Sedap kan bila teringat smoked deli chicken wing Pizza Hut. Order sikit memang x puas makan. Tapi kalau nak makan puas2, jenuh juga membayarnye. So, usha2 resipi untuk buat sendiri maka terjumpa la pelbagai versi resipi smoked deli chicken wing ni, tapi saya cuba resipi dari blog Sterio Stello memandangkan bahan2 nya mudah dan memang sedia ada di rumah. Oh ye, sebenarnya dah berkali2 saya buat smoked deli chicken wing dengan menggunakan resipi ini. Rasanya memang sedap, sungguh enak di makan begitu saja.
SMOKED DELI CHICKEN WING
Smoked Deli Chicken Wing |
Bahan2:
10 ketul kepak ayam - dibersihkan dan dikelar @ dicucuk dgn garfu
4 sudu besar sos ABC - saya guna kicap manis je
2 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos tiram
sos plum (optional) - saya x tambah sebab sos lada hitam dah ada rasa masam2
- Gaul rata kesemua bahan dan perap semalaman (lagi lama lagi sedap)
- Bakar dalam microwave dengan suhu 150 darjah celcius (saya masak dengan pemanggang ajaib, 15 minit setiap bahagian atas api sederhana)
XOXO
No comments:
Post a Comment