Tuesday, 16 February 2016

Cencaru Sumbat

Salam dan Hi Semua...

Makan malam kami simple je hari ini. Ikan cencaru sumbat digandingkan dengan sayur kangkung dan kicap. Heheh.. Resipi cencaru ini dari bonda saya. Suami saya pantang jumpa ikan cencaru sumbat ni, dia pulun habis-habisan. :)

CENCARU SUMBAT

Cencaru Sumbat


2 ekor ikan cencaru - dibelah tengah, dibersihkan
2 tangkai cili merah
6 tangkai cili padi
belacan
air asam jawa secukupnya
1 ulas bawang merah
1 batang serai - hiris nipis
sedikit serbuk kunyit
sedikit aji
garam secukupnya
  • Lumur cencaru dengan garam kunyit
  • Bahan lain kisar separa hancur, air asam jawa agak2 jangan cair sangat ye, buat macam sambal belacan.
  • Sumbat sambal dalam belahan ikan cencaru.
  • Goreng

Sunday, 7 February 2016

Donut

Salam dan Hi Semua..

Pagi ni saya buatkan donut untuk sarapan kami suami isteri. Resepi dicuba dari blog Masam Manis. Resepi ni berbeza dengan resepi donut saya cuba sebelum ini. Saja suka-suka cuba resepi lain pulak.. Hihi. Katanya sumber asal resepi ini adalah dari Chef Asma.

DONUT

DONUT


Bahan-bahan:
500g tepung roti / tepung high protein / tepung gandum (sebaiknya tepung roti)
1 sudu besar bread softener ( optional)
2 sudu besar susu tepung
60g gula halus
1/2 sudu kecil garam
200ml air sejuk dari peti ais
2 biji telur
1 sudu besar susu pekat manis
60g mentega
10g atau 1 paket mauripan

minyak menggoreng terendam
gula kastor atau gula aising untuk menyalut donut
  • Saya gunakan bread maker untuk sediakan donut ini.
  • Masukkan kesemua bahan seperti arahan ke dalam BM (kecuali minyak dan gula salut donut), set pada doh, lepas 1 jam 30 minit siap.
  • Tumbuk doh untuk keluarkan angin.
  • Bulatkan dalam 40g setiap satu, dapat dalam 30 biji donut.
  • Rehatkan kejap dalam 10 minit dalam ruang yang sedikit hangat seperti dalam oven yang tak di on.
  • Tekan-tekan bagi penyet sikit, tebuk lubang tengah-tengah.
  • Panaskan minyak dan boleh goreng. (minyak jangan panas sangat sebab dia cepat hangus, tapi jangan tak cukup panas pulak nanti serap minyak).
  • Balik-balik kan donut supaya masak sekata.
  • Salutkan gula semasa masih panas:
    • letak gula dalam plastik beg
    • masukkan 2-3 ketul donut, goncang biar gula bersalut pada donut

Wednesday, 3 February 2016

Tomyam Tanpa Pes

Salam dan Hi Semua..

Hari ni menu makan malam saya dan suami mudah saja. Tomyam ayam dan juga telur dadar. Bertambah makan. Apa yang saya suka tentang tom yam ni adalah sangat senang, bahan yang digunakan pon tak banyak, memang sedia ada di rumah dan yang paling utama tanpa pes. Bukan apa, selama ni saya macam tak berkenan dengan pes sedia ada, macam tak sesedap makan tomyam di kedai. Hehe. Terima kasih kepada empunya resepi, Puan Norhaslina Abdul Halim.

TOM YAM AYAM

Tomyam Ayam

Bahan-bahan:

Bahan kisar:
1 biji tomato - saya letak 2 biji
1 biji bawang besar 

Bahan lain:
1 sudu makan minyak 
3 batang serai - dititik
Ayam secukupnya
lobak merah
bunga kobis 
4 biji bawang besar - dibelah baji (belah 4)
4 biji tomato - dibelah baji (belah 4)
limau nipis/ kasturi - saya guna 2 biji
daun limau purut
garam dan gula secukupnya
10 tangkai cili padi - diketuk
daun ketumbar untuk hiasan
  • Kisar bahan kisar bersama sedikit air
  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai hingga naik minyak.
  • Selepas garing, masukkan ayam dan juga sayur keras seperti lobak merah. (kalau nak masuk seafood, masukkan lambat sikit takut liat). 
  • Masukkan air ikut suka banyak mana nak kuah. Rebus naik semua bahan.
  • Setelah mendidih, masukkan perahan limau nipis. Perasakan dengan garam dan gula.
  • Masukkan bunga kobis.
  • Agak-agak empuk, masukkan bawang besar, tomato, cili padi dan daun limau purut.
  • Untuk dapat rasa tomyam sebenar seimbangkan rasa masam, pedas dan sedikit manis bawang.
  • Hiaskan dengan daun ketumbar.

Saturday, 30 January 2016

Nasi Lemak Bonda

Salam dan Hi Semua...

Malam ni saya sediakan siap-siap sarapan untuk esok pagi. Buat makan berat sikit, nasi lemak resepi bonda saya sebab esok seharian saya ada kursus. Jadi masa lunch tu boleh la lari balik rumah dan makan. Hehe. En suami pon ada kursus pagi esok, kena gerak awal. Resepi nasi lemak bonda saya ini unik kerana tidak menggunakan santan. Resepi turun temurun dari arwah tok kami.

NASI LEMAK BONDA

 
Nasi Lemak Bonda


Nasi

2 pot beras- dicuci dan direndam seketika
2 ulas bawang merah - dihiris*
1 ulas bawang putih - dihiris*
4 potong halia*
sedikit bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis*
sedikit minyak
2 helai daun pandan - disimpul*
Air secukupnya
garam dan aji secukupnya
  • Panaskan sedikit minyak dalam pot nasi, tumis bahan * sehingga naik bau.
  • Masukkan air secukupnya bersama garam dan aji. Biarkan mendidih.
  • Masukkan beras, pindahkan ke dalam rice cooker.
 Sambal Tumis Bilis

Segenggam lebih ikan bilis
20 tangkai cili kering - rendam seketika dalam air panas*
1/2 inci belacan - dibakar dulu*
2 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1 ulas bawang besar - dihiris
air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukupnya
minyak
  • Panaskan minyak dalam kuali, basuh ikan bilis, goreng hingga rangup. Angkat dan ketepikan.
  • Kisar bahan *
  • Gunakan sedikit minyak goreng bilis tadi, tumis bawang merah dan putih hingga naik bau, masukkan bahan kisar. 
  • Setelah pecah minyak, masukkan gula di ikuti air asam jawa dan bawang besar.
  • Selepas mendidih , masukkan bilis goreng tadi.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa.
Hidangkan bersama telur mata dan juga hirisan timun.


Wednesday, 27 January 2016

Chicken Chop Black Pepper Sauce

Salam dan Hi Semua..

Ok. Hari ni tekak teringin nak makan western. Ni ngengada lepas balik dari makan kat Puncak Mutiara Cafe Kg Pelek baru-baru ni la. Hehe. Ayam pon dah beli siap yang boneless. Barang dah ada, boleh la buat chicken chop digandingkan dengan sos lada hitam, coleslaw dan pototo wedges.

CHICKEN CHOP with BLACK PEPPER SAUCE

Chicken Chop


A. Chicken Chop
resepi dicuba dari namee roslan

Bahan-bahan:
3 keping ayam boneless
2 biji telur
1/2 sudu besar lada hitam serbuk
1/2 sudu besar lada putih serbuk
tepung beras secukupnya
bread crumbs secukupnya - saya guna brand Meriah perisa cajun spice
  • Tumbuk ayam guna lesung batu untuk lebarkan dan nipiskan sikit ayam.
  • 2 biji telur disatukan dengan lada hitam dan putih.
  • Celupkan ayam ke dalam bancuhan telur, kemudian celup pula ke dalam tepung beras biar salut rata, kemudian celup semula dalam bancuhan telur. Dan last sekali celup ke dalam bread crumbs sampai bersalut rata.
  • Goreng deep fry.
  • Celup seketul goreng, celup lagi seketul goreng dan seterusnya. 
B. Sos Black Pepper
resepi dicuba dari Lina Pg

Bahan-bahan:
2 sudu besar mentega
1 biji bawang holland - didadu
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
4 sudu besar tepung gandum
3 cawan air atau lebih
1 kiub ayam
4 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis (untuk gelapkan sos)
sedikit oregano
  • Cairkan mentega. Tumis bawang holland hingga layu dan wangi.
  • Masukkan lada hitam kasar tadi, tumis sekejap.
  • Masukkan tepung gandum ( x perlu bancuh dengan air). Kacau selalu supaya tak bergentel.
  • Masukkan air, kacau sebati (guna hand whisk lagi mudah). Masukkan kiub ayam.
  • Masukkan sos lada hitam, sos tiram, kicap. Kacau sebati. Jika pekat tambahkan air.
  • Masukkan oregano. Renehkan sebentar.
  • Sesuaikan rasa.
C. Coleslaw

Untuk coleslaw boleh lihat resipi di SINI.

D. Potato wedges
Resepi dicuba dari Dari dapur Madiha
 
Bahan-bahan:
6 biji kentang russet (sebaiknya) - saya guna kentang biasa
1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
3/4 cawan + 2-3 sudu air (kalau suka cair boleh tambah sehingga 1 cawan air)
1 biji telur gred A
1 sudu besar rempah kari ayam/ daging - saya guna kari ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
garam secukupnya
minyak menggoreng secukupnya
  •  Cuci kulit ubi hingga bersih dgn gunakan span. Rebus setengah masak. cara uji: cucuk dengan garfu, jika kentang tersodok kira-kira suku kedalaman kentang, dah boleh angkat. Sejukkan kentang. Potong kepada 8 bahagian (kalau kecil 6 bahagian).
  • Campurkan semua tepung dan bahan kering dalam 1 bekas, kacau sebati. Campurkan air dan telur, gaul sebati.
  • Panaskan minyak, celup kentang dalam adunan tepung, goreng deep fry hingga garing kekuningan.
  • Angkat dan toskan.
**abaikan wedges saya di atas, mungkin bancuhan tepung saya pekat sampai wedges saya dah rupa pisang goreng..hehe**

Monday, 25 January 2016

Sambal Manis Paru

Salam dan Hi Semua...

Menu makan malam kami adalah sambal manis paru bersama sayur campur. Selalu kalau jumpa lauk ni kat kedai mesti ambil sikit. Ini adalah cubaan pertama masak paru sebenarnya. Sekali hadap habis. En suami suka..:) Terima kasih kepada empunya resepi Mizan As-Syatirie.

SAMBAL MANIS PARU

Sambal Manis Paru


Bahan-bahan:

500g paru - saya buat 300g
segenggam lada kering* - saya guna 15 tangkai  - rebus @ rendam dalam air panas
5 ulas bawang merah* - saya guna 3 ulas
4 ulas bawang putih* - saya guna 2 ulas
Halia sebesar ibu jari*
1 batang serai - dihiris*
5-6 potong halia
6 sudu besar gula pasir - saya guna 3 sudu besar
3 sudu besar gula melaka - saya guna 1 1/2 sudu
4 sudu besar sos tomato - saya guna 2 sudu besar
2 sudu besar kicap manis - saya guna 1 sudu besar
garam dan aji secukupnya

Cara-cara:
  1. Rebus paru seketul tu dengan halia dan sedikit garam sampai masak (saya rebus dalam 20 minit), angkat dan toskan. Bila dah sejuk hiriskan nipis-nipis. Perap dengan garam kunyit dalam 1/2 jam. Lepas tu goreng dalam minyak banyak sampai garing. Angkat dan toskan.
  2. Kisar bahan bertanda *
  3. Panaskan 2 senduk minyak goreng paru tadi, masukkan sedikit gula.
  4. Masukkan bahan kisar dan gaul sampai garing. api jangan besar sangat. Gaul perlahan-lahan.
  5. Bila dah terbit minyak dan garing, masukkan gula pasir dan gula melaka. Gaul lagi dengan api kecil sehingga betul-betul garing.
  6. Masukkan sos dan kicap. 
  7. Tambah garam dan aji secukup rasa.
  8. Masukkan paru goreng tadi, gaul sebati. SIAP!



Lagi lagi Pizza Homemade - Gila Pizza

Salam dan Hi Semua...

Suami kata dia sukakan pizza base resepi memula dulu.. tapi topping sukakan yang sebelum ni. Berakhir sudah pencarian untuk dapatkan pizza homemade yang kena dengan selera kami. Lepas ni akan stick dengan resepi ini. Hehe. Terima kasih kepada semua yang saya cuba resepinya..:)

Lagi-lagi Pizza Homemade

Pizza Homemade

Bahan Doh (dapat 2 pan pizza 9")
170ml air
300g tepung gandum
1/4 sudu teh garam
10g gula
1 1/2 sudu besar madu
20g mentega
6g yis segera
  •  Uli tangan: Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus menggaul hingga jadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudin, bulat2kan dan biar 45 minit hingga doh naik 2x ganda.
  • Breadmaker: Masukkan kesemua bahan kedalam bread maker mengikut turutan kemudian set untuk fungsi doh, tekan ON, selepas 1 jam 30 minit doh siap.
Saya guna bread maker je.
  1. Lepas doh siap diuli, tumbuk doh untuk keluarkan angin.
  2. Panaskan oven pada suhu 190C.
  3. Sediakan pan pizza saiz 2 x 9". Lengserkan dengan olive oil atau mentega.
  4. Ratakan doh ke atas pan dengan menggunakan tapak tangan. Nak canai pon boleh.
  5. Cucuk permukaan doh dengan garfu. Rehatkan 10 minit. Bakar selama 7 minit. Keluarkan.
  6.  Sapu sos prego dan mayonis ke serata permukaan doh diikuti bahan topping. Tuangkan krim keju dan taburkan keju parut.
  7. Saya suka topping yang banyak, saya taburkan lagi bahan topping, diikuti krim keju dan keju parut perfect italiano pizza plus..
  8. Bakar pada suhu 190C selama 20 minit atau sehingga keperangan.
  9. Yummy!

Bahan topping/ filling: (2 large pizza)
400g daging cincang - sy guna 300g je
3 ulas bawang putih  (dicincang)
1 labu bawang besar  (didadu kecil)
1/2 botol sos spagetti lada hitam @ lain-lain - sy guna 5 sudu besar sos preggo tradisional
sedikit garam dan gula
3 sudu besar mentega - sy guna 2 sudu besar je
  1. Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai perang.
  2. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan ia kering seketika.
  3. Kemudian masukkan bahan selebihnya. Kacau hingga pekat atau kering.
  4. Step ni sy tambah, saya sendengkan kuali, biarkan minyak lebihan turun, ambil daging je.
Bahan sos keju : (2 large pizza)
1 sudu besar mentega
1 1/2 cawan susu segar
100g cream cheese
1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
sedikit lada sulah
sedikit gula dan garam
  1. Cairkan mentega di dalam periuk/ saucepan. 
  2. Masukkan susus dan  krim keju. Kacau hingga kejuu hancur.
  3. Masukkan bancuhan tepung gandum, lada, gula dan garam.
  4. Kacau hingga pekat.
 **jika tak nak menggunakan sos keju, boleh je skip, ok. Tapi kalau letak, lagilah makan bertambah-tambah. Enak bangat!!**

Bahan topping lain:
sedikit oregano kering
hirisan nenas
hirisan sosej
hirisan bawang besar
hirisan capsicum
lain-lain ikut suka