Tuesday, 29 December 2015

Daging Masak Asam

Salam dan Hi Semua..

Hari ni kami masak daging masam asam, buat lebih sikit untuk dimakan pagi esok dengan nasi himpit. Selalunya mak masak daging ni untuk juadah raya. Kalau daging, memang wajib masak asam. Lain tak mau..Hehe. 

DAGING MASAK ASAM

Daging Masak Asam


Bahan-bahan:
400g daging - dihiris kecil
10 tangkai cili kering*
1 sudu kecil jintan manis*
2 biji buah keras*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis
1 batang serai - diketuk 
1 sudu besar gula @ secukupnya
garam secukupnya
air asam jawa
1/2 cawan susu cair
daun sup daun bawang @ daun kunyit - racik halus
  • Rendam cili kering, jintan manis dan buah keras dalam air panas hingga cili kembang.
  • Kisar halus bahan bertanda *
  • Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar.
  • Masukkan serai, daging dan garam, masak sehingga daging empuk dan rempah pecah minyak. 
  • Tambahkan gula dan air asam.
  • Selepas mendidih masukkan susu cair.
  • Biarkan mereneh atas api perlahan.
  • Taburkan daun sup daun bawang.

Ikan Temenung Lengat

Salam dan Hi Semua..

Ada ikan temenung stok lama dalam peti ais jangan dibuang sebaliknya buat temenung lengat. Ikan ni bukan apa dah lama jadi kurang fresh dah nak makan goreng biasa. Kebetulan mak ada kat rumah, minta mak ajarkan. Senang je rupanya.

IKAN TEMENUNG LENGAT


Ikan Temenung Lengat

Bahan-bahan:
12 ekor ikan temenung - bersihkan
1 sudu besar garam
7 keping asam keping
2 cawan air
  •  Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan rebus hingga mendidih dan ikan masak.
  • Nak makan nanti bolehla digoreng.

Sunday, 13 December 2015

Butter Chicken

Salam dah Hi Semua...

Ini menu makan malam kami hari ini, butter chicken. Resepi dicuba dari blog Azie Kitchen. Menurut empunya blog, selain ayam, boleh juga dimasak menggunakan sotong, udang dan ketam. Rasanya memang sedap, berkrim.

BUTTER CHICKEN

Butter Chicken


Bahan-bahan:
2 keping ayam bahagian dada (boneless) - dipotong kecil
2 sudu besar butter
6 batang cili padi - dihiris nipis
1 batang cili merah - dihiris
1 pelepah daun kari
beberapa keping cheese - guna 2 keping cheddar cheese
230ml susu cair - guna susu full cream
secubit serbuk perasa ayam knorr - x letak
garam
serbuk lada hitam
secubit gula - saya tambah

Bahan perap:
1 sudu kecil garam*
1 sudu kecil gula*
2 sudu kecil serbuk kari*
1 biji telur
1 sudu besar tepung gandum - sy guna lebih, ~ 1 cawan

Cara-cara:
  1. Gaul rata bahan * dengan ayam, perap dalam 5 minit atau lebih. Kemudian celup ayam dalam telur dan gaul dengan tepung.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam secara deep fry hingga masak. Ketepikan.
  3. Cairkan butter dalam kuali. Tumis daun kari, cili padi dan cili merah hingga naik bau.
  4. Masukkan susu cair dan kepingan cheese. Masak hingga mendidih.
  5. Masukkan lada hitam, garam dan gula.
  6. Masukkan ayam yang siap digoreng tadi, masak sehingga kuah memekat setakat yang diingini.

Bubur Ayam

Salam dan Hi Semua...

Pagi ini atas permintaan en suami, saya buatkan bubur ayam untuk sarapan pagi. Selalu saya buat moi je, makan dengan ikan bilis goreng dan kicap...tapi en suami tak gemarkan nya. Jadi pagi ni godek godek resepi orang fqkayaraya dan resepi bonda untuk dapat idea apa nak letak dalam tu. 

BUBUR AYAM

Bubur Ayam


Bahan-bahan:
2 potong ayam bahagian thigh atau apa2 bahagian
1 sup bunjut adabi
Air secukupnya

1 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1 cup beras - dibersihkan
sedikit minyak menumis
1/2 batang lobak - didadu
Jejari ketam
Cili padi - hiris
Cili merah - hiris
Cili hijau - hiris
Daun sup - hiris
Daun bawang - hiris
Garam
Lada hitam
Bawang goreng

Cara-cara:
  1. Rebus ayam dengan sedikit garam dan sup bunjut hingga empuk. Keluarkan ayam dan carik isinya.
  2. Tumbuk halus bahan *. 
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan * hingga naik bau, kemudian masukkan beras, kacau rata.
  4. Masukkan air rebusan ayam, masak nasi sehingga kembang. Tambahkan air jika perlu.
  5. Masukkan lobak merah, jejari ketam dan lada hitam.
  6. Masak sehingga nasi hampir pecah, tambahkan air jika perlu. Perasakan secukupnya.
  7. Sedia di hidang. Taburkan cili padi, cili merah, cili hijau, daun sup daun bawang, bawang goreng dan juga ayam racik tadi. Boleh juga ditambah telur asin...:)


Monday, 7 December 2015

Ikan Dori Sos Lemon

Salam dan Hi Semua...

Dalam sebulan ni, En Suami yang buat breakfast. Untuk hari ini menunya adalah ikan dori sos lemon. Selalunya malam saya akan tengok En Suami prepare bahan, perap apa yang patut. Jadi esok paginya boleh la makan dengan hati yang tenang...hehe.. Resepi dicuba dari blog Lina Pg. Dihidangkan bersama coleslaw dan juga roti pita bakar.

IKAN DORI SOS LEMON

IKAN DORI SOS LEMON


Bahan-bahan Ikan:

6 keping ikan dory fillet (saya beli 1 paket ~1kg kat mydin, dalam tu ada 3 potong dory fillet - guna 1 keping)
1 inci halia muda - ketuk
4 ulas bawang putih - ketuk @ hiris
1 biji lemon - perah jus
1 - 2 sudu besar sos ikan
Sedikit rosemary kering, tyme (kami guna italian herbs)
Garam dan serbuk perasa
Serbuk lada hitam
Minyak zaitun
  1. Perasakan ikan dengan garam, serbuk perasa dan lada hitam.
  2. Satukan halia, bawang putih, jus lemon, sos ikan, sedikit garam dan perasa (en Suami tumbuk bahan dalam lesung batu ja)
  3. Lumur kepada kepingan ikan dan perap 30 minit (kami perap semalaman)
  4. Grill ikan hingga masak. 
Bahan Sos Lemon:

1 sudu besar mentega
1/2 biji bawang besar (cincang halus)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsli kering (kami guna italian herb ja)
1/2 cawan susu cair (kami guna susu full krim)
1/2 cawan air
1 sudu besar jus lemon
Secubit garam
Secubit lada hitam
  1. Panaskan butter dalam periuk kecil, goreng bawang besar hingga layu.
  2. Masukkan tepung gandum, kacau sehingga tepung melekat dengan bawang.
  3. Masukkan susu cair, air, garam, jus lemon, lada hitam dan herba kering. Kacau selalu supaya tidak berketul. Masak sehingga kuah menjadi pekat yang diingini.

Thursday, 26 November 2015

Homemade Pizza

Salam dan Hi Semua..

Pagi ni saya buat pizza untuk breakfast kami suami isteri. Teringin nak makan pizza. Kali ni dough pizza saya cuba dari resepi Azie Kitchen pulak manakala topping saya buat seperti resepi Pizza sebelum ini. Bangun pukul 4 pagi uoll nak makan pizza punya pasal. Hahahaha.Resepi ini menghasilkan 2 pan pizza saiz 9".

PIZZA HOMEMADE

 
Pizza Frenzy


Bahan2 doh pizza:
1 1/2 cawan air suam
secubit gula (saya guna 1/2 sudu teh)
2 sudu kecil yis segera mauripan
4 cawan tepung gandum (1 cawan ~ 105g)
1/4 sudu teh garam
1/4 cawan minyak zaitun
sedikit olive oil untuk dilumur

Cara Azie Kitchen:
  1. Campurkan gula ke dalam air suam diikuti yis. Kacau seketika dan biar selama 5 minit tanpa dikacau.
  2. Ayak tepung ke dalam bekas. Tambahkan garam.
  3. Buatkan bualatan di tengah tepung. Tuangkan bancuhan yis dan juga minyak zaitun.
  4. Dengan menggunakan pisau, lalukan dari tepi ke tepi seperti memotong kek sehingga adunan sebati.
  5. Dengan kedua belah tangan, uli doh sehingga tidak melekat.
  6. Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh hingga rata dengan meletakkan kedua belah tangan di tepi doh, ditolak ke tengah dan ke depan dengan kedua belah tangan.
  7. Sapukan minyak zaitun ke dalam mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli ke dalamnya. Lumurkan minyak zaitun pada permukaan doh.
  8. Tutup bekas dengan plastic wrap dan perap selama 30 minit.
  9. Keluarkan doh yang naik 2 kali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian.
  10. Sapukan loyang piza dengan butter, ratakan doh di atasnya, kemudian cucuk dengan garfu. 
  11. Ratakan sos tomato, daging, dan topping pizza di atasnya. Taburkan cheese. Bakar pada suhu 240 degree selama 5 minit kemudian 220 degree selama 15 minit. (saya bakar pada suhu 220 degree, 25 minit)
Cara saya:
  1. Masukkan minyak zaitun dan bancuhan yis ke dalam bread maker.
  2. Tuangkan tepung dan garam.
  3. Setkan kepada dough dan biarkan breadmaker buat kerja selama 1 jam 30 minit.
  4. Tumbuk doh untuk keluarkan angin.
  5. Kemudian saya follow step 7 dan seterusnya seperti di atas. 
Bahan Topping:
 200g daging kisar
1 labu bawang holland - dimayang
300g (1 tin) sos prego traditional
herba oregano secukupnya
lada hitam berperisa @ garam secukup rasa
Nenas kiub dalam tin
Lada benggala
1 paket (200g) Emborg pizza topping
  1. Tumis bawang sehingga sedikit layu.
  2. Masukkan daging kisar yang telah diramas berserta sedikit air dan garam, masak sehingga air hampir kering.
  3. Tuangkan sos prego dan herba oregano, biarkan mereneh selama 5 minit.
Jemput makan!

Wednesday, 25 November 2015

Cendawan Tiram Goreng Tepung

Salam dan Hi Semua..

Menu makan malam kami hari ini antaranya adalah cendawan tiram celup tepung. Asalnya nak guna tepung segera KFC je, tapi terjumpa lak resepi dari Azie Kitchen ni. Mari mencuba.

CENDAWAN TIRAM GORENG TEPUNG 

 

Bahan2:
2 bungkus cendawan tiram (saya guna sebungkus je)
1 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukupnya
1/2 cawan air atau secukupnya (saya guna 1/4 cawan je)
Minyak untuk menggoreng
  1.  Gaulkan rata semua bahan selain air di dalam mangkuk.
  2. Tambahkan air ikut kepekatan yang diingini.
  3. Salutkan cendawan dengan tepung.
  4. Panaskan minyak. Goreng selama 4-5 minit atau sehingga keperangan.
  5. Angkat dan tos minyak dengan paper towel.
  6. Sila makan semasa panas2..:)