Wednesday, 3 February 2016

Tomyam Tanpa Pes

Salam dan Hi Semua..

Hari ni menu makan malam saya dan suami mudah saja. Tomyam ayam dan juga telur dadar. Bertambah makan. Apa yang saya suka tentang tom yam ni adalah sangat senang, bahan yang digunakan pon tak banyak, memang sedia ada di rumah dan yang paling utama tanpa pes. Bukan apa, selama ni saya macam tak berkenan dengan pes sedia ada, macam tak sesedap makan tomyam di kedai. Hehe. Terima kasih kepada empunya resepi, Puan Norhaslina Abdul Halim.

TOM YAM AYAM

Tomyam Ayam

Bahan-bahan:

Bahan kisar:
1 biji tomato - saya letak 2 biji
1 biji bawang besar 

Bahan lain:
1 sudu makan minyak 
3 batang serai - dititik
Ayam secukupnya
lobak merah
bunga kobis 
4 biji bawang besar - dibelah baji (belah 4)
4 biji tomato - dibelah baji (belah 4)
limau nipis/ kasturi - saya guna 2 biji
daun limau purut
garam dan gula secukupnya
10 tangkai cili padi - diketuk
daun ketumbar untuk hiasan
  • Kisar bahan kisar bersama sedikit air
  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai hingga naik minyak.
  • Selepas garing, masukkan ayam dan juga sayur keras seperti lobak merah. (kalau nak masuk seafood, masukkan lambat sikit takut liat). 
  • Masukkan air ikut suka banyak mana nak kuah. Rebus naik semua bahan.
  • Setelah mendidih, masukkan perahan limau nipis. Perasakan dengan garam dan gula.
  • Masukkan bunga kobis.
  • Agak-agak empuk, masukkan bawang besar, tomato, cili padi dan daun limau purut.
  • Untuk dapat rasa tomyam sebenar seimbangkan rasa masam, pedas dan sedikit manis bawang.
  • Hiaskan dengan daun ketumbar.

No comments:

Post a Comment