Saturday, 21 November 2015

Chili Crab

Salam dan Hi Semua..

Selalunya bila beli ketam saya masak gulai ketam nenas. Kali ini mencari kelainan buat chili crab untuk santapan tengahari kami. Orang lain biasa buat, saya baru nak cuba. Pergi pasar baru ni, ketam dia nampak fresh, sambar lak 4 ekor saiz besar.  Resepi dicuba dari blog Secuit Rasa. Memang leka meratah en suami saya.

CHILI CRAB

Chili Crab


Bahan A:
4 ekor ketam saiz besar
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur - dipukul
sedikit garam
  1.  Ketam dibersihkan dan dibelah dua. Toskan dan lap kering dengan kitchen towel agar mudah disalut bahan salutan.
  2. Campurkan tepung, telur dan garam dalam satu bekas.
  3. Gaul rata ketam. Ketepikan.
Bahan B: (Bahan kisar)
7 tangkai cili besar
2 sudu besar serbuk cili
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
sedikit air untuk mengisar bahan

Bahan C: (Homemade tomato puree daripada blog oursimplegarden.)
3 biji tomato masak (~ 250g)
1 sudu besar cuka masakan
1 1/2 sudu besar gula
  1. Bersihkan buah tomato. Kemudian kelar silang pada pada bahagian bertentangan dengan tangkai agar mudah dibaung kulit nanti.
  2. Didihkan air dalam periuk, masukkan tomato dan masak dalam 10 - 15 minit.
  3. Kemudian rendam dalam air sejuk selama 5 minit.
  4. Buangkan kulit, belah tomato untuk dibuang biji. Jika tak nak buang biji pon takpe.
  5. Kisar hancur tomato, tuangkan dalam periuk.
  6. Masak ikut kepekatan yang dikehendaki bersama gula dan cuka.

Bahan D:
1 tin kecil tomato puree (tiada stok dirumah, saya buat sendiri) - bahan C
4 sudu besar cili sos
sedikit cuka masakan putih (tak letak sbb dah diletak dalam tomato puri homemade)
sedikit garam
sedikit gula (tak letak sbb dah letak dalam tomato puri homemade)
1 biji telur - dipukul sedikit
sedikit perasa - optional
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak. Gorengkan ketam yang telah dicelup dengan tepung tadi sehingga masak. Angkat dan toskan.
  2. Kurangkan minyak tadi sehingga setakat untuk menumis, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  3. Maukkan tomato puri, sos cili, cuka, gaul rata, biarkan masak sebati.
  4. Tambahkan gula, garam dan perasa.
  5. Masukkan ketam. Gaul rata. Pecahkan telur, gaul rata sehingga masak bersalut.
  6. Hidangkan.


Thursday, 12 November 2015

Ketam Goreng Sos Bertelur

Salam dan Hi Semua..

Hari ini mencuba resepi dari Hasue. 

KETAM GORENG SOS BERTELUR

Ketam Goreng Sos Bertelur


Bahan-bahan:
5 ekor ketam - dibersihkan dan dibelah dua
2 sudu besar serbuk kunyit
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 tangkai cili merah*
5 tangkai cili padi* - saya tambah
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos plum - optional
2 biji telur - pecahkan dalam mangkuk dan pukul
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya
minyak masak untuk menggoreng
tomato - potong baji - optional
  1. Masukkan ketam ke dalam bekas yang agak bekas. Taburkan rata garam dan kunyit pada ketam. Ketepikan.
  2. Kisar bahan bertanda *.
  3. Goreng ketam sehingga kulitnya kemerahan. Toskan.
  4. Keluarkan minyak sehingga cukup sekadar menumis.
  5. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
  6. Masukkan kesemua sos sambil dikacau sebati. Masukkan air secukupnya dalam 1 cawan. Perasakan dengan garam dan gula.
  7. Apabila kuah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ketam, gaul rata.
  8. Tambahkan telur, kacau seketika hingga sebati dan telur masak.
  9. Sedia dihidangkan.