Monday 19 December 2016

Jagung Rebus Susu

Salam dan Hi Semua...

Sekarang tengah viral orang rebus jagung dengan susu pulak. Makanan ni sentiasa evolved ikut zaman dan kreativiti. Kita yang tak berapa nak kreatif ni ikut je la kan..Hihi..Resipi dicuba dari facebook. Pertama kali lihat di group masak apa hari ini (MAHI). Terima kasih kepada yang sudi share resipi.

JAGUNG REBUS SUSU



Bahan-bahan:
6 tongkol jagung - dibuang kulit
1 cawan air
1 tin susu cair
3sb susu pekat manis
4sb mentega
2 keping cheese -saya x letak
gula dan garam secukup rasa
ada orang tambah chia seed

Cara penyediaan:
  • Rebus jagung dengan 1 cawan air dalam 10 minit.
  • Keluarkan jagung, masukkan bahan-bahan lain. Masak dalam 10 minit, masukkan semula jagung.
  • Seimbangkan rasa gula dan garam. Biarkan 2 minit.
  • Sedia dihidang.

Jus Alpukat @ Avocado

Salam dan Hi Semua..

JUS ALPUKAT SEDAP BERKRIM 

 

Pertama kali terbaca tentang jus alpukat ni bila tengok kawan upload gambar di mukabuku. Tertanya-tanya apa benda jus alpukat ni, rupanya avocado. Nampak macam sedap je, bila google melihat banyak khasiatnya terasa nak mencuba buat sendiri di rumah. Jumpa buah ni di Mydin, boleh tahan mahal harganya. 1 biji RM5.90 ke RM6.90 macam tu. Demi nak merasa, gagah jugak la memebeli. Resipi dicuba dari blog MyLovely Family.

Bahan -bahan:
2 biji buah avocado - pilih yang kulit nya da berwarna hijau kehitaman - ambil isinya sahaja
1 cawan susu full krim
3 sb susu pekat manis
Ais secukupnya
- blend sebati semua bahan, tuangkan ke dalam gelas.
- boleh tambah hershey's choccolate syrup

*tekstur dia pekat berkrim macam smoothies gitew. boleh la tambah air/ ais sikit bagi yang suka sedikit cair*


Monday 12 December 2016

Kepak Ayam Panggang Bermadu

Salam dan Hi Semua..

Menu tambahan makan malam kami. Resipi dicuba dari Mama G Food Industries

KEPAK AYAM PANGGANG BERMADU



Bahan2:

10 kepak ayam - dipotong drummet menjadi 20 bahagian
garam dan lada hitam secukupnya
sedikit air
- cucuk ayam dengan garfu
- masukkan ayam ke dalam periuk berisi air. Tambah garam dan lada hitam. Panaskan selama lebih kurang 10 minit. Toskan.
~ tujuan: supaya bahagian dalam ayam masak dan menambah rasa pada bahagian dalam ayam supaya lebih juicy dan berperisa

6 ulas bawnag putih - tumbuk halus
1/2 inci halia - tumbuk halus
3 sb madu
3 sb sos cili
3 sb sos tiram
2 sb sos ikan
6 sb kicap manis
2 sb serbuk cili
-masukkan kesemua bahan di atas dan gaul rata. Masukkan ayam dan gaul rata.

-Tuangkan ke dalam kuali leper atau non stick, panaskan dengan api sederhana supaya kepak ayam menyerap semua rasa.
- Panaskan hingga kuah pekat seakan karamel.
- Kemudian, susun ayam atas dulang beralas baking paper, bakar dalam oven pada suhu 190 selama 20 minit (terbalikkan selepas 10 minit). Masa ni kepak ayam akan jadi crispy di luar juicy di dalam.


Tom Yam Campur

Salam dan Hi Semua...

Tengahari tadi saya cuba resipi baru yang dikongsikan oleh page Resepi Sedap. Katanya resipi asal dari Chef Wan Luqman. Sedap rasa tom yam nya, habis licin tak bersisa kami sekeluarga makan. Alhamdulillah. Tapi oleh sebab ada barang yang takde di rumah, jadi saya ada olah sedikit resipi asal. Saya campur daging ayam dan udang. Jom semak!

TOM YAM SEDAP



Bahan-bahan:
1 labu bawang besar - saya guna 2 labu bawang holland
3 cawan air - saya 4 cawan air
1 batang serai - dititik
4 helai daun limau purut
4 hiris lengkuas
daging - dihiris nipis
isi ayam - dihiris dadu
udang
1 batang lobak - hiris nipis
2 batang celeri - hiris serong
bunga kobis - hiris nipis
5 sudu besar pes tomyam
1 kiub pati tomyam knorr
1 sudu besar gula
1 sudu besar sos ikan
15 tangkai cili padi - resipi asal guna cili flakes
2 senduk kecil santan
sedikit perahan limau nipis - saya tambah
garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak zaitun (saya guna minyak masak biasa ja). Tumis bawang hingga layu dan naik bau, masukkan air bersama daun limau purut, serai, lengkuas dan daging.
2. Biarkan mendidih seketika supaya daging separa empuk.
3. Masukkan pes tomyam, kiub tomyam, sos ikan dan juga gula.
4. Masukkan ayam, lobak, bunga kobis dan juga celeri. Biarkan lobak empuk seketika.
5. Tambahkan udang, santan, perahan limau dan garam.
6. Tambahkan cili padi.Biarkan mereneh kejap.
7. Tutup api, masukkan daun ketumbar.