Tuesday, 30 June 2015

13 Ramadhan 1436H - Ayam Percik Roaster

Salam dan hi semua...

Wohaa..penatnya harini. Dari pagi terkejar-kejar ke hulu ke hilir. Balik2 terus masak pulak. Bersilat kat dapur berjam-jam dan dan azan magrib baru menghidang. Kesian en H. Menu kami hari ni ayam percik roaster dan sayur taugeh goreng belacan. Tu la intai dapur orang, pastu terkenan la.Hehe. Terbaik la ayam percik ni. Sodap! Terima kasih pada yang sudi share resepi..:)

AYAM PERCIK ROASTER
Resipi dicuba dari blog Masam Manis

Ayam Percik Roaster


Bahan2:
1 ekor ayam dibelah 4 (guna 2 bahagian saja - peha) - dibersihkan
2 ulas bawang besar* - saya guna 1 ulas bawang besar dan 4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
3 batang serai*
10-15 tangkai cili kering*
1/2 biji kelapa parut - santan pekat
air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukup rasa
4 sudu besar minyak menumis

  • Kisar halus bahan bertanda * dengan sedikit air. Lumurkan pada ayam. (Saya letak gula dan garam juga)
  • Tutup bekas dan perap selama sekurangnya 2 jam. Lagi lama lagi sedap. (Saya perap 4 jam)
  • Keluarkan ayam. Panaskan minyak, tumis kuah perapan ayam sehingga pecah minyak.
  • Masukkan gula dan air asam.
  • Tambah santan kacau rata.
  • Masukkan ayam tadi, tutup kuali, biarkan merenih dan ayam empuk serta kuah santan kering sedikit.
  • Pindahkan ayam ke atas loyang pembakar yang telah dilapik aluminium foil, bakar dalam ketuhar sehingga permukaannya berkilat. Semasa bakar percikkan kuah santan lebihan pada ayam, lakukan berulang kali hingga ayam masak sempurna. (saya tuangkan baki perapan atas ayam, panggang ayam dalam oven. Saya guna fungsi grill pada oven, bakar selama 10 minit pada setiap bahagian)

TAUGEH GORENG BELACAN

Taugeh Goreng Belacan


Bahan2:
2 genggam taugeh
sambal belacan
kicap manis secukupnya
2 ulas bawang merah - dihiris  
1 ulas bawang putih - dihiris
2 ketul tauhu - dipotong kecil
  • Tumis bawang hingga naik bau
  • Masukkan sambal belacan dan masak hingga pecah minyak
  • Tambahkan tauhu dan kicap, kacau rata.
  • Masukkan taugeh, masak hingga sedikit layu.

p/s: Hari ni dapat nangka..yeay!

Oh nikmatnya..TQ makwa susah2 mai anta..



Sunday, 28 June 2015

11 Ramadhan 1436H - Menu Ala Mamak

Salam dan Hi Semua..

11 Ramadhan. Dah hampir separuh perjalanan Ramadhan tahun ni, cepat sungguh masa berlalu. Sayu pulak hati..

Hari ni saya masak menu ala mamak untuk berbuka puasa. Dalca daging digandingkan bersama kobis goreng telur, telur masin dan juga papedom. Untuk kuih, saya buatkan roti jala untuk dimakan bersama dalca. Kesukaan saya ni. 

DALCA DAGING BONDA

Dalca Daging Bonda


Bahan2:
600g daging batang pinang - dihiris nipis
3 sudu besar serbuk kari ikan babas
3 ulas bawang merah - dihiris*
2 ulas bawang putih - dihiris*
2 inci halia - dihiris mancis*
2 tangkai daun kari*
kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang*
200g kacang dal - direbus hingga kembang
1/2 @ 1 biji kelapa parut - diperah santan
3 biji ubi kentang - dibelah 4
6 tangkai cili hijau - dibuang tangkai
2 biji tomato - dibelah 4
1 batang lobak merah - dihiris mancis
garam secukupnya
  • Bancuh rempah dengan garam dalam 1 mangkuk sederhana berisi air
  • Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau
  • Masukkan bancuhan rempah dan daging, masak sehingga daging empuk dan rempah pecah minyak.
  • Masukkan kacang dal yang telah direbus bersama sedikit air, kacau dan biar seketika supaya kacang dal mesra dengan rempah.
  • Masukkan kentang dan sedikit air, masak hingga kentang empuk. Tambahkan lobak merah.
  • Masukkan santan dan cili hijau, perlahankan api.
  • Selepas mendidih, masukkan tomato.

ROTI JALA BONDA

Roti Jala


Bahan2: (untuk 3-4 orang)
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
  • Bancuh tepung dan telur dengan air, tuang sedikit sehingga kepekatan yang sesuai.
  • Tambahkan serbuk kunyit dan garam.
  • Tuang adunan dalam blender dan blend - untuk elak tepung berketul
  • Panaskan kuali, sapu minyak, tuang adunan dalam acuan roti jala dan tebar atas kuali
  • Selepas masak, gulung roti.

KOBIS GORENG TELUR 

Kobis Goreng Telur


Bahan2:
1/3 biji kobis bulat - dihiris nipis
1 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1 biji telur
serbuk kunyit dan garam secukupnya
  • Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau
  • Masukkan kobis dan sedikit air, tambahkan serbuk kunyit dan garam.
  • Selepas agak layu, pecahkan telur.

Monday, 9 March 2015

Mari Berkebun : Menuai Hasil

Salam dan Hi Semua...

Tahun 2015 ni, saya start bercucuk tanam sendiri. Hehe..tapi tanam dalam pasu je la walau rumah ada tanah. ntah pape kan..sebab belakang rumah ada hutan, jadi takut nak belek pokok sendirian ditambah dengan pokok yang ditanam sebelum ni senang sangat kena serangan siput babi la, macam2. Lepas tu belankang rumah cepat semaknya, kami ada la upah orang mesin rumput 2 bulan sekali. Dalam dok pesan ada pokok, suruh dia hati2 dia mesin semua sekali..Sabar je la..

Lepas da takut biar je kan, sampai pokok kangkung merayap penuh 1 laman belakang, boleh tersungkur tersadung. Siap nak masuk rumah lagi..Pokok kat belakang rumah yang berjaya survive hanyalah pokok pisang, pucuk manis dan kari je. Oh, pokok ni semua ayah yang tanam. Ayah kalau datang rumah kami je, macam2 nak ditanamnya. Hehe.. Hai..bila la pokok pisang ayah ni nak berbuah kan..hehe..Yang lain dan la merasa hasilnya..

Ok, berbalik kepada tanaman dalam pasu saya, sekarang saya da ada 1 pokok cili padi, kangkung dan bayam yang da boleh tuai hasilnya.  Alhamdulillah.. anak pokok cili merah pon dah membesar dengan sihat, tak lama lagi boleh la pindahkan dalam pasu (masa semai, pasu beli dah siap2, beriya kan)..Pokok daun sup pon sedang menumbuh (kali ke3 tanam baru hidup, tu pon sikit2)..daun bawang mati pulak akibat x siram sebab balik kampung hari tu. Sian kau pokok bawang, takpe2..nanti den tanam lain ye...

Anak pokok cili hidup merah
Tengok polibag kt atas, ada 6 (3 yg ikat tali hijau disemai benih cili hidup hijau; 3 lagi cili hidup merah) tapi tetiga semaian cili hidup hijau x tumbuh2. 2 dari 3 polibag cili merah tumbuh..ok la kan..nanti kena semai lain cili hijau ni. berguna apa cili hijau untuk buat dalca, kari selain en husband suka makan buat sambal kicap.

Pokok cili padi
Seronok bila dpt tengok hasil tanaman. Seminggu sekali petik, setiap kali petik boleh dapat 2 genggam. Dah tayah beli, selain boleh berjimat ianya bebas racun dan bahan kimia..hehe.


Lain-lain pokok dalam pasu
Projek seterusnya adalah bendi, daun bawang dan daun ketumbar...:)