Monday 25 January 2016

Lagi lagi Pizza Homemade - Gila Pizza

Salam dan Hi Semua...

Suami kata dia sukakan pizza base resepi memula dulu.. tapi topping sukakan yang sebelum ni. Berakhir sudah pencarian untuk dapatkan pizza homemade yang kena dengan selera kami. Lepas ni akan stick dengan resepi ini. Hehe. Terima kasih kepada semua yang saya cuba resepinya..:)

Lagi-lagi Pizza Homemade

Pizza Homemade

Bahan Doh (dapat 2 pan pizza 9")
170ml air
300g tepung gandum
1/4 sudu teh garam
10g gula
1 1/2 sudu besar madu
20g mentega
6g yis segera
  •  Uli tangan: Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus menggaul hingga jadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudin, bulat2kan dan biar 45 minit hingga doh naik 2x ganda.
  • Breadmaker: Masukkan kesemua bahan kedalam bread maker mengikut turutan kemudian set untuk fungsi doh, tekan ON, selepas 1 jam 30 minit doh siap.
Saya guna bread maker je.
  1. Lepas doh siap diuli, tumbuk doh untuk keluarkan angin.
  2. Panaskan oven pada suhu 190C.
  3. Sediakan pan pizza saiz 2 x 9". Lengserkan dengan olive oil atau mentega.
  4. Ratakan doh ke atas pan dengan menggunakan tapak tangan. Nak canai pon boleh.
  5. Cucuk permukaan doh dengan garfu. Rehatkan 10 minit. Bakar selama 7 minit. Keluarkan.
  6.  Sapu sos prego dan mayonis ke serata permukaan doh diikuti bahan topping. Tuangkan krim keju dan taburkan keju parut.
  7. Saya suka topping yang banyak, saya taburkan lagi bahan topping, diikuti krim keju dan keju parut perfect italiano pizza plus..
  8. Bakar pada suhu 190C selama 20 minit atau sehingga keperangan.
  9. Yummy!

Bahan topping/ filling: (2 large pizza)
400g daging cincang - sy guna 300g je
3 ulas bawang putih  (dicincang)
1 labu bawang besar  (didadu kecil)
1/2 botol sos spagetti lada hitam @ lain-lain - sy guna 5 sudu besar sos preggo tradisional
sedikit garam dan gula
3 sudu besar mentega - sy guna 2 sudu besar je
  1. Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai perang.
  2. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan ia kering seketika.
  3. Kemudian masukkan bahan selebihnya. Kacau hingga pekat atau kering.
  4. Step ni sy tambah, saya sendengkan kuali, biarkan minyak lebihan turun, ambil daging je.
Bahan sos keju : (2 large pizza)
1 sudu besar mentega
1 1/2 cawan susu segar
100g cream cheese
1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
sedikit lada sulah
sedikit gula dan garam
  1. Cairkan mentega di dalam periuk/ saucepan. 
  2. Masukkan susus dan  krim keju. Kacau hingga kejuu hancur.
  3. Masukkan bancuhan tepung gandum, lada, gula dan garam.
  4. Kacau hingga pekat.
 **jika tak nak menggunakan sos keju, boleh je skip, ok. Tapi kalau letak, lagilah makan bertambah-tambah. Enak bangat!!**

Bahan topping lain:
sedikit oregano kering
hirisan nenas
hirisan sosej
hirisan bawang besar
hirisan capsicum
lain-lain ikut suka






No comments:

Post a Comment