Saturday, 30 January 2016

Nasi Lemak Bonda

Salam dan Hi Semua...

Malam ni saya sediakan siap-siap sarapan untuk esok pagi. Buat makan berat sikit, nasi lemak resepi bonda saya sebab esok seharian saya ada kursus. Jadi masa lunch tu boleh la lari balik rumah dan makan. Hehe. En suami pon ada kursus pagi esok, kena gerak awal. Resepi nasi lemak bonda saya ini unik kerana tidak menggunakan santan. Resepi turun temurun dari arwah tok kami.

NASI LEMAK BONDA

 
Nasi Lemak Bonda


Nasi

2 pot beras- dicuci dan direndam seketika
2 ulas bawang merah - dihiris*
1 ulas bawang putih - dihiris*
4 potong halia*
sedikit bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis*
sedikit minyak
2 helai daun pandan - disimpul*
Air secukupnya
garam dan aji secukupnya
  • Panaskan sedikit minyak dalam pot nasi, tumis bahan * sehingga naik bau.
  • Masukkan air secukupnya bersama garam dan aji. Biarkan mendidih.
  • Masukkan beras, pindahkan ke dalam rice cooker.
 Sambal Tumis Bilis

Segenggam lebih ikan bilis
20 tangkai cili kering - rendam seketika dalam air panas*
1/2 inci belacan - dibakar dulu*
2 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1 ulas bawang besar - dihiris
air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukupnya
minyak
  • Panaskan minyak dalam kuali, basuh ikan bilis, goreng hingga rangup. Angkat dan ketepikan.
  • Kisar bahan *
  • Gunakan sedikit minyak goreng bilis tadi, tumis bawang merah dan putih hingga naik bau, masukkan bahan kisar. 
  • Setelah pecah minyak, masukkan gula di ikuti air asam jawa dan bawang besar.
  • Selepas mendidih , masukkan bilis goreng tadi.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa.
Hidangkan bersama telur mata dan juga hirisan timun.


Wednesday, 27 January 2016

Chicken Chop Black Pepper Sauce

Salam dan Hi Semua..

Ok. Hari ni tekak teringin nak makan western. Ni ngengada lepas balik dari makan kat Puncak Mutiara Cafe Kg Pelek baru-baru ni la. Hehe. Ayam pon dah beli siap yang boneless. Barang dah ada, boleh la buat chicken chop digandingkan dengan sos lada hitam, coleslaw dan pototo wedges.

CHICKEN CHOP with BLACK PEPPER SAUCE

Chicken Chop


A. Chicken Chop
resepi dicuba dari namee roslan

Bahan-bahan:
3 keping ayam boneless
2 biji telur
1/2 sudu besar lada hitam serbuk
1/2 sudu besar lada putih serbuk
tepung beras secukupnya
bread crumbs secukupnya - saya guna brand Meriah perisa cajun spice
  • Tumbuk ayam guna lesung batu untuk lebarkan dan nipiskan sikit ayam.
  • 2 biji telur disatukan dengan lada hitam dan putih.
  • Celupkan ayam ke dalam bancuhan telur, kemudian celup pula ke dalam tepung beras biar salut rata, kemudian celup semula dalam bancuhan telur. Dan last sekali celup ke dalam bread crumbs sampai bersalut rata.
  • Goreng deep fry.
  • Celup seketul goreng, celup lagi seketul goreng dan seterusnya. 
B. Sos Black Pepper
resepi dicuba dari Lina Pg

Bahan-bahan:
2 sudu besar mentega
1 biji bawang holland - didadu
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
4 sudu besar tepung gandum
3 cawan air atau lebih
1 kiub ayam
4 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis (untuk gelapkan sos)
sedikit oregano
  • Cairkan mentega. Tumis bawang holland hingga layu dan wangi.
  • Masukkan lada hitam kasar tadi, tumis sekejap.
  • Masukkan tepung gandum ( x perlu bancuh dengan air). Kacau selalu supaya tak bergentel.
  • Masukkan air, kacau sebati (guna hand whisk lagi mudah). Masukkan kiub ayam.
  • Masukkan sos lada hitam, sos tiram, kicap. Kacau sebati. Jika pekat tambahkan air.
  • Masukkan oregano. Renehkan sebentar.
  • Sesuaikan rasa.
C. Coleslaw

Untuk coleslaw boleh lihat resipi di SINI.

D. Potato wedges
Resepi dicuba dari Dari dapur Madiha
 
Bahan-bahan:
6 biji kentang russet (sebaiknya) - saya guna kentang biasa
1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
3/4 cawan + 2-3 sudu air (kalau suka cair boleh tambah sehingga 1 cawan air)
1 biji telur gred A
1 sudu besar rempah kari ayam/ daging - saya guna kari ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
garam secukupnya
minyak menggoreng secukupnya
  •  Cuci kulit ubi hingga bersih dgn gunakan span. Rebus setengah masak. cara uji: cucuk dengan garfu, jika kentang tersodok kira-kira suku kedalaman kentang, dah boleh angkat. Sejukkan kentang. Potong kepada 8 bahagian (kalau kecil 6 bahagian).
  • Campurkan semua tepung dan bahan kering dalam 1 bekas, kacau sebati. Campurkan air dan telur, gaul sebati.
  • Panaskan minyak, celup kentang dalam adunan tepung, goreng deep fry hingga garing kekuningan.
  • Angkat dan toskan.
**abaikan wedges saya di atas, mungkin bancuhan tepung saya pekat sampai wedges saya dah rupa pisang goreng..hehe**

Monday, 25 January 2016

Sambal Manis Paru

Salam dan Hi Semua...

Menu makan malam kami adalah sambal manis paru bersama sayur campur. Selalu kalau jumpa lauk ni kat kedai mesti ambil sikit. Ini adalah cubaan pertama masak paru sebenarnya. Sekali hadap habis. En suami suka..:) Terima kasih kepada empunya resepi Mizan As-Syatirie.

SAMBAL MANIS PARU

Sambal Manis Paru


Bahan-bahan:

500g paru - saya buat 300g
segenggam lada kering* - saya guna 15 tangkai  - rebus @ rendam dalam air panas
5 ulas bawang merah* - saya guna 3 ulas
4 ulas bawang putih* - saya guna 2 ulas
Halia sebesar ibu jari*
1 batang serai - dihiris*
5-6 potong halia
6 sudu besar gula pasir - saya guna 3 sudu besar
3 sudu besar gula melaka - saya guna 1 1/2 sudu
4 sudu besar sos tomato - saya guna 2 sudu besar
2 sudu besar kicap manis - saya guna 1 sudu besar
garam dan aji secukupnya

Cara-cara:
  1. Rebus paru seketul tu dengan halia dan sedikit garam sampai masak (saya rebus dalam 20 minit), angkat dan toskan. Bila dah sejuk hiriskan nipis-nipis. Perap dengan garam kunyit dalam 1/2 jam. Lepas tu goreng dalam minyak banyak sampai garing. Angkat dan toskan.
  2. Kisar bahan bertanda *
  3. Panaskan 2 senduk minyak goreng paru tadi, masukkan sedikit gula.
  4. Masukkan bahan kisar dan gaul sampai garing. api jangan besar sangat. Gaul perlahan-lahan.
  5. Bila dah terbit minyak dan garing, masukkan gula pasir dan gula melaka. Gaul lagi dengan api kecil sehingga betul-betul garing.
  6. Masukkan sos dan kicap. 
  7. Tambah garam dan aji secukup rasa.
  8. Masukkan paru goreng tadi, gaul sebati. SIAP!



Lagi lagi Pizza Homemade - Gila Pizza

Salam dan Hi Semua...

Suami kata dia sukakan pizza base resepi memula dulu.. tapi topping sukakan yang sebelum ni. Berakhir sudah pencarian untuk dapatkan pizza homemade yang kena dengan selera kami. Lepas ni akan stick dengan resepi ini. Hehe. Terima kasih kepada semua yang saya cuba resepinya..:)

Lagi-lagi Pizza Homemade

Pizza Homemade

Bahan Doh (dapat 2 pan pizza 9")
170ml air
300g tepung gandum
1/4 sudu teh garam
10g gula
1 1/2 sudu besar madu
20g mentega
6g yis segera
  •  Uli tangan: Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus menggaul hingga jadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudin, bulat2kan dan biar 45 minit hingga doh naik 2x ganda.
  • Breadmaker: Masukkan kesemua bahan kedalam bread maker mengikut turutan kemudian set untuk fungsi doh, tekan ON, selepas 1 jam 30 minit doh siap.
Saya guna bread maker je.
  1. Lepas doh siap diuli, tumbuk doh untuk keluarkan angin.
  2. Panaskan oven pada suhu 190C.
  3. Sediakan pan pizza saiz 2 x 9". Lengserkan dengan olive oil atau mentega.
  4. Ratakan doh ke atas pan dengan menggunakan tapak tangan. Nak canai pon boleh.
  5. Cucuk permukaan doh dengan garfu. Rehatkan 10 minit. Bakar selama 7 minit. Keluarkan.
  6.  Sapu sos prego dan mayonis ke serata permukaan doh diikuti bahan topping. Tuangkan krim keju dan taburkan keju parut.
  7. Saya suka topping yang banyak, saya taburkan lagi bahan topping, diikuti krim keju dan keju parut perfect italiano pizza plus..
  8. Bakar pada suhu 190C selama 20 minit atau sehingga keperangan.
  9. Yummy!

Bahan topping/ filling: (2 large pizza)
400g daging cincang - sy guna 300g je
3 ulas bawang putih  (dicincang)
1 labu bawang besar  (didadu kecil)
1/2 botol sos spagetti lada hitam @ lain-lain - sy guna 5 sudu besar sos preggo tradisional
sedikit garam dan gula
3 sudu besar mentega - sy guna 2 sudu besar je
  1. Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai perang.
  2. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan ia kering seketika.
  3. Kemudian masukkan bahan selebihnya. Kacau hingga pekat atau kering.
  4. Step ni sy tambah, saya sendengkan kuali, biarkan minyak lebihan turun, ambil daging je.
Bahan sos keju : (2 large pizza)
1 sudu besar mentega
1 1/2 cawan susu segar
100g cream cheese
1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
sedikit lada sulah
sedikit gula dan garam
  1. Cairkan mentega di dalam periuk/ saucepan. 
  2. Masukkan susus dan  krim keju. Kacau hingga kejuu hancur.
  3. Masukkan bancuhan tepung gandum, lada, gula dan garam.
  4. Kacau hingga pekat.
 **jika tak nak menggunakan sos keju, boleh je skip, ok. Tapi kalau letak, lagilah makan bertambah-tambah. Enak bangat!!**

Bahan topping lain:
sedikit oregano kering
hirisan nenas
hirisan sosej
hirisan bawang besar
hirisan capsicum
lain-lain ikut suka






Thursday, 21 January 2016

Pizza lagi...

Salam dan Hi Semua...

Berpizza lagi saya harini..Masih mencari pizza yang kena dengan selera kami suami isteri..Ok hari ini mencuba resepi dari Dayang Jack

PIZZA Homemade 



Bahan-bahan:

Pizza base 1:
2 sudu kecil yis mauripan segera
160ml air suam
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread softener 
1 sudu besar olive oil atau mentega cair
  1.  Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih).
  2. Dalam mangkuk atau bekas lain, campurkan kesemua bahan selebihnya dan gaul/ ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
  3. Simpan doh dalam bekas agak besar, tutup rapat dengan kain lembab. Rehatkan doh selama 45 - 50 minit.
  4. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan pan pizza. Lengserkan dengan sedikit olive oil.
  5. Keluarkan doh. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin. Letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan tapak tangan. Tidak perlu dicanai, tapi kalau nak boleh juga. Ratakan doh hingga padat.
  6.  Cucuk permukaan doh dengan garfu dan sapukan olive oil di tepi-tepi doh dengan gunakan berus pastri (supaya cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat lebih kurang 10 minit.
  7. Bakar doh selama 7 - 10 minit. Keluarkan dari oven.
  8. Ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.
  9. Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.
Pizza base 2:
2 cawan tepung roti
2 sudu kecil yis mauripan
1 sudu kecil garam galus
1 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar susu tepung
90ml air suam
70ml susu segar
  1.  Satukan kesemua bahan (kecuali susu segar dan air) dalam 1 bekas besar dan gaulkan rata. 
  2. Kemudian tuangkan susu segar dan air. Uli hingga menjadi doh yang elastik.
  3. Rehatkan doh (tutup dengan kain lembab) selama 1 jam.
  4. Panaskan oven pada suhu 180C. Tumbuh doh tadi untuk keluarkan angin. 
  5. Lengserkan pan pizza dengan olive oil, canaikan doh ke atas pan tadi, ratakan dan cucuk-cucuk dengan garfu.
  6. Bakar selama 5 minit. Keluarkan.
  7. Sapukan sos tomato dan mayonis serata permukaan pizza, diikuti topping. Kemudian tuangkan sos keju di atasnya dan taburkan keju parut dan oregano. 
  8. Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.
Bahan topping/ filling: (2 large pizza)
400g daging cincang - sy guna 300g je
3 ulas bawang putih  (dicincang)
1 labu bawang besar  (didadu kecil)
1/2 botol sos spagetti lada hitam @ lain-lain - sy guna 5 sudu besar sos preggo tradisional
sedikit garam dan gula
3 sudu besar mentega - sy guna 2 sudu besar je
  1. Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai perang.
  2. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan ia kering seketika.
  3. Kemudian masukkan bahan selebihnya. Kacau hingga pekat atau kering.
  4. Step ni sy tambah, saya sendengkan kuali, biarkan minyak lebihan turun, ambil daging je.
Bahan sos keju 
1 sudu besar mentega
1 1/2 cawan susu segar
100g cream cheese
1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
sedikit lada sulah
sedikit gula dan garam
  1. Cairkan mentega di dalam periuk/ saucepan. 
  2. Masukkan susus dan  krim keju. Kacau hingga kejuu hancur.
  3. Masukkan bancuhan tepung gandum, lada, gula dan garam.
  4. Kacau hingga pekat.
 **jika tak nak menggunakan sos keju, boleh je skip, ok. Tapi kalau letak, lagilah makan bertambah-tambah. Enak bangat!!**

Bahan topping lain:
sedikit oregano kering
hirisan nenas
hirisan sosej
hirisan bawang besar
hirisan capsicum
lain-lain ikut suka  

Nota untuk diri sendiri:

** saya pilih pizza base 2, 1 adunan doh saya buat untuk 1 pan pizza saiz 9", roti tu gebu, mungkin boleh buat 2 adunan kot untuk lebih crispy**

**adunan topping pizza dan juga sos keju boleh buat 2 pan pizza 9"**

** keju parut saya guna perfect italiano pizza plus - keju ni sangat sedap berbanding emborg pizza topping yang saya cuba sebelum ni**





Monday, 18 January 2016

Homemade Sushi

Salam dan Hi Semua...

Hari ini hajat nak buat sendiri sushi akhirnya kesampaian..hehe..Alhamdulillah.

HOMEMADE SUSHI 



Meh cari dulu barang-barang yang diperlukan:
  • cuka sushi
  • kicap masin
  • seeweed 
  • kicap manis
  • acuan sushi - nigiri sushi mold
  • square frying pan
  • bamboo roll
  • wasabi
  • beras sumo





Acuan sushi dan square frying pan boleh cari kat daiso. Ada banyak jenis. Saya guna 1 jenis je.

Lain2 barang di atas boleh cari kat jusco. Cuka, seeweed, kicap masin dan bamboo roll dijual siap dalam 1 pack harga ~ RM28

Kicap manis dijual berasingan, boleh cari di bahagian yang jual sushi siap tu. Harga belasan.

Wasabi dijual berasingan, 1 tiub 90g  harga ~ RM13

Beras sumo di bahagian beras 1kg RM9.90.


Bahan-bahan lain yang diperlukan:

2 pot beras sumo - boleh makan dalam 4 orang. Ikut arahan memasak di belakang pembungkus. Saya masak 1 pot beras = 2 pot air. Masak dalam rice cooker @ boleh juga kukus. Lepas bertukar ke keep warm, tunggu kejap, ratakan nasi atas dulang, tuang ~ 5 sudu besar cuka, gaul rata, biarkan nasi sejuk.

Udang - dibuat udang tempura. Resepi di SINI.

1 ketul ikan dari tin sardin - masak dulu kemudian lenyek dan gaul dengan mayonis

Jejari ketam - rebus dulu, sebahagian di belah dua memanjang, sebahagian di cincang dan digaul dengan mayonis

1 batang timun jepun - dihiris memanjang

2 biji telur - dicampurkan dengan sedikit kicap masin, kacau rata (bukan pukul), digoreng dengan square frying pan. Buat lapisan nipis, gulung. Buat lapisan ke2, gulung dari telur yang dah siap gulung tadi. Buat sampai cukup tebal

1 biji telur - direbus, lenyek dan gaul dengan mayonis

Telur ikan - beli di jusco bahagian sushi siap

Ayam - di marinate digoreng @ bakar, kemudian hiris nipis @ cincang - saya tak letak

Salmon - pon boleh beli di jusco bahagian sushi siap, salmon ni dalam potongan yang sesuai untuk buat sushi, x beli guna yg sedia ada di rumah je. Patut makan mentah, tapi sy marinate dengan kicap masin dan kukus.

**kalau tengok balik bahan-bahan atas ni, sushi ni boleh sesuka hati je nak letak apa...hehe..ikut la kreativiti**

**sediakan 1 bekas berisi cuka, sentiasa basahkan tangan dengan cuka masa ambil nasi untuk di ratakan atas bamboo roll dan juga masa ambil nasi untuk di isi dalam acuan **


Dah siap. Boleh la dimakan bersama kicap manis dan wasabi. :)

Sunday, 17 January 2016

Udang Tempura

Salam dan Hi Semua...

Hari ni saya cuba buat udang tempura ala2 sushi king tu. Suka sangat makan tempura udang dia (ubi ten). Memang mencari untuk buat sushi pon. Lepas sebulan pergi kelas hari ini baru berkesempatan buat lepas semalam ke jusco mencari bahan-bahan yang diperlukan. Godek2 resepi, berkenan pada blog Hana's family.

UDANG TEMPURA

Udang Tempura


Bahan-bahan:

Udang secukupnya
1 biji telur
3/4 cawan air sejuk + 1 @ 2 ketul ais - bancuhan saya agak cair, mungkin lepas ni boleh cuba 1/2 cawan air
1 cawan tepung gandum
garam secukupnya
serbuk lada sulah
sedikit tepung katakuriko @ tepung jagung - x letak

Cara-cara:
  1. Udang dikupas kulit, tinggalkan bahagian ekor. Potong tak putus bahagian bawah udang dan tarik urat hitam menggunakan pencungkil gigi. Lapkan dengan kitchen towel. Pastikan betul-betul kering. 
  2. Ambil pencungkil gigi, cucukkan pada udang supaya udang lurus. Taburkan lada sulah dan tepung katakuriko. Gaul. Ketepikan.
  3. Dalam bekas lain, pukul telur. Masukkan air sejuk (pastikan btol2 sejuk! utk menghasilkan tempura yg rangup dan tak meresap minyak! Masukkan ice kiub seketul dua skali) . Buh garam sedikit. Masukkan setengah cawan tepung gandum. Kacau menggunakan garfu atau chopstick. Tuang baki tepung dan jangan over mix. Biarkan nmpk berketul2 aka tak sebati.
  4.  Panaskan minyak. Pastikan minyak btol2 panas. Celupkan udang ke dalam tepung dan goreng hingga kekuning2an. Angkat dan toskan.
 Sedap udang ni. Nyummy!

Sebelum makan jangan lupa tarik lidi keluar!

Monday, 11 January 2016

Ayam Masak Paprik

Salam dan Hi Semua...

Hari ni nak cepat, masak 1 jenis lauk je yang ada sayur sayuran dalam tu. haa..paprik la apa lagi..resepi dicuba dari blog Citarasawan.

AYAM MASAK PAPRIK

Ayam Paprik


Bahan-bahan:

2 ketul ayam bahagian dada atau ribs- dipotong kecil dan dibersihkan
2 ulas bawang merah - dihiris*
1 ulas bawang putih - dihiris*
1/2 inci halia - dipotong mancis*
2 sudu besar cili kering kisar - tak letak
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit kicap
air secukupnya
1 ulas bawang besar - dihiris gelang
1 biji cili merah - dihiris
6 biji cili padi - diketuk
bebeapa helai daun limau purut
batang lobak merah - dihiris mancis
bunga kobis
putik jagung - x letak
kacang panjang - x letak
sedikit lada hitam - saya tambah
  • Panaskan minyak, goreng ayam sehingga berubah menjadi keputihan. Angkat dan toskan.
  • Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan bertanda * sehingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak - skip step ni.
  • Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap dan air. Biarkan mendidih.
  • Masukkan ayam, cili merah, cili padi, daun limau purut dan ayam. 
  • Tambahkan sayur sayuran dan juga bawang, biarkan mereneh seketika.
  • Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya,

Sunday, 3 January 2016

Pajeri Nenas Bonda

Salam dan Hi Semua...

PAJERI NENAS BONDA 

Pajeri Nenas Bonda


Bahan-bahan:
2 biji nenas - dibersihkan, belah 2 dan hiris
3 sudu besar rempah ikan babas - dibancuh dengan 1 cawan air dan garam
5 ulas bawang merah - hiris*
3 ulas bawang putih - hiris*
2 tangkai daun kari*
kulit kayu manis*
bunga cengkih*
bunga lawang*
1 inci halia - hiris mancis*
1 sudu besar kerisik
3 sudu besar gula pasir
1 1/2 sudu besar gula merah - masak dengan 1/2 cawan air, tapis
1 biji kelapa - diambil santan
garam secukupnya
  •  Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau dan sedikit garing.
  • Masukkan bancuhan rempah, masak sehingga pecah minyak.
  • Masukkan nenas, kacau seketika.
  • Tambahkan kerisik, gula merah, gula putih.
  • Masukkan santan, perlahankan api, biar mendidih seketika.
  • Tambah gula atau garam jika perlu.