sejuk

Bahan B:
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
  • Ayak kesemua bahan

Bahan C:
4 biji telur (saya guna telur gred C)
  • Blend telur
Cara-cara:
  1. Oles loyang dengan minyak. **mungkin saya kena alas loyang dengan kertas minyak sebelum oles minyak sbb kek ni lembut, masa nak pindahkan atas pinggan ia sedikit hancur di bahagian bawah**
  2. Panaskan pengukus
  3. Masukkan Bahan B berselang seli dengan Bahan C ke dalam Bahan A. (mulakan dengan tepung, akhiri dengan tepung) sampai habis. **saya whisk setiap kali masukkan bahan sehingga sebati**
  4. Tuang ke dalam loyang. (saya guna loyang 22cm, mungkin kena guna loyang lebih besar sebab kek naik mengena aluminium foil di tengahnya).
  5. Tutup dengan aluminium foil, kukus sehingga masak. (saya kukus dalam 1 jam).
  6. Biarkan kek sejuk sebelum di curahkan topping coklat.
Bahan Topping:
220 - 250 gm (1 bar ) coklat masakan
Sedikit susu cair (saya letak ~1/4 cawan susu segar)
1 sudu besar butter
Coklat rice/ kepingan badam
  •  Masukkan kesemua bahan dalam periuk.
  • Masak secara double boiling, selepas semua cair dan sebati, curahkan atas kek tadi.
  • Hiaskan dengan coklat rice atau kepingan badam.
Alhamdulillah kek menjadi. Rasa memang sedap. Mungkin saya ada sedikit kesilapan teknikal masa alihkan kek dari loyang ke pinggan. Takpe, lepas ni boleh cuba lagi..Terima kasih kak Ros atas resipi kek coklat moist yg sedap ni. Hehe..

Kangkung Goreng Belacan

Salam dan Hi Semua...

Hari ni saya masak kangkung dari hasil tanaman saya. Hehe..Masak simple2 je untuk makan malam kami. Kangkung goreng belacan kami sedikit lain dari yang biasa orang lain atau kedai buat. Meh usha resipi mudah ni.

KANGKUNG GORENG BELACAN 

Kangkung goreng belacan


Bahan:
1 ikat kangkung
2 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
2 biji cili hidup*
6 biji cili padi *
1/2 inci belacan* - dibakar
air asam jawa*
sedikit garam*
Kicap manis secukupnya
  • Kisar bahan bertanda * 
  • Panaskan minyak, tumis bawang sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan kisar, masak sehingga pecah minyak.
  • Masukkan kangkung dan kicap dan sedikit air, masak sehingga kangkung layu.

Mari Berkebun : Menuai Hasil

Salam dan Hi Semua...

Tahun 2015 ni, saya start bercucuk tanam sendiri. Hehe..tapi tanam dalam pasu je la walau rumah ada tanah. ntah pape kan..sebab belakang rumah ada hutan, jadi takut nak belek pokok sendirian ditambah dengan pokok yang ditanam sebelum ni senang sangat kena serangan siput babi la, macam2. Lepas tu belankang rumah cepat semaknya, kami ada la upah orang mesin rumput 2 bulan sekali. Dalam dok pesan ada pokok, suruh dia hati2 dia mesin semua sekali..Sabar je la..

Lepas da takut biar je kan, sampai pokok kangkung merayap penuh 1 laman belakang, boleh tersungkur tersadung. Siap nak masuk rumah lagi..Pokok kat belakang rumah yang berjaya survive hanyalah pokok pisang, pucuk manis dan kari je. Oh, pokok ni semua ayah yang tanam. Ayah kalau datang rumah kami je, macam2 nak ditanamnya. Hehe.. Hai..bila la pokok pisang ayah ni nak berbuah kan..hehe..Yang lain dan la merasa hasilnya..

Ok, berbalik kepada tanaman dalam pasu saya, sekarang saya da ada 1 pokok cili padi, kangkung dan bayam yang da boleh tuai hasilnya.  Alhamdulillah.. anak pokok cili merah pon dah membesar dengan sihat, tak lama lagi boleh la pindahkan dalam pasu (masa semai, pasu beli dah siap2, beriya kan)..Pokok daun sup pon sedang menumbuh (kali ke3 tanam baru hidup, tu pon sikit2)..daun bawang mati pulak akibat x siram sebab balik kampung hari tu. Sian kau pokok bawang, takpe2..nanti den tanam lain ye...

Anak pokok cili hidup merah
Tengok polibag kt atas, ada 6 (3 yg ikat tali hijau disemai benih cili hidup hijau; 3 lagi cili hidup merah) tapi tetiga semaian cili hidup hijau x tumbuh2. 2 dari 3 polibag cili merah tumbuh..ok la kan..nanti kena semai lain cili hijau ni. berguna apa cili hijau untuk buat dalca, kari selain en husband suka makan buat sambal kicap.

Pokok cili padi
Seronok bila dpt tengok hasil tanaman. Seminggu sekali petik, setiap kali petik boleh dapat 2 genggam. Dah tayah beli, selain boleh berjimat ianya bebas racun dan bahan kimia..hehe.


Lain-lain pokok dalam pasu
Projek seterusnya adalah bendi, daun bawang dan daun ketumbar...:)


Saturday 7 March 2015

Nasi Arab

Salam dan Hi Semua...

Mengidam nasi arab pulak..tapi seriously, saya memang suka nasi arab mandy sejak pekena nasi arab kat Saba Restaurant, Cyberjaya masa zaman belajar dulu. Sekarang susah la sebab jauh, dan saya x jumpa lagi nasi arab sedap cmtu kat area sini. Haritu masa ke rumah makteh, kami dijamu nasi arab..perghh memang terbaik la..sedap..menepati citarasa saya. Apalagi..minta resipi la..hehe..So sekarang, nak makan nasi arab tak perlu ke luar lg, kat rumah pon boleh.

NASI ARAB

Nasi Arab


Sup:
8-10 ketul ayam
sup bunjut
6 potong halia
bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis
2 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
garam secukup rasa
daun sup daun bawang
  • Rebus ayam bersama sup bunjut dan halia.
  • Perisakan dengan garam secukup rasa, biarkan ayam empuk.
  • Keluarkan sebahagian untuk nasi.
  • Tambahkan bawang, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis.
  • Masukkan daun sup daun bawang.
Nasi:
250g beras basmathi (untuk 2-3 orang)
Pes nasi arab Yemeni Mendhi secukupnya
Pewarna 

**1 paket pes nasi arab disertakan sekali bersama beras basmathi dan juga pewarna**
  • Basuh beras, rendam 30 minit sebelum digunakan, toskan.
  • Tambahkan pes nasi arab secukupnya ke dalam peiuk nasi berisi 325ml - 350ml air sup, biarkan mendidih
  • Masukkan nasi, pindah kan ke dalam rice cooker. 
  • Selepas nasi masak, masukkan pewarna kuning secukupnya, gemburkan nasi. 
  • Keluarkan ayam dari sup, masukkan ke dalam rice cooker, biarkan rice cooker dalam keadaan keep warm untuk 10 minit.
Sambal/Sos Tomato:
2 biji tomato masak
4 batang daun ketumbar
10 biji cili padi
secubit garam
  • Kisar kesemua bahan tanpa air
Bau nasi arab semerbak memenuhi rumah. Saya punyala tak sabar tunggu en husband balik dari kursus. Siap call berkali2 tanya dah kat mana..Boleh nyanyi lagu #awak kat mana# taufik batrisya dah ni..hahahaha

Kami punyala suka nasi arab ni sampai bawa mimpi..haih, melampau tak perumpamaan den. LOL..Harap2 satu  hari nanti den pandai buat nasi arab sesedap ni tanpa pes yg beli siap..hehe

XOXO



Tuesday 3 March 2015

Kek Belang

Salam dan Hi Semua...

Hari ni, bonda ajak buat kek choc moist tapi bahan tak cukup pulak. Godek2 almari dapur, bahan cukup untuk kek belang (kami pon tak pasti nama kek ni, disebabkan berbelang2 dari kecik saya panggil kek belang je) maka kami pon buat la kek. Bonda saya selalu buat kek ni terutama untuk hari raya. Kadang-kadang buat sampai 2 atau 3 biji untuk di bawa balik ke rumah tok wan. Buat banyak pon, hari pertama raya da hampir habis dikerjakan oleh anak2 dan anak sedara. Haha. Meh kita tengok bahan yang diperlukan dan cara pembuatannya.

KEK BELANG

Kek Belang


Bahan2:
1 cawan (220g) planta/butter
1 cawan (190g) gula halus (saya kisar je gula biasa, heheh)
1 1/2 cawan (175g) tepung gandum
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar serbuk koko


  • Putar gula bersama planta sehingga kembang dan menjadi putih dalam 15 - 17 minit. Mulai dengan kelajuan rendah dan diteruskan dengan kelajuan tinggi.
  • Masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul dengan kelajuan rendah.
  • Masukkan esen vanila.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul pada kelajuan rendah dalam satu arah.
  • Bahagian adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian ditambah serbuk koko.
  • Alas loyang dengan kertas minyak. Oleskan dengan planta.
  • Sendukkan adunan ke dalam loyang dimulai dengan adunan putih kemudian koko kemudian putih secara berselang seli sehingga habis.
  • Bakar pada suhu 300F @ 150 degree (kalau ikut oven bulat bonda) selama 45 minit atau sehingga masak.

Monday 2 March 2015

Roti Sarang Lebah Lagi!

Salam dan Hi Semua..

Semalam, saya buat roti sarang lebah lagi sempena birthday adik kesayangan. Hahak..Org buat kek i buat roti..Ok la kan, mencipta kelainan. Hari ni kita tunjuk gambar je ye. Resepi boleh lihat di SINI.


Gebu kan..
Guna oven ni je, selepas 22 minit masak cantik


HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO FARHANA..
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...

Happy birthday adik, semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dalam rahmatNya. Kami semua doakan agar adik diberi kejayaan di dunia dan di akhirat. Nah, roti birthday adik..haha..Sori, roti lewat 2 hari..

Roti Sarang Lebah 

Untuk resepi sos butterscoth cubaan kali ke 3 ni, saya tambah susu segar, sebab whipping cream x cukup, tapi rasanya lebih sedap sebab manis nya sedang elok. Eloklah untuk kita2 yang kurang suka manih melecas bak kata orang utara..Hehe. Kali ni saya guna uht whipping cream Anchor. Oh ye, topping kali ni diletakkan kuaci hijau sahaja sebab masa beli bahan kat kedai roti, teringat kat rumah da ada dah bijan hitam tapi rupanya jintan hitam. Terkeliru pulak. Xpela, janji bukan bahan utama, kalau bahan utama xde x menjadi rotinya.

Resepi sos butterscoth 1 1/2 adunan:

3 sudu butter
3/4 cawan gula perang
1/2 cawan uht whipping cream
1/4 cawan susu segar
sedikit esen vanila
secubit garam


  • Cairkan butter atas api perlahan
  • Masukkan gula perang, kacau hingga cair
  • Tuang whipping cream, kacau rata
  • Tambahkan susu segar, esen vanila dan garam
  • Kacau seketika biar semua sebati dan sedikit pekat
Adik tanya, banyak jugak dapat, 2 loyang. Boleh la makan seminggu. Seminggu? Xdenya..hari ni da abes..

Promosi Tupperware Mac 2015

Salam dan Hi Semua...

Promosi Tupperware kembali lagi dengan lebih penjimatan sempena dengan ulang tahun ke-50 Tupperware Malaysia. Ok, cakap banyak tak guna, boleh la u oll scroll katalog Tupperware bagi bulan Mac 2015 yang disertakan di bawah. Jika ada yang berminat, please la minat..hehe..boleh pm saya...Da...Happy Browsing U olls...

1
2
3
4

5

6
7

8

9

10
11

12

13

14
15

16

17

18
19

20

21

22
23

24

25

26
27

28

29

30
31

32

33

34
35

36

37

38
39

40

41

42

43

44

45

46

47

48
i

ii

iii
iv

v

vi

vii

viii
ix
x

xi
xii
Kalau ada yang berkenan boleh isi borang tempahan di bawah


#sayajualtupperware#

TERIMA KASIH
XOXO