Salam dan Hi Semua..
Setelah sekian lama tergendala nak buat pizza ala2 Pizza Hut ni, hari ini baru berkesempatan. Asal nya nak dihidangkan bersama smoked deli chicken wing tapi sebab lambat sangat pulak nak tunggu ayam tu defrost, kami makan pizza dulu, pastu kenyang gila x larat da. Jadi, hari ini kita tgk resipi pizza dulu la ye...hehe
PIZZA HAWAIIAN SUPREME
Pizza Hawaiian Supreme |
Resipi dicuba dari blog mamadee's kitchen, tapi ditukar sikit2..hehe
Bahan Doh:
170ml air
300g tepung gandum
1/4 sudu teh garam
10g gula
1 1/2 sudu besar madu
20g mentega
6g yis segera
- Uli tangan: Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus menggaul hingga jadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudin, bulat2kan dan biar 45 minit hingga doh naik 2x ganda.
- Breadmaker: Masukkan kesemua bahan kedalam bread maker mengikut turutan kemudian set untuk fungsi doh, tekan ON, selepas 1 jam 30 minit doh siap.
Bahan sos:
1 tin (300g) sos prego traditional
200g ayam @ daging kisar
1 labu bawang holland - dimayang
sedikit oregano
lada hitam dan garam secukup rasa
- Tumiskan bawang dalam sedikit minyak, hingga naik bau
- Masukkan daging kisar @ ayam kisar yg telah diramas2 dahulu, tambahkan sedikit air, lada dan garam, masak hingga hampir kering.
- Masukkan sos prego dan oregano, masak seketika
Bahan topping:
1 paket (200g) Emborg pizza topping
nenas kiub dalam tin
sosej
capsicum - dihiris
- Sediakan 2 biji dulang pizza saiz 25cm @ ~9", oles dengan sedikit mentega.
- Panaskan oven pada suhu 190 degree celcius.
- Taburkan papan pencanai dan penggolek dengan sedikit tepung.
- Bahagikan doh kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat.
- Alihkan ke dalam dulang pizza tekan -tekan dengan hujung jari hingga memenuhi dulang dan biarkan kelilingnya sedikit tebal.
- Cucuk permukaan doh dengan garfu.
- Ratakan sebahgian sos pizza tadi dan susun bahan topping di atasnya dan di akhiri dengan taburan keju.
- Bakar selama 20-25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan
- Keluarkan dari oven dan hidang bersama sos kegemaran.
XOXO
No comments:
Post a Comment