Wednesday 1 July 2015

14 Ramadhan 1436H - Ketam Telur Masin

Salam dan Hi Semua..

14 Ramadan..hari ni saya buat lauk ketam untuk berbuka. Patut buat esok seperti permintaan en H nak makan lauk ketam setiap Khamis. Tapi memandangkan esok malam nak balik ke rumah mertua, saya malas nak kotorkan dapur. Hehe

KETAM TELUR MASIN
Resipi dicuba dari blog Masam Manis

Ketam Telur Masin


Bahan2:
4 ekor ketam - dibersihkan
4 biji telur masin - direbus, belah 2, dikorek isi dan lenyek
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit garam
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
8 batang cili padi - ditumbuk halus
4 batang cili padi - diketuk
4 helai daun kari - dimayang halus ( saya letak 1 tangkai)
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu cair (saya guna susu full krim)

  • Kukus ketam sehingga masak (saya kukus lebih kurang 10 minit)
  • Satukan tepung, serbuk kunyit dan garam hingga sebati dan lumur pada ketam. 
  • Goreng ketam dalam minyak hingga terendam sehingga kuning keemasan.
  • Cairkan butter. Tumis bawang, cili padi tumbuk dan ketuk bersama daun kari hingga naik bau.
  • Masukkan telur masin tadi. (Saya patut guna 1 biji je telur masin putih, sebab memang masin tak,letak garam pon..nasib baik ketam tak menyerap rasa masin tu..hehe)
  • Masukkan susu, masukkan ketam dan gaul rata.
  • Sedia dihidang.

KACANG BUNCIS GORENG IKAN BILIS

Kacang Buncis Goreng Ikan Bilis

Bahan2:
Segenggam ikan bilis - digoreng dulu
1 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1 ulas bawang besar - dihiris
1 biji cili hidup - dihiris
20 batang kacang buncis - dihiris serong nipis
kicap manis secukupnya
sedikit garam
  • Tumis bawang dalam minyak gorengan bilis tadi hingga naik bau
  • Masukkan kacang buncis 
  • Masukkan kicap dan bawang besar serta cili.
  • Selepas sayur sedikit layu tambahkan ikan bilis tadi.

No comments:

Post a Comment