Salam dan Hi Semua
Hari nie berkesempatan ke kelas brownies anjuran Kolej Komuniti, dengan bayaran RM20 sahaja. Pertama kali join kursus pendek ni, lepas ni nak join lagi menambah ilmu dan kemahiran..Hehe...Dan pertama kali juga makan brownies..sedap rupanya!
BROWNIES
Resepi oleh : KKBB
Bahan2 (500g):
125g chocolate coin / bar (30% choc @ bitter sweet)
125g butter
2 biji telur gred B
150g gula kastor
160g tepung gandum ros (kedai bakeri 1kg ~RM2.90)
5g baking powder
5g serbuk koko
100g walnut cincang (boleh gantikan dengan almond @ kekacang lain)
Bahan choc ganache:
200ml susu full cream
200g chocolate bar
Cara-cara:
- Oles loyang dengan butter, alas dengan kertas minyak.
- Panaskan oven pada suhu 180 degree.
- Cairkan coklat dalam microwave selama 1 minit, kemudian tambahkan butter dan kacau sebati. Boleh juga cairkan coklat menggunakan kaedah double boil.
- Tepung diayak bersama baking powder dan serbuk koko. Ketepikan.
- Pukul telur dan gula dengan kelajuan rendah sehingga kembang (~ 15 saat). Masukkan campuran coklat dan butter tadi, pukul sebati dengan kelajuan rendah.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil adunan dipukul sebati dengan kelajuan rendah.
- Biarkan seketika, kemudian tambahkan walnut dan kacau sebati dengan spatula @ senduk.
- Tuang adunan ke dalam loyang, ratakan dan ketuk2 loyang.
- Bakar dengan api atas bawah selama 35-40 minit.
- Setelah masak, sejukkan brownies atas redai, kemudian boleh dihias dengan ganache.
- Didihkan krim, tutup api.
- Masukkan choc bar, kacau sehingga choc larut dan sebati.
- Tuang atas brownies.
Oleh sebab oven ade 2 saja yang berfungsi dengan baik dan kami ada 6 group...jadi jenuh la tunggu turn nak bakar..pas siap bakar dah lambat nak proses ganache nya..bawa balik brownies camtu je la...kejar nak tgk sea games...eheheh..
Balik tu try buat sendiri ganache...guna resepi lain dari blog Masam Manis
100ml uht whipping cream
100g coklat compound @ bar
10g syrup glucose
100ml uht whipping cream
100g coklat compound @ bar
10g syrup glucose
- Didihkan whipping cream bersama syrup glucose.
- tuangkan ke dalam bekas berisi coklat bar yang telah dipotong kecil2..
- kacau sebati
- tuangkan atas brownies
Sedap!
No comments:
Post a Comment