Wednesday, 11 March 2015

Macau Egg Tart

Salam dan Hi Semua...

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan mencuba resipi tat favorite saya, macau egg tart. Saya kalau jumpa bakers cottage memang pantang. Mesti nak beli macau egg tart ni. Ada orang kata portugese egg tart...saya pon konfius jugak. Tak kisah la nama apa pon..janji rupa tat tu camni dan rasa sama..hehe

MACAU EGG TART 


Macau Egg Tart


Untuk filling, resipi dicuba dari blog spices journey.

Bahan2 yg diperlukan adalah:

1 keping cheddar cheese - di carik2 halus
50g gula
125ml susu segar
2 biji telur
100gm whipping cream (saya guna uht Anchor)
1 sudu teh esen vanila
secubit garam (saya tak letak)
setitis pewarna kuning telur untuk menaikkan warna (saya tak letak)

  • Panaskan susu, gula dan cheese sehingga gula dan cheese cair.
  • Tuangkan ke dalam bekas berisi telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.
  • Masukkan whipping krim dan esen vanila dan kacau rata.
  • Biarkan sejuk.
Filling

Untuk pastry, saya rujuk blog resipi citarasawan.

9 keping puff pastry saiz 10cm x 10cm (jenama KAWAN) **1 paket ada 10 keping, tapi filling saya cukup untuk 9 keping je**

Puff Pastry KAWAN

  • Lembutkan puff pastry pada suhu bilik.
  • Taburkan sedikit tepung gandum atas papan pencanai, Kemudian canai memanjang setebal 3mm. (saya canai memanjang hingga 2x panjang asal)

  • Kemudian gulung seperti menggulung swiss roll. Simpan sekejap dalam peti sejuk (saya biar dalam 5-10 minit).

  • Potong puff pastry kepada beberapa bahagian bergantung kepada saiz acuan (saya potong kepada 2 bahagian) **9 x 2 = 18 biji egg tart** (bergantung kepada saiz acuan, saiz kecik boleh potong banyak - guna acuan muffin saya potong kpd 4 bahagian)
  • Canai bulat setiap bahagian dan tekan ke dalam acuan tat/ muffin (saya guna 6.3cm acuan tat) yang telah dioles dengan butter sehingga memenuhi acuan. Cucuk dasarnya dengan garfu. Buat sehingga habis.

  • Panaskan oven pada suhu 200 degree celcius. (spices journey guna suhu 180, saya guna 190).
  • Tuang filling ke dalam acuan sehingga 3/4 penuh.

  • Bakar selama 25 minit atau sehingga keperangan (saya masak selama 30-35 minit).
Adunan mengembang semasa dibakar

Siap dibakar!!!

Teruja tengok hasilnya, memang akan buat lagi dan lagi dan lagi. Sangat sedap. Lepas ni, dah tak beli la kat kedai, dah boleh buat sendiri kan..:)

XOXO

Monday, 9 March 2015

Kek Chocolate Moist

Salam dan Hi Semua...

Banyak kali try buat kek coklat moist, tapi x pernah jadi seperti yang dikehendaki. Bantat la, kering la, macam2 hal la. Baru2 ni, Kak Ros Jiran sebelah ade bagi kek coklat moist..memang moist habes la. Tak manis sangat..memang kena dengan tekak kami. Selepas 2 minggu lebih peram resipi dia, hari ni baru berkesempatan cuba sendiri...Kak Ros, minta izin share resepi di sini ye...

KEK COKLAT LEMBAB KUKUS

Moist Choc Cake

Bahan2:
Bahan A:
1 cawan serbuk koko Van Houten (saya guna serbuk koko biasa je)
1 cawan susu cair (saya guna susu segar)
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak (saya guna minyak matahari)
3/4 cawan gula pasir
  • Masukkan kesemua bahan dalam periuk, masak atas api perlahan sehingga gula cair (saya masak sambil kacau)
  • Biarkan sejuk

Bahan B:
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
  • Ayak kesemua bahan

Bahan C:
4 biji telur (saya guna telur gred C)
  • Blend telur
Cara-cara:
  1. Oles loyang dengan minyak. **mungkin saya kena alas loyang dengan kertas minyak sebelum oles minyak sbb kek ni lembut, masa nak pindahkan atas pinggan ia sedikit hancur di bahagian bawah**
  2. Panaskan pengukus
  3. Masukkan Bahan B berselang seli dengan Bahan C ke dalam Bahan A. (mulakan dengan tepung, akhiri dengan tepung) sampai habis. **saya whisk setiap kali masukkan bahan sehingga sebati**
  4. Tuang ke dalam loyang. (saya guna loyang 22cm, mungkin kena guna loyang lebih besar sebab kek naik mengena aluminium foil di tengahnya).
  5. Tutup dengan aluminium foil, kukus sehingga masak. (saya kukus dalam 1 jam).
  6. Biarkan kek sejuk sebelum di curahkan topping coklat.
Bahan Topping:
220 - 250 gm (1 bar ) coklat masakan
Sedikit susu cair (saya letak ~1/4 cawan susu segar)
1 sudu besar butter
Coklat rice/ kepingan badam
  •  Masukkan kesemua bahan dalam periuk.
  • Masak secara double boiling, selepas semua cair dan sebati, curahkan atas kek tadi.
  • Hiaskan dengan coklat rice atau kepingan badam.
Alhamdulillah kek menjadi. Rasa memang sedap. Mungkin saya ada sedikit kesilapan teknikal masa alihkan kek dari loyang ke pinggan. Takpe, lepas ni boleh cuba lagi..Terima kasih kak Ros atas resipi kek coklat moist yg sedap ni. Hehe..

Kangkung Goreng Belacan

Salam dan Hi Semua...

Hari ni saya masak kangkung dari hasil tanaman saya. Hehe..Masak simple2 je untuk makan malam kami. Kangkung goreng belacan kami sedikit lain dari yang biasa orang lain atau kedai buat. Meh usha resipi mudah ni.

KANGKUNG GORENG BELACAN 

Kangkung goreng belacan


Bahan:
1 ikat kangkung
2 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
2 biji cili hidup*
6 biji cili padi *
1/2 inci belacan* - dibakar
air asam jawa*
sedikit garam*
Kicap manis secukupnya
  • Kisar bahan bertanda * 
  • Panaskan minyak, tumis bawang sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan kisar, masak sehingga pecah minyak.
  • Masukkan kangkung dan kicap dan sedikit air, masak sehingga kangkung layu.

Mari Berkebun : Menuai Hasil

Salam dan Hi Semua...

Tahun 2015 ni, saya start bercucuk tanam sendiri. Hehe..tapi tanam dalam pasu je la walau rumah ada tanah. ntah pape kan..sebab belakang rumah ada hutan, jadi takut nak belek pokok sendirian ditambah dengan pokok yang ditanam sebelum ni senang sangat kena serangan siput babi la, macam2. Lepas tu belankang rumah cepat semaknya, kami ada la upah orang mesin rumput 2 bulan sekali. Dalam dok pesan ada pokok, suruh dia hati2 dia mesin semua sekali..Sabar je la..

Lepas da takut biar je kan, sampai pokok kangkung merayap penuh 1 laman belakang, boleh tersungkur tersadung. Siap nak masuk rumah lagi..Pokok kat belakang rumah yang berjaya survive hanyalah pokok pisang, pucuk manis dan kari je. Oh, pokok ni semua ayah yang tanam. Ayah kalau datang rumah kami je, macam2 nak ditanamnya. Hehe.. Hai..bila la pokok pisang ayah ni nak berbuah kan..hehe..Yang lain dan la merasa hasilnya..

Ok, berbalik kepada tanaman dalam pasu saya, sekarang saya da ada 1 pokok cili padi, kangkung dan bayam yang da boleh tuai hasilnya.  Alhamdulillah.. anak pokok cili merah pon dah membesar dengan sihat, tak lama lagi boleh la pindahkan dalam pasu (masa semai, pasu beli dah siap2, beriya kan)..Pokok daun sup pon sedang menumbuh (kali ke3 tanam baru hidup, tu pon sikit2)..daun bawang mati pulak akibat x siram sebab balik kampung hari tu. Sian kau pokok bawang, takpe2..nanti den tanam lain ye...

Anak pokok cili hidup merah
Tengok polibag kt atas, ada 6 (3 yg ikat tali hijau disemai benih cili hidup hijau; 3 lagi cili hidup merah) tapi tetiga semaian cili hidup hijau x tumbuh2. 2 dari 3 polibag cili merah tumbuh..ok la kan..nanti kena semai lain cili hijau ni. berguna apa cili hijau untuk buat dalca, kari selain en husband suka makan buat sambal kicap.

Pokok cili padi
Seronok bila dpt tengok hasil tanaman. Seminggu sekali petik, setiap kali petik boleh dapat 2 genggam. Dah tayah beli, selain boleh berjimat ianya bebas racun dan bahan kimia..hehe.


Lain-lain pokok dalam pasu
Projek seterusnya adalah bendi, daun bawang dan daun ketumbar...:)


Saturday, 7 March 2015

Nasi Arab

Salam dan Hi Semua...

Mengidam nasi arab pulak..tapi seriously, saya memang suka nasi arab mandy sejak pekena nasi arab kat Saba Restaurant, Cyberjaya masa zaman belajar dulu. Sekarang susah la sebab jauh, dan saya x jumpa lagi nasi arab sedap cmtu kat area sini. Haritu masa ke rumah makteh, kami dijamu nasi arab..perghh memang terbaik la..sedap..menepati citarasa saya. Apalagi..minta resipi la..hehe..So sekarang, nak makan nasi arab tak perlu ke luar lg, kat rumah pon boleh.

NASI ARAB

Nasi Arab


Sup:
8-10 ketul ayam
sup bunjut
6 potong halia
bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis
2 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
garam secukup rasa
daun sup daun bawang
  • Rebus ayam bersama sup bunjut dan halia.
  • Perisakan dengan garam secukup rasa, biarkan ayam empuk.
  • Keluarkan sebahagian untuk nasi.
  • Tambahkan bawang, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis.
  • Masukkan daun sup daun bawang.
Nasi:
250g beras basmathi (untuk 2-3 orang)
Pes nasi arab Yemeni Mendhi secukupnya
Pewarna 

**1 paket pes nasi arab disertakan sekali bersama beras basmathi dan juga pewarna**
  • Basuh beras, rendam 30 minit sebelum digunakan, toskan.
  • Tambahkan pes nasi arab secukupnya ke dalam peiuk nasi berisi 325ml - 350ml air sup, biarkan mendidih
  • Masukkan nasi, pindah kan ke dalam rice cooker. 
  • Selepas nasi masak, masukkan pewarna kuning secukupnya, gemburkan nasi. 
  • Keluarkan ayam dari sup, masukkan ke dalam rice cooker, biarkan rice cooker dalam keadaan keep warm untuk 10 minit.
Sambal/Sos Tomato:
2 biji tomato masak
4 batang daun ketumbar
10 biji cili padi
secubit garam
  • Kisar kesemua bahan tanpa air
Bau nasi arab semerbak memenuhi rumah. Saya punyala tak sabar tunggu en husband balik dari kursus. Siap call berkali2 tanya dah kat mana..Boleh nyanyi lagu #awak kat mana# taufik batrisya dah ni..hahahaha

Kami punyala suka nasi arab ni sampai bawa mimpi..haih, melampau tak perumpamaan den. LOL..Harap2 satu  hari nanti den pandai buat nasi arab sesedap ni tanpa pes yg beli siap..hehe

XOXO



Tuesday, 3 March 2015

Kek Belang

Salam dan Hi Semua...

Hari ni, bonda ajak buat kek choc moist tapi bahan tak cukup pulak. Godek2 almari dapur, bahan cukup untuk kek belang (kami pon tak pasti nama kek ni, disebabkan berbelang2 dari kecik saya panggil kek belang je) maka kami pon buat la kek. Bonda saya selalu buat kek ni terutama untuk hari raya. Kadang-kadang buat sampai 2 atau 3 biji untuk di bawa balik ke rumah tok wan. Buat banyak pon, hari pertama raya da hampir habis dikerjakan oleh anak2 dan anak sedara. Haha. Meh kita tengok bahan yang diperlukan dan cara pembuatannya.

KEK BELANG

Kek Belang


Bahan2:
1 cawan (220g) planta/butter
1 cawan (190g) gula halus (saya kisar je gula biasa, heheh)
1 1/2 cawan (175g) tepung gandum
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar serbuk koko


  • Putar gula bersama planta sehingga kembang dan menjadi putih dalam 15 - 17 minit. Mulai dengan kelajuan rendah dan diteruskan dengan kelajuan tinggi.
  • Masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul dengan kelajuan rendah.
  • Masukkan esen vanila.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul pada kelajuan rendah dalam satu arah.
  • Bahagian adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian ditambah serbuk koko.
  • Alas loyang dengan kertas minyak. Oleskan dengan planta.
  • Sendukkan adunan ke dalam loyang dimulai dengan adunan putih kemudian koko kemudian putih secara berselang seli sehingga habis.
  • Bakar pada suhu 300F @ 150 degree (kalau ikut oven bulat bonda) selama 45 minit atau sehingga masak.

Monday, 2 March 2015

Roti Sarang Lebah Lagi!

Salam dan Hi Semua..

Semalam, saya buat roti sarang lebah lagi sempena birthday adik kesayangan. Hahak..Org buat kek i buat roti..Ok la kan, mencipta kelainan. Hari ni kita tunjuk gambar je ye. Resepi boleh lihat di SINI.


Gebu kan..
Guna oven ni je, selepas 22 minit masak cantik


HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO FARHANA..
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...

Happy birthday adik, semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dalam rahmatNya. Kami semua doakan agar adik diberi kejayaan di dunia dan di akhirat. Nah, roti birthday adik..haha..Sori, roti lewat 2 hari..

Roti Sarang Lebah 

Untuk resepi sos butterscoth cubaan kali ke 3 ni, saya tambah susu segar, sebab whipping cream x cukup, tapi rasanya lebih sedap sebab manis nya sedang elok. Eloklah untuk kita2 yang kurang suka manih melecas bak kata orang utara..Hehe. Kali ni saya guna uht whipping cream Anchor. Oh ye, topping kali ni diletakkan kuaci hijau sahaja sebab masa beli bahan kat kedai roti, teringat kat rumah da ada dah bijan hitam tapi rupanya jintan hitam. Terkeliru pulak. Xpela, janji bukan bahan utama, kalau bahan utama xde x menjadi rotinya.

Resepi sos butterscoth 1 1/2 adunan:

3 sudu butter
3/4 cawan gula perang
1/2 cawan uht whipping cream
1/4 cawan susu segar
sedikit esen vanila
secubit garam


  • Cairkan butter atas api perlahan
  • Masukkan gula perang, kacau hingga cair
  • Tuang whipping cream, kacau rata
  • Tambahkan susu segar, esen vanila dan garam
  • Kacau seketika biar semua sebati dan sedikit pekat
Adik tanya, banyak jugak dapat, 2 loyang. Boleh la makan seminggu. Seminggu? Xdenya..hari ni da abes..