Salam dan Hi Semua...
Sebut pasal asam pedas mesti kecur liur. Ada banyak versi asam pedas tapi yang paling popular ada 2 jenis iaitu asam pedas utara dan asam pedas selatan. Asam pedas utara tidak menggunakan minyak kerana semua bahan direbus naik manakala asam pedas selatan ditumis dahulu. Kedua-duanya mempunyai keenakan rasa tersendiri.
Resepi Asam Pedas Utara
Bahan-bahan:
Bahan kisar:
6 tangkai cili kering
1 sudu teh jintan manis
1/2 inci belacan
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Bahan lain:
3 ekor ikan kembung
2 keping asam keping
1 batang serai - dititik
Daun kesom
Garam secukup rasa
Cara-cara:
- Masukkan bahan kisar kedalam periuk, masak hingga hilang bau cabai.
- Tambahkan bahan-bahan lain kecuali ikan dan daun kesom, masak sehingga mendidih.
- Masukkan ikan dan daun kesom, masak hingga mendidih sekali lg. Perisakan dengan garam secukup rasa.
- Sedia dihidang.
SEKIAN, XOXO
No comments:
Post a Comment