Monday, 29 June 2015

12 Ramadhan 1436H - Oreo Black Beauty

Salam dan Hi Semua..

Hari ni saya buat laksa Johor tunjuk aje. Hee. Lepas tu beli KFC sorang satu set. Alhamdulillah kenyang. Sebenarnya kan ni pertama kali saya rasa laksa Johor, mungkin lepas ni boleh cuba buat sendiri untuk kepuasan diri..:)

Laksa Johor tunjuk


Setelah berhari-hari bertangguh nak cuba satu biskut ni, hari ini tertunai la hasrat mencuba biskut oreo black beauty. Mula buat dah lambat, tu yang masak lauk tunjuk je..Alasan! Sori en H, esok kita masak ye..Biskut ni serius sedap, patut la ramai yang mencubanya. Memang berbaloi. Rasa seindah rupa dan nama, boleh juga dibuat hantaran.

OREO BLACK BEAUTY
Resepi dicuba dari blog Masam Manis

Oreo Black Beauty


Bahan2:
Bahan A
280g mentega
200g gula castor 

Bahan B
250g tepung gandum
50g serbuk koko
30g tepung jagung
20g biskut oreo -dikisar halus, buang krim
1/2 sudu teh baking powder

Hiasan
Putih telur - x letak
Biskut oreo - dikisar halus, buang krim (~ 50g cukup untuk 1 adiunan)
Coklat masakan putih -dicairkan (saya guna coklat strawberi)
Croquant - x letak

Pukul bahan A hingga kembang
Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
Tekan atas tray hingga habis.
Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
Paip kan dengan coklat putih.

Bulatkan seperti guli
 
Susun dalam paper cup selepas digolek atas oreo

Saya ikut cara blog Masam Manis
  • Doh yang dah siap digentel bulat2 seperti guli dalam anggaran 6-8g.
  • Golekkan atas oreo kisar.
  • Susun dalam paper cup dan bakar.
  • Lorek coklat atas biskut.


No comments:

Post a Comment