Tuesday, 10 February 2015

Mari Meroti : Roti Sarang Lebah

Salam dan Hi Semua..

Hari ni terlebih rajin plus teringin sangat nak mencuba resipi roti sarang lebah yang tengah hot meletop sekarang ni. Nampak seperti remeh proses pembuatannya tapi percayalah memang sangat berbaloi hasilnya. Sedap sehingga menjilat jari.

Resepi dicuba dari blog Azlita Masam Manis 
A) Bahan Roti

Bahan-bahan Doh:

300g tepung roti/ tepung high protein/ tepung superfine ( saya guna tepung high protein)
200g tepung gandum
2 sudu besar susu tepung (saya guna susu tepung nestle omega)
2 sudu besar madu
1 biji telur (saya simpan sedikit untuk gliss)
250ml susu segar (saya guna dutch lady fresh milk)
6g yis segera (saya guna mauripan)
40g gula pasir
40g butter (saya guna buttercup)
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain yogurt

Bahan Gliss:
Sedikit telur
1 sudu besar susu segar

Bahan Topping:
Kuaci Hijau
Kuaci Putih
Kepingan Badam
Bijan Hitam

Cara-cara:

  • Terdapat 2 cara untuk membuat roti, iaitu menggunakan bread maker atau menguli menggunakan tangan. (oleh sebab saya takde bread maker, maka saya uli dengan tangan..hehe)
  • Masukkan kesemua bahan doh dalam bekas adunan (saya campur bahan mengikut jenis, dari kering kemudian cecair, kemudian last sekali lemak) dan uli hingga tidak melekat pada tangan (lebih kurang 35 hingga 45 minit dengan bantuan mr husband..hehe). Kaedah menguli macam kita memberus kain. **saya ayak dulu tepung**
  • Setelah menjadi doh, masukkan doh tadi ke dalam plastik bersih dan ramas untuk 8 hingga 10 minit, kemudian keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan (saya uli dalam 5 minit) sehingga doh menjadi lembut dan elastik.
  • Kemudian, tutup bekas adunan berisi doh dengan plastik wrap atau kain bersih dan perap di tempat yang sedikit hangat (saya perap dalam oven yang tak dihidupkan) selama 40 minit hingga 1 jam untuk doh naik 2x ganda.
  • Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara yang terperangkap.
  • Sapukan butter pada loyang.
  • Bahagikan doh kepada beberapa bahagian (saya buat 30g setiap satu), bulat-bulatkan (**untuk memudahkan proses membulatkan doh, letak doh dalam tapak tangan, rapatkan ibu jari dengan jari lain, kemudian tolak doh keluar melalui jari yang dirapat, anda akan dapat bulatan yang licin dan cantik**) dan susun dalam loyang (**jangan susun terlalu rapat, nanti doh naik terpenyek, jarakkan**) sehingga habis.
Pengembangan doh- letak jauh2 pon mereka merapat taleh berpisah..hehe

  • Tutup loyang dengan kain bersih atau plastik wrap, perap semula supaya doh naik 2x ganda di tempat yang sedikit hangat selama 40 minit.
  • Panaskan oven pada suhu 170 degree celcius (saya guna 180). **loyang juga memainkan peranan dalam penentuan suhu, jika guna loyang non-stick yang warna hitam tu, suhu oven harus direndahkan 20 degree kerana resapan haba lebih tinggi berbanding loyang aluminium, nanti keliling dan bawah bun jadi cepat hitam/hangit**
  • Gliss permukaan bun (jangan sampai meleleh mengenai loyang, nanti bun sukar ditanggalkan dari loyang), taburkan bahan topping (saya guna kuaci hijau dan bijan hitam sahaja), sapukan gliss sekali lagi supaya bahan topping melekat.  **lagi banyak gliss (telur banyak) kita letak, lagi cepat perang permukaan dan rangup, jadi letak berpada ye..hehe**
Proses menghias

  • Bakar bun selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang (15 minit pertama saya guna api bawah sahaja, 5 minit kemudian api atas bawah).
Sedang dibakar

  • Setelah bun diangkat, gliss permukaan bun dengan butter untuk kelihatan berkilat.
  • Pindahkan ke atas pinggan dan tuang sos karamel di atasnya.

Siap..Yeay!!

B) Bahan Sos Karamel/ Butterscoth

2 sudu besar butter
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan krim/ thick krim
1/2 cawan susu segar
1 sudu teh esen vanila
secubit garam

Cara-cara:

  1. Cairkan butter
  2. Masukkan gula perang, masak hingga cair 
  3. Tuangkan krim (saya guna UHT whipping cream brand Paysan Breton), esen vanila dan garam, kacau rata.
  4. Jika sos pekat, tambahkan susu segar sedikit demi sedikit sehingga nampak licin. (saya tak tambah sbb kepekatan dah cukup cantik bagi saya).
  5. Tuangkan atas roti tadi atau boleh jugak dicicah.
**pada cubaan pertama, saya skip letak krim dan gantikan dengan susu segar, bila masuk je susu terus gula perang jadi berketul2 dan kena masak atas api perlahan dengan agak lama sambil terus dikacau untuk gula larut dan sos memekat menjadi perang namun harus berhati2, terlebih perang, sos menjadi pahit**

**cubaan kedua, saya gunakan uht whipped cream (thick cream), selepas masukkan krim, walla gula sebati dengan krim dengan cantik..dan rasanya sangat sedap berbanding menggantikan dengan susu segar, sangat creamy**

**saya gandakan bahan sos butterscoth untuk adunan roti di atas sebab kami suka sos yang melimpah ruah, habis kering sos dicicahnya sampai tak cukup..hehe**

UHT Whipped Cream
UHT whipping cream ini boleh didapati di pasaraya2 seperti econsave, mydin dll, 200ml dalam linkungan harga RM6.00++ ke RM7.00++. Terdapat juga brand lain, saya pilih brand ni  kerana jelas logo halalnya.
SELAMAT MENCUBA..
XOXO

2 comments:

  1. Arini sy dan mak nk try wt roti ni tnpa sifu..hehe 2nd trial
    hope bjaya lah...hehe

    ReplyDelete
  2. Arini sy dan mak nk try wt roti ni tnpa sifu..hehe 2nd trial
    hope bjaya lah...hehe

    ReplyDelete