Saturday, 14 November 2015

Siakap Stim Limau

Salam dan Hi Semua...

Baru-baru ini kami ke Ana Ikan Bakar Petai di Bangi. Kesedapan siakap stim limau yang masam-masam pedas dia teringat2 sampai ke hari ini. Pertama kali ke sini. Kami mencari kedai makan sedap dan gps mencadangkan ke sini. Kami pernah makan di Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur Kuantan 5 tahun lepas. Fuh lama dah tu. Jadi apa lagi google la resepi dan terberkenan pada resipi siakap stim limau ni dari blog mummyfiras.

SIAKAP STIM LIMAU

Siakap Stim Limau


Bahan-bahan:
1 ekor siakap saiz besar ( saya guna 2 ekor siakap saiz kecil)
5 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih *
1 inci halia (dipotong memanjang)
1/2 inci lengkuas (digiris memanjang)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
3 helai daun limau purut*
3 biji limau nipis - perah airnya
3-5 biji cili merah dan hijau*
1/2 kiub pati ayam knorr atau serbuk secukup rasa*
2 sudu besar sos ikan*
garam, serbuk perasa, gula secukupnya
daun ketumbar
**boleh juga tambahkan tomato, carrot, cendawan**
  1.  Ikan siakap yang telah dibersihkan di lumurkan dengan sedikir garam dan kukus dengan sedikir air. Biasanya kukus dalam 10-15 minit bergantung pada saiz ikan juga lah. Kalau ikan besar maka lama lah sikit waktu yang diambil untuk stim nya.
  2.  Sementara ikan masak masukkan kesemua bahan yang bertanda *** ke dalam kuali dan panaskan sehingga layu. Rasa sesedap rasa bolehlah tutupkan apinya. Saya panggil ini sebagai kuah asam limaunya hehehe 
  3. Bila dah layu dan ikan yang di stim juga masak tuangkan kuah tadi dan kukus lagi lebih kurang 10 minit.
  4.  Angkat dan sedia dihidangkan. Kalau nak lagi best aromanya tu tu letakkan daun ketumbar.
Saya buat cara senang. Panaskan kuali, masukkan semua bahan bertanda * sehingga sedikit layu, tambahkan air, perisakan secukupnya. Selepas mendidih saya masukkan ikan.Masak sehingga ikan masak. Hehe. Siap!


No comments:

Post a Comment