Berpizza lagi saya harini..Masih mencari pizza yang kena dengan selera kami suami isteri..Ok hari ini mencuba resepi dari Dayang Jack.
PIZZA Homemade
Bahan-bahan:
Pizza base 1:
2 sudu kecil yis mauripan segera
160ml air suam
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread softener
1 sudu besar olive oil atau mentega cair
- Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih).
- Dalam mangkuk atau bekas lain, campurkan kesemua bahan selebihnya dan gaul/ ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
- Simpan doh dalam bekas agak besar, tutup rapat dengan kain lembab. Rehatkan doh selama 45 - 50 minit.
- Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan pan pizza. Lengserkan dengan sedikit olive oil.
- Keluarkan doh. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin. Letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan tapak tangan. Tidak perlu dicanai, tapi kalau nak boleh juga. Ratakan doh hingga padat.
- Cucuk permukaan doh dengan garfu dan sapukan olive oil di tepi-tepi doh dengan gunakan berus pastri (supaya cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat lebih kurang 10 minit.
- Bakar doh selama 7 - 10 minit. Keluarkan dari oven.
- Ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.
- Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.
Pizza base 2:
2 cawan tepung roti
2 sudu kecil yis mauripan
1 sudu kecil garam galus
1 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar susu tepung
90ml air suam
70ml susu segar
- Satukan kesemua bahan (kecuali susu segar dan air) dalam 1 bekas besar dan gaulkan rata.
- Kemudian tuangkan susu segar dan air. Uli hingga menjadi doh yang elastik.
- Rehatkan doh (tutup dengan kain lembab) selama 1 jam.
- Panaskan oven pada suhu 180C. Tumbuh doh tadi untuk keluarkan angin.
- Lengserkan pan pizza dengan olive oil, canaikan doh ke atas pan tadi, ratakan dan cucuk-cucuk dengan garfu.
- Bakar selama 5 minit. Keluarkan.
- Sapukan sos tomato dan mayonis serata permukaan pizza, diikuti topping. Kemudian tuangkan sos keju di atasnya dan taburkan keju parut dan oregano.
- Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.
Bahan topping/ filling: (2 large pizza)
400g daging cincang - sy guna 300g je
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (didadu kecil)
1/2 botol sos spagetti lada hitam @ lain-lain - sy guna 5 sudu besar sos preggo tradisional
sedikit garam dan gula
3 sudu besar mentega - sy guna 2 sudu besar je
- Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai perang.
- Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan ia kering seketika.
- Kemudian masukkan bahan selebihnya. Kacau hingga pekat atau kering.
- Step ni sy tambah, saya sendengkan kuali, biarkan minyak lebihan turun, ambil daging je.
Bahan sos keju
1 sudu besar mentega
1 1/2 cawan susu segar
100g cream cheese
1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
sedikit lada sulah
sedikit gula dan garam
- Cairkan mentega di dalam periuk/ saucepan.
- Masukkan susus dan krim keju. Kacau hingga kejuu hancur.
- Masukkan bancuhan tepung gandum, lada, gula dan garam.
- Kacau hingga pekat.
**jika tak nak menggunakan sos keju, boleh je skip, ok. Tapi kalau letak, lagilah makan bertambah-tambah. Enak bangat!!**
Bahan topping lain:
sedikit oregano kering
hirisan nenas
hirisan sosej
hirisan bawang besar
hirisan capsicum
lain-lain ikut suka
Nota untuk diri sendiri:
** saya pilih pizza base 2, 1 adunan doh saya buat untuk 1 pan pizza saiz 9", roti tu gebu, mungkin boleh buat 2 adunan kot untuk lebih crispy**
**adunan topping pizza dan juga sos keju boleh buat 2 pan pizza 9"**
** keju parut saya guna perfect italiano pizza plus - keju ni sangat sedap berbanding emborg pizza topping yang saya cuba sebelum ni**
No comments:
Post a Comment