Sunday, 21 June 2015

4 Ramadhan 1436H - Talapia Masak Sambal

Salam dan Hi Semua..

Kejap je da pon hari ke 4 Ramadhan 1436H. Hari ni i masak simple je..talapia merah bersambal dan juga sayur campur..simple2 pon en H bertambah nasi berkali2..hehe..Untuk dessert i buat panna cotta strawberi.

TALAPIA MASAK SAMBAL

Bahan2:
1 ekor ikan talapia merah - dibersihkan
15 tangkai cili kering - direndam dalam air panas*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan - dibakar*
1 ulas bawang besar - dihiris gelang
air asam jawa secukupnya
gula dan garam secukupnya
  1. Lumurkan ikan dengan garam kunyit, kemudian goreng. Ketepikan.
  2. Kisar bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan gula dan garam secukupnya. 
  5. Tambahkan air asam jawa.
  6. Masukkan bawang besar.
  7. Tuangkan atas ikan tadi.

Saturday, 20 June 2015

3 Ramadhan 1436H - Sambal Tumis Petai

Salam dan Hi Semua..

Hari ke 3 Ramadhan baru memasak untuk berbuka. Hari ni buat sambal tumis petai digandingkan bersama sayur kangkung dan juga ikan selangat goreng.

SAMBAL TUMIS PETAI

Sambal Tumis Petai


Bahan:
6-8 papan petai - dipotong kecil
25 ekor udang besar
25 tangkai cili padi - kami suka berkuah*
1 inci belacan - dibakar dahulu*
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
Air asam jawa secukupnya
Gula dan garam secukup rasa
  • Sekiranya dimasak bersama kulit, rebus dulu petai, kemudian toskan. Jika dibuang kulit, rendam seketika isi petai.
  • Kisar bahan *
  • Tumiskan bawang merah dan putih hingga garing, kemudian masukkan bahan kisar dan garam. Masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan gula, kemudian petai dan udang. Kacau seketika.
  • Masukkan air asam. Biarkan mendidih seketika.

Tuesday, 16 June 2015

Lepat Liat Bonda

Salam dan hi semua..

Seronoknya family datang rumah. Tiap hari mak buat macam-macam kuih. Hari ni buat lepat liat pula. Permintaan ayah..hehe

LEPAT LIAT BONDA

Lepat Liat Bonda


Bahan badan:
4 cawan tepung pulut
2 1/2 cawan santan (2x perah)
1 1/2 cawan gula merah
3/4 cawan gula pasir
Sedikit garam

  • Panaskan gula garam dan santan sehingga gula larut sambil dikacau (jgn sampai mendidih)
  • Selepas adunan suam, tuang ke dalam tepung sikit demi sedikit sambil dikacau sampai jadi doh
Bahan inti:
1 biji kelapa parut (parutan bahagian atas yg putih)
Sedikit garam
  • Gaul rata
Bahan lain:
Daun pisang (17 x 17cm) secukupnya
Minyak masak

  1. Sapu minyak atas daun pisang (pada bahagian x kilat)
  2. Letak inti secukupnya
  3. Satukan doh
  4. Gulung dan lipat dikedua hujung daun pisang
  5. Kukus selama 10 minit atas api sederhana

Thursday, 11 June 2015

Kentang putar

Salam dan hi semua...

Bahan kentang putar (dapat dalam 10 scoop aiskrim):
Resipi dicuba dari blog beadbroochgadiskampung.blogspot (ade ubah sikit2..hehe)

8 biji kentang - dibuang kulit, dipotong 6
1 kotak kecil susu segar
2-3 sudu besar butter (saya guna 1sb je)
Serbuk lada hitam secukupnya

  • Rebus kentang sehingga empuk lebih kurang 30 minit. Toskan dan letak semula dalam periuk atas api perlahan untuk keringkan lebihan air
  • Lenyek kentang bersama butter
  • Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil dilenyek. Adjust ikut selera nak lembut dan berlemak macam mana (saya guna 150ml)
  • Tambahkan lada secukup rasa
Bahan sos gravy:
resipi dicuba dari blog mamawandiha.blogspot

1 biji bawang holland - dicincang
1 kiub ayam knorr @ 5 sudu besar stok ayam
650ml air
1 batang saderi - cincang (saya x letak)
40g butter
20g tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
beberapa titik kicap pekat
lada hitam serbuk
garam
  • Masak air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih. Renihkan dalam 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
  • Cairkan butter dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga x melekat pada tepi periuk.
  • Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  • Masukkan sos tomato dan sos tiram dan kicap (kicap untuk bagi warna). Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  • Masak ikut pekat mana yang disukai.

Tuesday, 9 June 2015

Brownies

Salam dan Hi Semua

Hari nie berkesempatan ke kelas brownies anjuran Kolej Komuniti, dengan bayaran RM20 sahaja. Pertama kali join kursus pendek ni, lepas ni nak join lagi menambah ilmu dan kemahiran..Hehe...Dan pertama kali juga makan brownies..sedap rupanya!

BROWNIES
Resepi oleh : KKBB

Brownies


Bahan2 (500g):
125g chocolate coin / bar (30% choc @ bitter sweet)
125g butter
2 biji telur gred B
150g gula kastor
160g tepung gandum ros (kedai bakeri 1kg ~RM2.90)
5g baking powder
5g serbuk koko
100g walnut cincang (boleh gantikan dengan almond @ kekacang lain)

Bahan choc ganache:
200ml susu full cream
200g chocolate bar

Cara-cara:
  1. Oles loyang dengan butter, alas dengan kertas minyak.
  2. Panaskan oven pada suhu 180 degree.
  3. Cairkan coklat dalam microwave selama 1 minit, kemudian tambahkan butter dan kacau sebati. Boleh juga cairkan coklat menggunakan kaedah double boil.
  4. Tepung diayak bersama baking powder dan serbuk koko. Ketepikan.
  5. Pukul telur dan gula dengan kelajuan rendah sehingga kembang (~ 15 saat). Masukkan campuran coklat dan butter tadi, pukul sebati dengan kelajuan rendah.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil adunan dipukul sebati dengan kelajuan rendah.
  7. Biarkan seketika, kemudian tambahkan walnut dan kacau sebati dengan spatula @ senduk.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang, ratakan dan ketuk2 loyang.
  9. Bakar dengan api atas bawah selama 35-40 minit.
  10. Setelah masak, sejukkan brownies atas redai, kemudian boleh dihias dengan ganache.
  11. Didihkan krim, tutup api. 
  12. Masukkan choc bar, kacau sehingga choc larut dan sebati.
  13. Tuang atas brownies.
Oleh sebab oven ade 2 saja yang berfungsi dengan baik dan kami ada 6 group...jadi jenuh la tunggu turn nak bakar..pas siap bakar dah lambat nak proses ganache nya..bawa balik brownies camtu je la...kejar nak tgk sea games...eheheh..

Balik tu try buat sendiri ganache...guna resepi lain dari blog Masam Manis

100ml uht whipping cream
100g coklat compound @ bar
10g syrup glucose


  • Didihkan whipping cream bersama syrup glucose.
  • tuangkan ke dalam bekas berisi coklat bar yang telah dipotong kecil2..
  • kacau sebati
  • tuangkan atas brownies
Sedap!

Sunday, 7 June 2015

Tips dalam pembuatan krim puff

Tips pembuatan cream puff oleh Dari Dapur Azli Razali

Minta izin share ye chef..untuk rujukan saya di masa depan..hehe

Cream puff sebenarnya diperbuat daripada adunan choux pastry. Selain daripada cream puff anda boleh membuat éclair, profiterole dan swan dengan choux pastry.


Choux pastry yang dibuat dengan resipi dan teknik yang betul akan menghasilkan rongga udara di dalamnya. Ruang udara yang terhasil akan membuatkan choux pastry lembut dan ringan.


Teknik ketika anda membancuh tepung dengan cecair (mentega yang dicampur air) perlu diberi perhatian. Anda perlu memasukkan tepung apabila cecair itu mendidih.


Pastikan merjerin atau mentega telah sepenuhnya cair dalam air. Ketika masukkan tepung, kacau dengan cepat.


Jangan biarkan air terlalu lama mendidih kerana ini akan mengurangkan air dan membuatkan adunan anda menjadi terlalu keras. Tepung yang bercampur perlu kelihatan kental dan tidak terlalu cair.


Kacau tepung sehingga ia kurang melekat di sekeliling periuk atau kuali. Sekiranya terlalu cair anda perlu mencampurkan sedikit lagi tepung dan masak lagi supaya airnya dapat disejat.


Selain itu, anda perlu sejukkan adunan tepung itu sebelum anda campurkan dengan telur. Pastikan ia betul-betul sejuk. Fungsi telur dalam choux pastry membantu cream puff anda naik dan membentuk rongga di dalamnya.


Masukkan telur satu persatu dan dikacau sebati. Adunan yang dikacau perlu kelihatan licin dan berkilat.

Paipkan choux pastry mengikut bentuk yang anda suka atas dulang yang telah siap disapu mentega. Dulang perlu disapu mentega supaya choux pastry yang dibakar mudah ditanggal.


Adunan yang betul boleh dilihat apabila choux pastry yang dipaip dapat mengekalkan bentuknya sebelum dibakar. Anda perlu merenjiskan sedikit air pada choux pastry.


Fungsi air untuk menghasilkan wap air yang dapat membentuk rongga dalam choux pastry. Akhir sekali, bakar choux pastry dengan suhu 220 C pada 15 minit awal pembakaran.


Suhu yang tinggi ini akan menukarkan air kepada wap yang akan membentuk rogga dalam choux pastry anda nanti. Kemudian turunkan suhu ke 190 C dan teruskan membakar selama 15 minit lagi. Jangan sekali-kali membawa keluar choux pastry sebelum ia cukup keras dan masak. Ini akan menjatuhkan choux pastry.



Friday, 5 June 2015

Choc Oat Cookies

Salam dan Hi Semua...

Untuk tahun ni biskut raya pertama yang dicuba adalah choc oat cookies dari Azlita Masam Manis. Saya agak memilih dalam hal biskut raya ni, selalunya saya suka biskut yang ada rasa coklat crunchy2 gitew.. ada kekacang, nestum ke..itu untuk biskut moden la. Tapi biskut lama yang sentiasa di hati mestilah biskut semperit dan mazola. En suami suka sangat dengan biskut arab.Dalam banyak2 kuih tradisional saya sangat suka loyang, rempeyek, lidah buaya dan juga batang buruk. tapi susah dah nak jumpa kuih batang buruk yang sedap zaman sekarang ni. 

CHOC OAT COOKIES

Choc Oat Cookies


Bahan-bahan:
280g mentega
90g gula halus
90g gula perang
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh esen butter -saya x letak
1 biji telur
1 biji kuning telur
20ml susu cair

350g tepung gandum @ tepung ros*
1/2 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh baking soda*

250g coklat cip
80g oat - dibakar dalam 6 -10 minit suhu 160C
30g cornflakes - ramas kasar
30g badam cincang - bakar 6 - 10 minit suhu 160C

Cara-cara:
  1. Ayak bahan bertanda * bersama.
  2. Sebatikan mentega, gula halus, gula perang, esen vanila dan esen butter hingga sebati. Kalau guna mixer pukul sekejap saja dengan speed perlahan.
  3. Tambahkan telur, kuning telur dan susu cair.
  4.  Tambahkan tepung yang telah diayak tadi, gaul sebati.
  5. Masukkan coklat cip, badam, oat dan cornflakes, gaul rata.
  6. Sudukan atau bulatkan sebesar guli, susun di atas loyang pembakar.
  7. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit, api atas bawah. Pastikan oven dipanaskan terlebih 15 minit awal sebelum memasukkan adunan cookies.
  8. Biarkan biskut sejuk sepenuhnya sebelum disusun di dalam bekas kedap udara.