Saturday, 25 July 2015

Grilled Salmon with White Sauce

Salam dan Hi Semua..

Malam ni kami makan istimewa sikit...Ayah teringin nak makan satay..Adik pulak nk makan salmon. Maka satay kami beli ja kat Balak Inn. 30 cucuk ayam, 10 cucuk daging dan 10 cucuk kambing. Sedap satay nya. Kami pon tak pernah beli sebelum ni memandangkan jarang makan kat luar. Cuma kuahnya sikit dia bagi. Nasib baik ada lebihan kuah kacang masa open house semalam.

Salmon pulak memang dah lama niat nak cuba resepi ni. Salmon pon dah beli siap2 sebelum raya. Baru sempat buat. Sedap resipi ni. 

GRILLED SALMON & WHITE SAUCE
resepi dicuba dari blog "Sentuhan RasaKasihMama" 

Salmon Sos Putih
 

Bahan2:
2 keping ikan salmon
1 sudu besar minyak zaitun
secubit garam
secubit lada hitam
sayur-sayuran ikut suka

Bahan Sos Putih:
2 sudu besar mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh daun parsli kering (herb lain pon boleh) -saya guna oregano kering
1 cawan susu segar - saya guna susu full krim
secubit garam
secubit lada hitam 
  • Lumurkan ikan dengan garam dan juga lada hitam (kalau guna serbuk lada hitam berperisa tak perlu tambah garam dah)
  • Biarkan 30 minit hingga 1 jam.
  • Panaskan pemanggang ajaib, oles pemanggang ajaib dengan minyak zaitun, saya panggang 5 minit pada setiap bahagian (saya buat 4 ketul ikan *gandakan bahan di atas*, jadi saya ceraikan pemanggang ajaib, boleh panggang 2 ketul ikan pada 1 bahagian pemanggang dan panggang ikan serentak).
  • Untuk sos: Cairkan mentega dalam periuk, masukkan bawang besar hingga layu. Tambahkan tepung gandum, kacau rata. Masukkan susu, herba, garam dan lada hitam, masak sehingga mendidih. 
  • Tuangkan sos atas ikan. (2 adunan sos cukup untuk 5 potong ikan)
  • Untuk sayur saya x buat kali ni, makan pon dah lewat malam..hehe
  • Sedap dinikmati semasa panas.:)

Monday, 13 July 2015

26 Ramadhan 1436H - Daging salai masak lemak cili padi bersama amra

Salam dan Hi Semua...

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI BERSAMA AMRA

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi


Bahan2:
1/2 kilo daging salai - dihiris nipis
8 ulas bawang merah*
2 inci kunyit hidup*
15 biji cili padi*
2 biji buah amra @ belimbing buluh - dihiris nipis
2 batang serai - dititik
1 cawan air
  • Kisar kasar kunyit hidup, cili padi dan bawang merah. 
  • Masukkan air, bahan kisar dan daging, garam, serai dan daging ke dalam periuk, rebus hingga daging empuk (10 - 15 minit).
  • Masukkan buah amra dan santan , kecilkan api, masak sehingga mendidih.


Thursday, 9 July 2015

Tempahan Cookies

Salam dan Hi Semua..

Menyepi sibuk dengan biskut raya..Masak berbuka pon ala kadar ja, kadang2 beli je satu lauk. Sekarang ni tak berapa sangat rasa nak makan. Masak banyak2 pon tak habis. Makan sikit je dah kenyang. Apa taknya, air minum bergelas. Dahaga.

Hari ni seharian ngadap popia nestum. Selepas 3 hari sibuk buat biskut raya, hari ni sempat hantar tempahan cookies kawan en H petang tadi. Alhamdulillah.

Biskut Raya!

Terima kasih kawan2 yang sudi beli dari saya TupperwareBiru...:)

Daun selasih di tepi tokan,
Boleh dikudap pelbagai segi,
Terima kasih kami ucapkan,
Kalau sedap tempahlah lagi.

Buah cempedak di luar pagar,
Abang sasa tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Terkurang rasa harap maafkan.

P/s: tempahan dibuka sepanjang tahun, tidak tertakluk pada musim perayaan sahaja.

Wednesday, 8 July 2015

Red Pearl Cookies

Salam dan Hi Semua...

RED PEARL COOKIES

 
Red Pearl Cookies


Bahan-bahan:
150g butter
150g tepung gandum
75g gula castor
60g cornflakes *saya ramas supaya ia hancur sikit*
50g coklat cip
25g almond nibs
1 sudu teh esen vanila
ceri merah - hiris halus memanjang *saya beli ceri siap potong je, tapi didadu la*
  • Satukan butter dan gula dengan menggunakan senduk kayu, gaul rata. Tak perlu pukul hingga kembang, cukup sekadar ia sebati sebab jika terlebih pukul biskut akan kembang dan leper selepas dibakar.
  • Masukkan tepung, gaul rata.
  • Masukkan cornflakes, badam, coklat cip dan esen vanila, gaul rata.
  • Sudukan atas dulang pembakar.
  • Letakkan hirisan ciri di atas nya.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170 C selama 20-25 minit bergantung kepada kepanasan oven masing -masing *saya bakar selama 30 minit*
  • Angkat dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


Red Velvet Chocolate Chips Cookies

Salam dan Hi Semua...

Perasan tak, semua biskut yang saya cuba mesti ada unsur coklat ke, coklat cip ke, kekacang ke..kan...haha..bila tengok2 balik, lebih kurang je biskut biskut ni. Tapi takpe la, yang penting sedap..:. Resepi dicuba dari Masam Manis.


RED VELVET CHOCOLATE CHIPS COOKIES


RED VELVET COOKIES

 
Bahan-bahan:
120g tepung gandum
50g tepung beras
1 sudu besar serbuk koko
120g margerin planta
10g minyak sapi
100g gula castor
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu besar pewarna merah
50g badam cincang - bakar sekejap dalam 5 minit suhu 170C
30g coklat cips putih
30g coklat chips
  • Ayak bahan kering bersama (tepung gandum, tepung beras, serbuk koko), ketepikan.
  • Satukan marjerin, gula castor dan minyak sapi dalam mangkuk pemutar, putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat.
  • Tambahkan telur dan putar sebati.
  • Tambahkan esen vanila dan pewarna merah, putar sebati.
  • Masukkan bahan ayak tadi, gaul rata dengan spatula atau senduk kayu.
  • Tambahkan badam, 1/2 coklat cip dan 1/2 coklat cip putih, gaul rata.
  • Sudukan ke atas dulang pembakar.
  • Hiaskan dengan baki coklat cip tadi.
  • Bakar pada suhu 150C (saya guna 170C) selama 20 minit. *pastikan oven dipanaskan 15 minit awal*
  • Sejukkan biskuts sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Tuesday, 7 July 2015

Raya dan Pelita Panjut

Salam dan Hi Semua..

Saya dan pelita panjut berpisah tiada. Haha..Pelita ni ada sentimental value sendiri dari kecik.

Rasa tak lengkap kalau malam 7 likur laman rumah tak diterangi dengan pelita panjut ni.

Tak pernah lagi terlepas pasang lampu panjut ni dari kecil kat rumah tok wan, kat rumah mak ayah dan sekarang lepas dah kahwin pon semangat tetap kental pasang pelita panjut.

Selalu nya, selepas siap masak, isi minyak siap2, lepas berbuka sebelum nak ke surau berterawih nyalakan lampu siap-siap.

Pelita Panjut

Monday, 6 July 2015

19 Ramadhan 1436H - Siakap 3 Rasa

Salam dan hi semua...

SIAKAP 3 RASA
Resepi dicuba dari blog Sajian Dapur Bonda 

Siakap 3 Rasa


Bahan Ikan
1 ekor ikan siakap - dibersihkan
sedikit tepung jagung
serbuk pasti sedap knoor - saya gantikan dengan garam kunyit

Bahan Kuah
10 batang cili padi - dipotong kecil (saya ketuk)
1 inci halia - dihiris mancis
6 biji bawang putih - diketuk
1 batang serai - diketuk
1 biji bawang besar - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu (saya x letak)
1/2 biji lada benggala - potong dadu (saya x letak)
Kiub nenas dalam tin secukupnya
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar air nenas
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan (saya x letak)
beberapa helai daun limau purut (saya x letak)
daun sup/daun bawang untuk hiasan (saya x letak)
Ajinomoto secukup rasa (saya x letak)
Gula secukup rasa (saya x letak)
  • Lumur ikan dengan serbuk pasti sedap (saya lumur dengan garam kunyit). Lumurkan pula dengan tepung jagung. lumur kedua-dua belah ikan termasuk bahagian dalam. Biarkan seketika.
  • Panaskan minyak. Goreng terendam ikan hingga garing, ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali lain. Tumis bawang putih, halia, serai dan cili padi hingga sedikit layu dan naik bau.
  • Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, air nenas dan sos lain. Kacau sebentar.
  • Masukkan bawang besar, tomato, nenas, cili benggala.
  • tambahkan air sedikit, biarkan kuah merenih seketika. 
  • Curahkan kuah atas ikan. 
  • Taburkan daun sup daun bawang.