Alhamdulillah, hari ni berkesempatan mencuba resipi tat favorite saya, macau egg tart. Saya kalau jumpa bakers cottage memang pantang. Mesti nak beli macau egg tart ni. Ada orang kata portugese egg tart...saya pon konfius jugak. Tak kisah la nama apa pon..janji rupa tat tu camni dan rasa sama..hehe
MACAU EGG TART
MACAU EGG TART
Macau Egg Tart |
Untuk filling, resipi dicuba dari blog spices journey.
Bahan2 yg diperlukan adalah:
1 keping cheddar cheese - di carik2 halus
50g gula
125ml susu segar
2 biji telur
100gm whipping cream (saya guna uht Anchor)
1 sudu teh esen vanila
secubit garam (saya tak letak)
setitis pewarna kuning telur untuk menaikkan warna (saya tak letak)
- Panaskan susu, gula dan cheese sehingga gula dan cheese cair.
- Tuangkan ke dalam bekas berisi telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.
- Masukkan whipping krim dan esen vanila dan kacau rata.
- Biarkan sejuk.
Filling |
Untuk pastry, saya rujuk blog resipi citarasawan.
9 keping puff pastry saiz 10cm x 10cm (jenama KAWAN) **1 paket ada 10 keping, tapi filling saya cukup untuk 9 keping je**
- Lembutkan puff pastry pada suhu bilik.
- Taburkan sedikit tepung gandum atas papan pencanai, Kemudian canai memanjang setebal 3mm. (saya canai memanjang hingga 2x panjang asal)
- Kemudian gulung seperti menggulung swiss roll. Simpan sekejap dalam peti sejuk (saya biar dalam 5-10 minit).
- Potong puff pastry kepada beberapa bahagian bergantung kepada saiz acuan (saya potong kepada 2 bahagian) **9 x 2 = 18 biji egg tart** (bergantung kepada saiz acuan, saiz kecik boleh potong banyak - guna acuan muffin saya potong kpd 4 bahagian)
- Canai bulat setiap bahagian dan tekan ke dalam acuan tat/ muffin (saya guna 6.3cm acuan tat) yang telah dioles dengan butter sehingga memenuhi acuan. Cucuk dasarnya dengan garfu. Buat sehingga habis.
- Panaskan oven pada suhu 200 degree celcius. (spices journey guna suhu 180, saya guna 190).
- Tuang filling ke dalam acuan sehingga 3/4 penuh.
- Bakar selama 25 minit atau sehingga keperangan (saya masak selama 30-35 minit).
Adunan mengembang semasa dibakar |
Siap dibakar!!! |
Teruja tengok hasilnya, memang akan buat lagi dan lagi dan lagi. Sangat sedap. Lepas ni, dah tak beli la kat kedai, dah boleh buat sendiri kan..:)
XOXO
No comments:
Post a Comment