Thursday, 25 June 2015

8 Ramadhan 1436H - Gulai Ketam Nenas

Salam dan Hi Semua...

Seperti yang diminta en H, setiap hari khamis sepanjang Ramadhan dia nak makan lauk ketam. So hari ni, saya masak la gulai ketam nenas digandingkan bersama sayur bendi goreng belacan. Masak simple2 je.

GULAI KETAM NENAS

Gulai Ketam Nenas


Bahan2:
9 ekor ketam saiz sederhana - dibersihkan
1 biji nenas - dipotong
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 1/2 sudu besar serbuk kari ikan babas
1/2 biji kelapa parut - diperah santan
garam dan gula secukup rasa
  • Masukkan semua bahan selain gula dan santan di dalam periuk, tambahkan sedikit air, tutup periuk dan masak sebentar sehingga hilang bau rempah.
  • Masukkan santan, perlahankan api dan biarkan mendidih. 
  • Perisakan dengan gula dan garam secukup rasa.

BENDI GORENG BELACAN 

Bendi Goreng Belacan


Bahan2:
15 biji bendi - dipotong serong
2 biji cili merah*
6 biji cili padi*
Belacan - dibakar*
Air asam jawa*
garam*
1 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
Kicap manis secukupnya
  • Blend separa hancur bahan *
  • Tumis bawang sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan kisar, masak hingga pecah minyak
  • Masukkan bendi dan kicap, masak hingga sedikit layu.
  • Boleh tambah air sedikit untuk berkuah.

Wednesday, 24 June 2015

7 Ramadhan 1436H - Nasi Ayam dan Popia Goreng

Salam dan Hi Semua..

Hari ni buat nasi ayam pula untuk berbuka. Masak simple2 ja, janji makan selera dan habis.

NASI AYAM BONDA

haha..gambar ikut dan..lapor x menyempat


Sup
12 ketul ayam - dibersihkan
2 inci halia - dihiris nipis
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis
1 paket sup bunjut adabi
garam secukup rasa
  • Rebus ayam bersama garam, sup bunjut dan halia hingga empuk.
  • Keluarkan ayam untuk diperap bersama sos tiram dan kicap manis.
  • Keluarkan air secukupnya untuk tanak nasi.
  • Baki sup ditambah bawang dan bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis.
Nasi
3 pot beras
Air sup secukupnya
1 ulas bawang besar*
1 ulas bawang putih*
1 batang serai - diketuk
3 potong halia
2 helai daun pandan - disimpul
bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis
Sedikit butter
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk perencah sup
  • Basuh beras dan rendam seketika.
  • Kisar halus bahan dengan sedikit air* 
  • Cairkan butter, masukkan bahan kisar, halia, rempah 3 sekawan, serbuk kunyit, serbuk sup, serai dan daun pandan. Masak sehingga naik bau dan sedikit garing.
  • Masukkan air rebusan ayam secukupnya.
  • Selepas air mendidih, masukkan beras dan pindahkan periuk ke dalam rice cooker.
  • Selepas nasi masak, gemburkan nasi.
Sos
3 biji cili hidup
6 biji cili padi
2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula
sos tomato
sos cili
  • Kisar cili hidup dan cili padi hingga hancur
  • Masukkan ke dalam periuk berserta cuka, masak hingga hilang bau cili
  • Tambahkan gula dan sos, biarkan mereneh hingga sos sedikit pekat.
Kicap
Sos tiram
Kicap manis
  • Setelah ayam siap diperap dalam 30 minit, gorengkan ayam. Goreng kejap je.
  • Bahan perapan ayam dimasukkan dalam periuk bersama sedikit air dan dimasak hingga mendidih.

POPIA GORENG



Bahan2:
Kulit popia secukupnya - saya guna jenama KG Pastry
1 biji lobak merah - diparut
1/4 biji sengkuang - dihiris mancis
100g daging kisar
serbuk lada hitam
garam
2 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris

Bahan lain:
Bancuhan tepung gandum dengan air - untuk lekatkan kulit popia
Sos pencicah - boleh buat sendiri tapi saya guna sos cili manis Mae Pranom

Inti popia

  •  Tumiskan bawang hingga naik bau
  • Masukkan daging kisar dengan sedikit air dan lada juga garam, masak hingga daging empuk.
  • Setelah hampir kering, masukkan lobak dan sengkuang.
  • Selepas sedikit layu, tutup api dan biarkan inti sejuk.
  • Letak inti atas kulit popia, gulungkan dan lekatkan hujung dengan bancuhan tepung gandum.
  • Buat sampai habis ~ adunan ni dapat dalam 14 biji popia.
  • Goreng, sedap dimakan semasa panas.


Sahur 7 Ramadhan 1436H - Mee Berbola Ikan

Salam dan Hi Semua...

Hari ni, ubah selera sahur tak makan nasi tapi saya buatkan mee berbola ikan. Resepi yang simple yang selalu saya buat untuk breakfast.

MEE BERBOLA IKAN

Mee Berbola Ikan


Stok ayam (saya buat siap2 malam tu)
2 ketul ayam bahagian dada - dipotong dadu
garam secukupnya
  • Rebuskan ayam bersama garam sehingga empuk.
Bahan lain:
1/2 bungkus mee kuning - dibasuh dan di tos
fish ball @ fish cake secukupnya
Serbuk lada sulah
10 biji cili padi - diketuk
Sedikit sayur sawi @ daun sup
2 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
  • Tumis bawang sehingga naik bau
  • Masukkan stok ayam, fish ball, cili padi dan lada
  • Selepas mendidih, masukkan mee.
  • Masukkan sawi.
  • Sedia dihidang (saya suka letak sos tomato, en H suka letak sos cili)

Tuesday, 23 June 2015

6 Ramadhan 1436H - Nasi Arab

Salam dan Hi Semua..

Hari ke 6 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu. Hari ni i masak simple je. Nasi arab..

NASI ARAB

Nasi Arab


Sup
9 ketul ayam bahagian thigh - dibersihkan
1 bungkus sup bunjut adabi
5 potong halia
garam secukup rasa
  • Rebus ayam bersama sup bunjut,, halia dan garam sehingga ayam empuk
  • Keluarkan ayam.
Nasi
250g beras basmathi
350ml air rebusan ayam
pes nasi arab Arabian Kitchen secukupnya
pewarna secukupnya
  • Basuh beras dan rendam selama 30 minit, toskan.
  • Masukkan air rebusan ayam bersama pes nasi arab dalam periuk, biarkan mendidih.
  • Masukkan beras, kacau rata dan pindahkan ke dalam rice cooker.
  • Setelah nasi masak, gemburkan nasi sambil dimasukkan pewarna.
  • Masukkan ayam yang direbus tadi ke atas nasi.
  • Biarkan nasi dalam mod keep warm selama 10 minit.
Sos Tomato
2 biji tomato masak
10 biji cili padi
4 tangkai daun ketumbar
sedikit garam
  • Kisar halus semua bahan tanpa air

Ganache Coklat

 Minta share ye Kak Ita dari Masam Manis untuk rujukan di kemudian hari.

Ganache adalah krim coklat yg halus, berkrim dan lembut, mengandungi 24% hingga 40% kandungan lemak. Bahan utama untuk pembuatan ganache adalah lemak, air, gula dan coklat. Keseimbangan bahan dalam resepi amatlah mustahak bagi menghasilkan krim ganache yg tinggi kualitinya, dimana setiap bahan melengkapi antara satu sama lain menjadikan rasanya begitu harmoni sekali.

Tekstur ganache juga memainkan peranan penting dalam persepsi rasa. Ganache sangat mudah menyerap bau atau aroma dari sekeliling. Lemak yang terdapat dalam ganache bertindak seumpama span yang menyerap bau apa sahaja berhampiran dengannya. Oleh itu elakkan menyimpan ganache berhampiran dengan bahan makanan yang kuat baunya.


Coklat yg digunakan dalam pembuatan ganache boleh daripada kumpulan 'Couverture' iaitu coklat tulen atau kumpulan 'Compound', coklat masakan. Perbezaan adalah rasa dan tekstur, pengunaan 'coklat counverture' akan lebih memberikan rasa coklat sejati berbanding 'coklat compound', juga teksturnya yang halus dan licin. Selalunya coklat yang mengandubgi 55 hingga 60% koko menjadi pilihan utama. Jangan sesekali mengambil jalan pintas menggunakan cip coklat dalam pembuatan ganache. Ini kerana cip coklat mengandungi bahan penstabil untuk mengekalkan bentuk bila dibakar. Oleh itu ia akan menghasilkan ganache yang pekat dan likat.

Lemak memberikan tekstur halus dan berkrim. Kandungan lemak yg tinggi juga membantu memanjangkan jangka hayat ganache. Oleh itu, penggunaan krim dari tenusu lebih sesuai digunakan berbanding susu. Air jus buah-buahan atau sirap juga boleh ditambah, tetapi perlulah dimasukkan mentega atau lemak sayuran untuk meningkatkan kandungan lemak seterusnya mengeraskan dan menstabilkan krim ganache.

Gula bukan sahaja memberikan rasa manis, tetapi memainkan peranan penting dalam memanjangkan jangka hayat, kestabilan dalam mengilatkan ganache. Gula yang biasa digunakan adalah gula biasa (suskrosa), sirap glukos, madu atau sirap kencana (golden sirap)

Secara mudahnya, resepi ganache adalah campuran cecair (krim / susu / air) dengan coklat ( coklat gelap / coklat susu / coklat putih ). Gula dan mentega ditambah jika perlu sahaja. Cecair mestilah dididihkan sebelum dicampur dengan coklat yang telah dicincang halus atau dicairkan sedikit, kacau perlahan-lahan hingga larut dan masukkan mentega jika perlu dan kacau lagi hingga halus dan licin.

Nisbah cecair dan coklat pula bergantung kepada penggunaan ganache tersebut.
  • Jika kita mahukan ganache yang cair sahaja seperti sos coklat untuk dihidangkan bersama waffle, crepes atau puding, kita gunakan nisbah satu bahagian cecair dengan satu bahagian coklat (100ml krim : 100 gm coklat )
  • Bagi ganache yang sederhana lembut seperti untuk menyalut kek atau pemanis mulut, gunakan satu bahagian cecair dengan 1.5 hingga 2 bahagian coklat ( 100 ml krim : 175 gm coklat)
  • Untuk ganache keras yang boleh dibentuk atau dipotong memjadi truffle coklat, gunakan nisbah satu bahagian cecair dan tiga bahagian coklat ( 100 ml krim : 300 gm coklat ). 
  • Tambahan 5 hingga 10% sirap glukos akan membantu menstabilkan dan memanjangkan jangka hayat ganache. Masukkan 10 gm sirap glukos bagi setiap 100 ml krim atau susu.
Perasa jus buah, kopi, teh, herba atau rempah boleh ditambah untuk memperasakan ganache. Ia perlu dididihkan bersama krim atau susu sebelum dicampur dengan coklat. Berhati-hati dengan penggunaan herba atau rempah, masukkan dalam kadar yg paling minima agar rasa sebenar ganache tidak terjejas. Untuk pembuatan ganache biasa , penambahan perasa vanila sahaja sudah memadai.

Ganache boleh disimpan selama seminggu di dalam peti sejuk atau sebulan jika dibekukan. Cairkan semula menggunakan teknik kukusan sebelum dugunakan.
Selamat Bercoklat!

GANACHE COKLAT
Oleh : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI
Mac 2012

300 gm krim tenusu ~ whipping cream
30 gm sirap glukos~ boleh didapati di kedai jual bahan kek
500 gm coklat gelap ~ hiris halus
20 gm butter ~ optional

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
Tambahkan butter
Kacau hingga adunan licin dan berkilat
Tuangkan atas kek yang telah disapukan dengan krim coklat terlebih dahulu
Tuang ketika adunan masih cair dan licin untuk mendapatkan permukaan yang licin dan cantik

Monday, 22 June 2015

Panna Cotta Strawberi Versi 2

Salam dan Hi Semua...

Semalam sekali hadap je habis panna cotta. X cukup kata en H. Jadi hari ni buat lagi tapi try resepi dari citarasawan pulak...

PANNA COTTA STRAWBERRY

Panna Cotta Strawberry


Bahan2:
1 cawan susu segar (i guna susu full cream)
1 cawan thickened/ heavy cream (i guna uht whipping cream)
4 sudu besar gula pasir
2 sudu kecil gelatin halal (larutkan dengan 2 sudu besar air panas)
1 sudu kecil esen vanila (i tambah)

Puri Strawberi
200g (~ 10 biji) buah strawberi
4 sudu besar gula pasir
1 sudu besar jus lemon (i x letak)

Cara2:
  1. Masak buah strawberi, gula dan jus lemon hingga mendidih. Sejukkan kemudian kisar halus.
  2. Masukkan air panas ke dalam mangkuk, taburkan dengan gelatin dan larutkan hingga sebati. Ketepikan. Step ni i ikut cara Masam Manis.
  3. Satukan susu, krim dan gula daqlm periuk. Panaskan hingga kelihatan buih-buih kecil di tepi periuk. Tutup api, masukkan larutan gelatin dan esen vanila, kacau hingga sebati. Biarkan sejuk.
  4.  Tuangkan larutan susu ke dalam bekas yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk hingga set.
  5. Apabila menghidang, tuangkan sedikit puri strawberi di atasnya dan boleh dihias dengan buah strawberi segar.
** i letak puri sikit je kat atas, sebab kami x gemar rasa masam strawberi, ikut citarasawan letak 2 layer puri atas dan bawah**

5 Ramadhan 1436H - Ayam Masak Kicap

Salam dan Hi Semua..

Hari ni i masak ayam masak kicap dan juga sayur campur dan panna cotta lagi... itu je sayur yang ada dalam peti..layan kan aje...hehe..siap masak kami ke bazar..asal nak cari air kelapa je, tak meniaga pulak orang tu hari ni. Terbeli la air tebu dan honeydew. Jalan punya jalan terbeli pulak daging masak apa ntah. Dan juga roti john. Balik jiran bagi cucur udang. Murah rezeki. Dari lauk simple2 da jadi meriah...

AYAM MASAK KICAP

Ayam Masak Kicap

Bahan2: 
7 ketul ayam - dibersihkan
2 ulas bawang merah - dihiris*
1 ulas bawang putih - dihiris*
1 inci halia - dihiris nipis*
bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis*
1 ulas bawang besar - dihiris
1 tangkai cili merah - dihiris
8 batang cili padi - diketuk
Air asam jawa secukupnya
Sos tomato secukupnya
Sos cili secukupnya
Sos tiram secukupnya
Kicap manis secukupnya
Garam secukup rasa
  • Ayam dilumur garam kunyit dan digoreng
  • Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau
  • Masukkan air asam jawa, kicap dan segala sos
  • Selepas mendidih masukkan bawang besar dan juga cili
  • Masukkan ayam, perlahankan api, biar mendidih seketika.
  • Perisakan dengann garam