Menu makan malam kami hari ini antaranya adalah cendawan tiram celup tepung. Asalnya nak guna tepung segera KFC je, tapi terjumpa lak resepi dari Azie Kitchen ni. Mari mencuba.
CENDAWAN TIRAM GORENG TEPUNG
Bahan2:
2 bungkus cendawan tiram (saya guna sebungkus je)
1 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukupnya
1/2 cawan air atau secukupnya (saya guna 1/4 cawan je)
Minyak untuk menggoreng
- Gaulkan rata semua bahan selain air di dalam mangkuk.
- Tambahkan air ikut kepekatan yang diingini.
- Salutkan cendawan dengan tepung.
- Panaskan minyak. Goreng selama 4-5 minit atau sehingga keperangan.
- Angkat dan tos minyak dengan paper towel.
- Sila makan semasa panas2..:)
No comments:
Post a Comment