Selalunya bila beli ketam saya masak gulai ketam nenas. Kali ini mencari kelainan buat chili crab untuk santapan tengahari kami. Orang lain biasa buat, saya baru nak cuba. Pergi pasar baru ni, ketam dia nampak fresh, sambar lak 4 ekor saiz besar. Resepi dicuba dari blog Secuit Rasa. Memang leka meratah en suami saya.
CHILI CRAB
Chili Crab |
Bahan A:
4 ekor ketam saiz besar
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur - dipukul
sedikit garam
- Ketam dibersihkan dan dibelah dua. Toskan dan lap kering dengan kitchen towel agar mudah disalut bahan salutan.
- Campurkan tepung, telur dan garam dalam satu bekas.
- Gaul rata ketam. Ketepikan.
7 tangkai cili besar
2 sudu besar serbuk cili
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
sedikit air untuk mengisar bahan
Bahan C: (Homemade tomato puree daripada blog oursimplegarden.)
3 biji tomato masak (~ 250g)
1 sudu besar cuka masakan
1 1/2 sudu besar gula
- Bersihkan buah tomato. Kemudian kelar silang pada pada bahagian bertentangan dengan tangkai agar mudah dibaung kulit nanti.
- Didihkan air dalam periuk, masukkan tomato dan masak dalam 10 - 15 minit.
- Kemudian rendam dalam air sejuk selama 5 minit.
- Buangkan kulit, belah tomato untuk dibuang biji. Jika tak nak buang biji pon takpe.
- Kisar hancur tomato, tuangkan dalam periuk.
- Masak ikut kepekatan yang dikehendaki bersama gula dan cuka.
Bahan D:
1 tin kecil tomato puree (tiada stok dirumah, saya buat sendiri) - bahan C
4 sudu besar cili sos
sedikit cuka masakan putih (tak letak sbb dah diletak dalam tomato puri homemade)
sedikit garam
sedikit gula (tak letak sbb dah letak dalam tomato puri homemade)
1 biji telur - dipukul sedikit
sedikit perasa - optional
minyak untuk menggoreng
Cara-caranya:
- Panaskan minyak. Gorengkan ketam yang telah dicelup dengan tepung tadi sehingga masak. Angkat dan toskan.
- Kurangkan minyak tadi sehingga setakat untuk menumis, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
- Maukkan tomato puri, sos cili, cuka, gaul rata, biarkan masak sebati.
- Tambahkan gula, garam dan perasa.
- Masukkan ketam. Gaul rata. Pecahkan telur, gaul rata sehingga masak bersalut.
- Hidangkan.
No comments:
Post a Comment