Salam dan Hi Semua..
Semalam saya masak nasi ayam untuk makan tengahari untuk kesekian kalinya. Boleh dikatakan setiap bulan sekali mesti saya buat hidangan ini. Masakan yang mudah dan sedap untuk family. Resipi adalah dari ibunda kesayangan saya.
NASI AYAM
Nasi Ayam |
Bahan Sup:
1 ekor ayam - di potong 16 dan dibersihkan
1 sup bunjut Adabi
8 potong halia
2 biji ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
Kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang
Daun sup daun bawang - dihiris 1 inci
Garam secukup rasa
- Masukkan ayam kedalam periuk beserta air, halia, sup bunjut dan garam, rebus sehingga ayam empuk.
- Keluarkan ayam dari sup untuk diperap dan digoreng (kaki ayam, leher biarkan dalam sup)
- Keluarkan sebahagian air untuk dijadikan stok nasi.
- Bakinya ditambah bawang, rempah dan daun sup daun bawang.
Bahan ayam:
Ayam yang dikeluarkan dari sup tadi
Sos tiram secukupnya
Kicap manis secukupnya
- Gaulkan semua bahan sampai rata, perapkan selama 30 minit.
- Goreng sekejap atas api sederhana @ perlahan untuk elakkan minyak meletup.
Ayam goreng |
Bahan nasi:
350g beras Kashmir Faiza basmathi - dibasuh dan direndam seketika
1 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 sudu besar planta
2 helai daun pandan - disimpul
1 batang serai - diketuk
3 potong halia
kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih
serbuk kunyit secukupnya
serbuk perencah sup adabi secukupnya
600ml @ secukupnya air stok sup
- Kisar halus bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air
- Cairkan planta di dalam periuk nasi
- Masukkan bahan kisar, daun pandan, serai, halia, rempah, serbuk kunyit dan perencap sup, kacau rata dan biarkan sedikit garing
- Bila dah nampak sedikit garing @ kering, masukkan stok air sup, biarkan mendidih.
- Masukkan beras, kacau rata, pindahkan ke dalam rice cooker.
- Bila nasi masak, gembar gemburkan nasi.
Nasi |
Bahan Sos:
3 biji cili merah
7 biji cili padi
2 sudu makan cuka
1 1/2 sudu besar gula
Sos tomato secukupnya
Sos cili secukupnya
- Kisar halus cili merah dan cili padi dengan air.
- Masukkan bahan kisar dan cuka ke dalam periuk, masak atas api sederhana sehingga hilang bau cili.
- Masukkan gula, sos tomato dan sos cili.
- Masak sehingga mendidih dan kuah memekat.
Sos cili |
Bahan Kicap:
Bahan perapan ayam
Sedikit air/ air sup
- Masak sehingga memekat dan mendidih.
Sos Kicap |
Bahan lain:
Tomato - dihiris
Timun - dibuang kulit dan dihiris
Suami saya penggemar nasi ayam ni. Tak sah makan sepinggan, mesti berulang tambah..:)
XOXO
No comments:
Post a Comment