Hari ni cubaan pertama buat bakso, resipi dirujuk dari blog sifu Azlita Masam Manis. Simple je sebenarnya bakso ni, dalam sejam da sedia untuk dinikmati.. Rasa dia memang sedap, kecur liur..:)
BAKSO SEDAP
Bahan-bahan:
1 bungkus mihun - direndam dalam 30 minit, celur sekejap dalam air mendidih
Taugeh
Kobis - hiris halus
Daun sup daun bawang - hiris
Bawang goreng
Bebola daging
400g daging cincang
2 ulas bawang merah - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 biji telur - 1 biji dikocok tapi ambil 1/2 sahaja
2 st tepung jagung / tepung ubi
1 st serbuk lada sulah
garam secukup rasa
- Satukan semua bahan, gaul rata. Bulat-bulatka sebesar guli. Ketepikan.
1/2 kg tulang - optional
2 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia
2 st lada sulah
1 batang serai - diketuk
1 kiub pati daging
1 bungkus sup bunjut - optional
garam secukup rasa
- Mula-mula rebus dulu tulang hingga empuk. Saya guna pressure cooker lebih kurang 30 minit.
- Dalam kuali berasingan, panaskan minyak, tuis bawang, halia dan serai hingga wangi, kemudian masukkan ke dalam air rebusan tulang tadi.
- Masukkan sup bunjut, kiub daging dan perisakan dengan garam secukupnya.
- Bila dah mendidih, masukkan bebola daging tadi. Bebola daging akan timbul dipermukaan kuah apabila masak.
- Biar renih sekejap kuah bakso kita.
Boleh juga buat sendiri kuah kicapnya.
Kuah kicap
30 biji cili padi
1 sb gula
2 ulas bawang putih
Kicap manis secukupnya
- Kisar semua bahan hingga halus.
10 biji cili padi
cuka makan secukupnya
- Kisar bahan bersama.
No comments:
Post a Comment