Friday, 22 May 2015

Visit Terengganu: Pulau Redang Part 1


Salam dan Hi Semua...

Pulau Redang! Akhirnya kami sampai juga ke sini pada 18- 21 Mei 2015. Kami pilih menginap di Laguna Redang Island Resort selama 4H3M. Harus paling kurang 3 malam..tu pun rasa tak cukup...hehe..

Malam sebelum tu kami transit di DJ Citi Point Hotel, hotel ni betul2 tengah pekan menghadap Pasar Payang. Boleh jalan kaki je, cuma parking tak disediakan ye, pandai2 la cari. Susah..sentiasa penuh. Kami ambil standard room rm74 1 malam. Selesa dan agak luas.

Bilik 220 di tingkat 3 naik tangga T_T

So pepagi bangun, siap2, en H turun beli breakfast (gigih naik turun tangga..haha), breakfast nasi lemak siap2 dalam bilik dan checkout. Pukul 8.30 pagi kami dah ada kat Jeti Shahbandar. Memula dulu confius jugak la mana la jeti nya, tak nampak signboard. Rupanya taman shahbandar tu la kawasan parking nak ke jeti nya, betul2 hadap pos office. Parking sini sehari RM6. Tak berbumbung. Sebelah tu jeti.

Sampai di Jeti, kami ke kaunter Laguna ambil boarding pass dan juga beli tiket taman laut RM5 sorang. Kat sini ada hotel yang mempunyai kaunter feri sendiri. So kena la pandai2 tengok. Laguna punya feri ada 2 masa je sehari, pukul 9.30am dan 12pm je. Masa booking online kat website dia kita boleh pilih nak feri pukul berapa.  Kami booking melalui customer service diorang, service memang tiptop. Cepat je reply kita punya enquiries. Kalau datang masa weekdays, boleh dapat 10% gov rate provided kita attach sekali salinan kad kerja kita. Lepas da beli semua, masuk dalam ruang menunggu. Huh, x sabar!

Doorstep to paradise

Oh ya, kat jeti dan pulau xde mesin ATM ye, jadi sediakanlah duit secukupnya sebelum ke sini. Tunggu tak lama, Laguna feri pon sampai.

Beg Pink Langkawi
Sebelum naik feri, beg kita akan di tag. Tayah risau pasal beg, diorang uruskan. Cuma jangan hilangkan salinan tag tu, kang korang tinggal sehelai sepinggang kat pulau sebab takleh collect beg..hahahaha.

Sebelum naik feri
Perjalanan ke pulau ambil masa dalam 1 jam 30 minit. Sempat la lena. Pukul 11am sampai pulau. Wohaa..eh, apasal laut tak crystal clear pon. Mana paradise nya. Tertanya2 kan.


Yeay! We are here

Sampai2, kita kena dengar taklimat. Short briefing kat waiting hall. Staff dia gtau 'dont worry, this is not paradise yet, paradise is at the other side..ni kawasan jeti Laguna" Haha, mesti dia tau kami tertanya2, dah bayar mahal2 kan. Oh..gitu rupanya..kami diberitahu pakej yang ada, kemudahan2, do and don't dll.


Briefing session @ waiting hall

Lepas tu naik tram ke lobby hotel. Nak jalan kaki pon boleh, tapi da ada kemudahan guna aje la..heheh..Sementara tunggu nak check in kami disajikan dengan welcoming drink diorang. Sedap! tengah2 terik ni memang la nyaman rasa. Bagi yang bilik dah ready boleh la masuk awal. Bilik kami x ready lagi, so kena tunggu dan lunch dulu.

Lobby

Air Limau Asam Boi..sedap!

Pukul 12...buffet lunch kt Sang Suria Restaurant kt tingkat atas lobby. Masa check in tadi akan dapat slip meal...sebelum naik tangga, tunjuk slip ni dan korang akan dapat 1 kad bertulis no meja. So duduk la kt meja tu. Tapi act boleh je tukar meja kalau2 meja korang terik ka masa tu, just inform staff dia. Pilihan makanan sangat2 la banyak. Lauk agak2 dalam 10 jenis. Tak termasuk pelbagai jenis dessert, roti, kek, kuih, sup, buah, jeruk, salad. Western food pon ade. Makan la sampai buncit..hehe..

View dari Sang Suria, memang paradise. Subhanallah!

Pelbagai pilihan makanan
Sang Suria Restaurant


Dah kenyang, turun bawah, ambil kunci kat reception, collect bag dan mari la ke bilik. Kami ambil pakej 4D3N deluxe seaview full board. Request ground floor. Banyak pilihan bilik, dari standard room, garden view, pool view dan sea view. Ada penambahan blok blok bilik baru kat area ke jetty. Rasanya deluxe garden.

Bilik kami yang bertanda love merah..heheh


Amboi2 en H..hehe
Masuk2 terus terjah balkoni. Woohoo..Cantiknya view. X rugi la ambil bilik ni. Berbaloi2..Terima kasih en H..dia tau saya sangat suka pulau dan laut. Kalau ke pulau wajib ambil seaview punya bilik. Excited kuasa 100 isteri dia ni.

View dari balkoni bilik 103

Meh tengok dalam bilik pulak..Bilik yang sangat luas.. Ada 1 katil double dan 2 katil single. Sesuai untuk family. Rasanya semua bilik di sini sama je dalam dia yang beza hanya lah view.







Rehat2 kejap..lepas tu siap2 untuk snorkeling trip. Nak bawa hp masukkan dalam waterproof bag. Gantung kat leher. Kami beli bag ni masa kat Lipe. Berbaloi. Dan jangan lupa bawa sekali makanan untuk ikan. Kami bawa ni, ada orang jual masa kat Masjid Terapung KT. Beli siap2..hehe..

Beli dalam plastik, masukkan dalam botol, bahagikan untuk 3 hari

Ini antara itinerary untuk 3H2M. Oleh sebab kami ambil 4H3M, so malam ke 3 kami pilih untuk makan steamboat, di Sri Serai Restaurant.

Package Itinerary
DAY 1
Arrival By flight/coach/self drive
Airport or bus terminal pick up/Transfer to Jetty for registration (boarding pass)
09:30AM/12.00PM Boat transfer to Laguna Redang / Meet & briefing at Arrival Hall / Welcome drink served
12.00PM-02.30PM Buffet lunch at Sang Suria Restaurant
02.00PM Check in
02.45PM Assemble at the Laguna Jetty Area for Short Safety Briefing
03.00PM Depart for Snorkeling trip
07.00PM-09.30PM Buffet/BBQ Dinner at Sang Suria Restaurant
DAY 2
07.00AM-10.00AM Buffet breakfast at Sang Suria Restaurant
09.15AM Assemble at the Laguna Jetty Area for Short Safety Briefing
09.30AM Depart for Snorkeling Trip
12.00PM-02.30PM Buffet lunch at Sang Suria Restaurant
02.45PM Assemble at the Laguna Jetty Area for Short Safety Briefing
03.00PM Depart for Snorkeling Trip
07.00PM-09.30PM Buffet/BBQ Dinner at Sang Suria Restaurant
DAY 3
07.00AM-10.00AM Buffet breakfast at Sang Suria Restaurant
09.00AM/11.30AM Check out/Boat transfer to Jetty



Odw ke Jetty singgah dulu di recreation centre sewa life jacket dan peralatan snorkelling. Sorang Rm16. Kalau power mask sorang Rm40. Power mask ada sampai power 700. Boleh charge ke bilik. Senang! Bayaran sewa ni sekali bayar je, simpan la kat korang sampai sebelum nak balik baru pulangkan.

Snorkelling petang ni di laut dalam, di Pulau Ekor Tebu. Sapu sun block banyak2 ye, dengan en H saya sapu..Sebelum naik bot, berkumpul di Laguna dive centre dengar taklimat. Snorkelling guidance Laguna ni semua mesra alam. Ada Abalone, Jelly Fish, Donut, masa ni baru la tau cara pemakaian snorkel mask dengan betul. Masa kat Lipe xde taklimat, untuk 1st timer masa tu memandai2 la kau. Dan juga tips untuk elakkan mask kita dari berwap @ fogging sebelum guna sapukan ubat gigi pada bahagian dalam mask dan biarkan kering sampai la kita masuk air. Tapi saya bilas sebelum guna. Heheh.



Snorkeling pertama ni saya tak berapa confident lagi, banyak barpaut kat en H ja, tapi saya dah pandai apungkan badan. Masa kat Lipe asik nak terlentang la tertiarap la..ahahaha. Saya ikut en H dalam 30 minit pastu saya naik bot balik. Kesian en H susah nak explore kalau saya ngekor.hehe.

So kat sini kalau kita tak bawa waterproof camera boleh sewa kat recreation centre dia. Tak pon minta je encik snorkeling guidance ni ambilkan gambar. Diorang provide servis underwater photography. Senyum, buat gaya, nanti diorang tenggelamkan korang. Heheh. Pastu nanti malam pergi la recreaction centre pilih gambar yang korang nak. Diorang burn siap2 dalam CD. 1 softcopy rm7.50.

Penat snorkelling kat laut dalam, balik tu kami sambung snorkelling depan hotel lak sampai la pukul 7 malam. Masa ni baru saya pandai dan yakin dengan peralatan snorkel saya. Syoknya. Sini pon banyak ikan. Dan juga coral. Tapi kena hati2 sebab air cetek kan, kaki saya luka terkena coral.

Snorkel depan hotel

Balik bilik bersihkan diri dan pergi dinner. Makan banyak2 sebab kelaparan. Malam tu kami jalan2 di pesisir pantai sampai ke Redang Beach Resort dan lepak kat hammock diorang. Hotel kat sini bersebelahan antara satu sama lain. Sebelah kanan Laguna, ada Redang Reef, sebelah kiri Redang Beach, Redang Lagoon etc. Redang Beach ni agak bising la dengan beach bar dia dengan music ala disco..Redang lagoon pon banyak hammock, suasana redang lagoon ala kampung dengan chalet kayu, sunyi je malam2.







































No comments:

Post a Comment