Salam dan Hi Semua..
Malam ni kami makan istimewa sikit...Ayah teringin nak makan satay..Adik pulak nk makan salmon. Maka satay kami beli ja kat Balak Inn. 30 cucuk ayam, 10 cucuk daging dan 10 cucuk kambing. Sedap satay nya. Kami pon tak pernah beli sebelum ni memandangkan jarang makan kat luar. Cuma kuahnya sikit dia bagi. Nasib baik ada lebihan kuah kacang masa open house semalam.
Salmon pulak memang dah lama niat nak cuba resepi ni. Salmon pon dah beli siap2 sebelum raya. Baru sempat buat. Sedap resipi ni.
GRILLED SALMON & WHITE SAUCE
Bahan2:
2 keping ikan salmon
1 sudu besar minyak zaitun
secubit garam
secubit lada hitam
sayur-sayuran ikut suka
Bahan Sos Putih:
2 sudu besar mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh daun parsli kering (herb lain pon boleh) -saya guna oregano kering
1 cawan susu segar - saya guna susu full krim
secubit garam
secubit lada hitam
- Lumurkan ikan dengan garam dan juga lada hitam (kalau guna serbuk lada hitam berperisa tak perlu tambah garam dah)
- Biarkan 30 minit hingga 1 jam.
- Panaskan pemanggang ajaib, oles pemanggang ajaib dengan minyak zaitun, saya panggang 5 minit pada setiap bahagian (saya buat 4 ketul ikan *gandakan bahan di atas*, jadi saya ceraikan pemanggang ajaib, boleh panggang 2 ketul ikan pada 1 bahagian pemanggang dan panggang ikan serentak).
- Untuk sos: Cairkan mentega dalam periuk, masukkan bawang besar hingga layu. Tambahkan tepung gandum, kacau rata. Masukkan susu, herba, garam dan lada hitam, masak sehingga mendidih.
- Tuangkan sos atas ikan. (2 adunan sos cukup untuk 5 potong ikan)
- Untuk sayur saya x buat kali ni, makan pon dah lewat malam..hehe
- Sedap dinikmati semasa panas.:)
No comments:
Post a Comment