Wednesday, 24 June 2015

7 Ramadhan 1436H - Nasi Ayam dan Popia Goreng

Salam dan Hi Semua..

Hari ni buat nasi ayam pula untuk berbuka. Masak simple2 ja, janji makan selera dan habis.

NASI AYAM BONDA

haha..gambar ikut dan..lapor x menyempat


Sup
12 ketul ayam - dibersihkan
2 inci halia - dihiris nipis
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis
1 paket sup bunjut adabi
garam secukup rasa
  • Rebus ayam bersama garam, sup bunjut dan halia hingga empuk.
  • Keluarkan ayam untuk diperap bersama sos tiram dan kicap manis.
  • Keluarkan air secukupnya untuk tanak nasi.
  • Baki sup ditambah bawang dan bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis.
Nasi
3 pot beras
Air sup secukupnya
1 ulas bawang besar*
1 ulas bawang putih*
1 batang serai - diketuk
3 potong halia
2 helai daun pandan - disimpul
bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis
Sedikit butter
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk perencah sup
  • Basuh beras dan rendam seketika.
  • Kisar halus bahan dengan sedikit air* 
  • Cairkan butter, masukkan bahan kisar, halia, rempah 3 sekawan, serbuk kunyit, serbuk sup, serai dan daun pandan. Masak sehingga naik bau dan sedikit garing.
  • Masukkan air rebusan ayam secukupnya.
  • Selepas air mendidih, masukkan beras dan pindahkan periuk ke dalam rice cooker.
  • Selepas nasi masak, gemburkan nasi.
Sos
3 biji cili hidup
6 biji cili padi
2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula
sos tomato
sos cili
  • Kisar cili hidup dan cili padi hingga hancur
  • Masukkan ke dalam periuk berserta cuka, masak hingga hilang bau cili
  • Tambahkan gula dan sos, biarkan mereneh hingga sos sedikit pekat.
Kicap
Sos tiram
Kicap manis
  • Setelah ayam siap diperap dalam 30 minit, gorengkan ayam. Goreng kejap je.
  • Bahan perapan ayam dimasukkan dalam periuk bersama sedikit air dan dimasak hingga mendidih.

POPIA GORENG



Bahan2:
Kulit popia secukupnya - saya guna jenama KG Pastry
1 biji lobak merah - diparut
1/4 biji sengkuang - dihiris mancis
100g daging kisar
serbuk lada hitam
garam
2 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris

Bahan lain:
Bancuhan tepung gandum dengan air - untuk lekatkan kulit popia
Sos pencicah - boleh buat sendiri tapi saya guna sos cili manis Mae Pranom

Inti popia

  •  Tumiskan bawang hingga naik bau
  • Masukkan daging kisar dengan sedikit air dan lada juga garam, masak hingga daging empuk.
  • Setelah hampir kering, masukkan lobak dan sengkuang.
  • Selepas sedikit layu, tutup api dan biarkan inti sejuk.
  • Letak inti atas kulit popia, gulungkan dan lekatkan hujung dengan bancuhan tepung gandum.
  • Buat sampai habis ~ adunan ni dapat dalam 14 biji popia.
  • Goreng, sedap dimakan semasa panas.


No comments:

Post a Comment