Sunday, 5 July 2015

18 Ramadhan 1436H - Puding Karamel

Salam dan Hi Semua..

Pejam celik tinggal lagi 10 hari je Ramadhan.. Hari ni saya buatkan Nasi Arab lagi untuk menu berbuka. Sebab mudah disediakan, lazat. Sebab paling utama adalah ayam je ada dalam peti. Tak pergi market lagi. Di samping nasi arab, untuk dessert saya buatkan puding karamel.

PUDING KARAMEL

Puding Karamel


Bahan2:
Bahan Karamel
5 sudu besar gula

Bahan A
5 biji telur
5 sudu besar gula halus

Bahan B
1 tin susu cair
sedikit esen vanila
  • Panaskan pengukus.
  • Cairkan gula dalam periuk sehingga keperangan, tuangkan ke dalam loyang.
  •  Dalam bekas lain, satukan gula dan telur hingga gula larut. Tak perlu pukul adunan untuk elak berbuih dan seterusnya buat puding nampak berlubang2. (saya ok je nampak berlubang2..ikut selera masing2)
  • Dalam periuk lain, masak susu dan esen vanila sehingga suam. Tak perlu mendidih.
  • Tuang bahan B ke dalam bahan A, gaul rata.
  • Tapis adunan ke dalam loyang. Tutup dengan aluminium foil.
  • Kukus selama 30 minit. 
  • Setelah puding mencapai suhu bilik, boleh sejukkan dalam peti ais.
#kali ni oleh sebab susu cair saya dah kehabisan buat puding karamel semalam untuk majlis berbuka en H, saya guna susu full krim ditambah sedikit pewarna kuning untuk hari ni# 

#saya sukakan puding karamel versi ni berbanding dengan yang tak guna telur dan tak kukus#

Wednesday, 1 July 2015

14 Ramadhan 1436H - Ketam Telur Masin

Salam dan Hi Semua..

14 Ramadan..hari ni saya buat lauk ketam untuk berbuka. Patut buat esok seperti permintaan en H nak makan lauk ketam setiap Khamis. Tapi memandangkan esok malam nak balik ke rumah mertua, saya malas nak kotorkan dapur. Hehe

KETAM TELUR MASIN
Resipi dicuba dari blog Masam Manis

Ketam Telur Masin


Bahan2:
4 ekor ketam - dibersihkan
4 biji telur masin - direbus, belah 2, dikorek isi dan lenyek
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit garam
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
8 batang cili padi - ditumbuk halus
4 batang cili padi - diketuk
4 helai daun kari - dimayang halus ( saya letak 1 tangkai)
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu cair (saya guna susu full krim)

  • Kukus ketam sehingga masak (saya kukus lebih kurang 10 minit)
  • Satukan tepung, serbuk kunyit dan garam hingga sebati dan lumur pada ketam. 
  • Goreng ketam dalam minyak hingga terendam sehingga kuning keemasan.
  • Cairkan butter. Tumis bawang, cili padi tumbuk dan ketuk bersama daun kari hingga naik bau.
  • Masukkan telur masin tadi. (Saya patut guna 1 biji je telur masin putih, sebab memang masin tak,letak garam pon..nasib baik ketam tak menyerap rasa masin tu..hehe)
  • Masukkan susu, masukkan ketam dan gaul rata.
  • Sedia dihidang.

KACANG BUNCIS GORENG IKAN BILIS

Kacang Buncis Goreng Ikan Bilis

Bahan2:
Segenggam ikan bilis - digoreng dulu
1 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1 ulas bawang besar - dihiris
1 biji cili hidup - dihiris
20 batang kacang buncis - dihiris serong nipis
kicap manis secukupnya
sedikit garam
  • Tumis bawang dalam minyak gorengan bilis tadi hingga naik bau
  • Masukkan kacang buncis 
  • Masukkan kicap dan bawang besar serta cili.
  • Selepas sayur sedikit layu tambahkan ikan bilis tadi.

Tuesday, 30 June 2015

13 Ramadhan 1436H - Pasembor Bonda

Salam dan Hi Semua..

Mana tak bersilat hari ni, selain buat ayam percik, saya buatkan pasembor juga untuk berbuka.

Pasembor Bonda


KUAH KACANG BONDA

Bahan2:
4 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
25 tangkai cili kering - dikisar
200g kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan di kisar
1/2 biji kelapa - diperah santan
1 sudu besar kicap manis
air asam jawa secukupnya
gula dan garam secukup rasa
  • Tumiskan bawang sehingga naik bau dan sedikit garing
  • Masukkan cili kisar dan garam, masak sehingga pecah minyak
  • Masukkan gula dan air asam
  • Perlahankan api, masukkan santan
  • Selepas mendidih, masukkan kacang tanah kisar sikit-sikit sambil dikacau supaya kacang tidak berketul
  • Tambahkan kicap

CUCUR UDANG

Bahan2: (3-4 orang)
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
10 ekor udang saiz sederhana
1 1/3 cawan air
taugeh
serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
  • Gaul sebati kesemua bahan, adjust air ikut kepekatan yang sesuai.
  • Goreng cucur udang, kemudian potong kecil2.
Bahan Lain
Timun - dipotong mancis
Sengkuang - dipotong mancis

13 Ramadhan 1436H - Ayam Percik Roaster

Salam dan hi semua...

Wohaa..penatnya harini. Dari pagi terkejar-kejar ke hulu ke hilir. Balik2 terus masak pulak. Bersilat kat dapur berjam-jam dan dan azan magrib baru menghidang. Kesian en H. Menu kami hari ni ayam percik roaster dan sayur taugeh goreng belacan. Tu la intai dapur orang, pastu terkenan la.Hehe. Terbaik la ayam percik ni. Sodap! Terima kasih pada yang sudi share resepi..:)

AYAM PERCIK ROASTER
Resipi dicuba dari blog Masam Manis

Ayam Percik Roaster


Bahan2:
1 ekor ayam dibelah 4 (guna 2 bahagian saja - peha) - dibersihkan
2 ulas bawang besar* - saya guna 1 ulas bawang besar dan 4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
3 batang serai*
10-15 tangkai cili kering*
1/2 biji kelapa parut - santan pekat
air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukup rasa
4 sudu besar minyak menumis

  • Kisar halus bahan bertanda * dengan sedikit air. Lumurkan pada ayam. (Saya letak gula dan garam juga)
  • Tutup bekas dan perap selama sekurangnya 2 jam. Lagi lama lagi sedap. (Saya perap 4 jam)
  • Keluarkan ayam. Panaskan minyak, tumis kuah perapan ayam sehingga pecah minyak.
  • Masukkan gula dan air asam.
  • Tambah santan kacau rata.
  • Masukkan ayam tadi, tutup kuali, biarkan merenih dan ayam empuk serta kuah santan kering sedikit.
  • Pindahkan ayam ke atas loyang pembakar yang telah dilapik aluminium foil, bakar dalam ketuhar sehingga permukaannya berkilat. Semasa bakar percikkan kuah santan lebihan pada ayam, lakukan berulang kali hingga ayam masak sempurna. (saya tuangkan baki perapan atas ayam, panggang ayam dalam oven. Saya guna fungsi grill pada oven, bakar selama 10 minit pada setiap bahagian)

TAUGEH GORENG BELACAN

Taugeh Goreng Belacan


Bahan2:
2 genggam taugeh
sambal belacan
kicap manis secukupnya
2 ulas bawang merah - dihiris  
1 ulas bawang putih - dihiris
2 ketul tauhu - dipotong kecil
  • Tumis bawang hingga naik bau
  • Masukkan sambal belacan dan masak hingga pecah minyak
  • Tambahkan tauhu dan kicap, kacau rata.
  • Masukkan taugeh, masak hingga sedikit layu.

p/s: Hari ni dapat nangka..yeay!

Oh nikmatnya..TQ makwa susah2 mai anta..



Monday, 29 June 2015

12 Ramadhan 1436H - Oreo Black Beauty

Salam dan Hi Semua..

Hari ni saya buat laksa Johor tunjuk aje. Hee. Lepas tu beli KFC sorang satu set. Alhamdulillah kenyang. Sebenarnya kan ni pertama kali saya rasa laksa Johor, mungkin lepas ni boleh cuba buat sendiri untuk kepuasan diri..:)

Laksa Johor tunjuk


Setelah berhari-hari bertangguh nak cuba satu biskut ni, hari ini tertunai la hasrat mencuba biskut oreo black beauty. Mula buat dah lambat, tu yang masak lauk tunjuk je..Alasan! Sori en H, esok kita masak ye..Biskut ni serius sedap, patut la ramai yang mencubanya. Memang berbaloi. Rasa seindah rupa dan nama, boleh juga dibuat hantaran.

OREO BLACK BEAUTY
Resepi dicuba dari blog Masam Manis

Oreo Black Beauty


Bahan2:
Bahan A
280g mentega
200g gula castor 

Bahan B
250g tepung gandum
50g serbuk koko
30g tepung jagung
20g biskut oreo -dikisar halus, buang krim
1/2 sudu teh baking powder

Hiasan
Putih telur - x letak
Biskut oreo - dikisar halus, buang krim (~ 50g cukup untuk 1 adiunan)
Coklat masakan putih -dicairkan (saya guna coklat strawberi)
Croquant - x letak

Pukul bahan A hingga kembang
Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
Tekan atas tray hingga habis.
Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
Paip kan dengan coklat putih.

Bulatkan seperti guli
 
Susun dalam paper cup selepas digolek atas oreo

Saya ikut cara blog Masam Manis
  • Doh yang dah siap digentel bulat2 seperti guli dalam anggaran 6-8g.
  • Golekkan atas oreo kisar.
  • Susun dalam paper cup dan bakar.
  • Lorek coklat atas biskut.


Sunday, 28 June 2015

11 Ramadhan 1436H - Menu Ala Mamak

Salam dan Hi Semua..

11 Ramadhan. Dah hampir separuh perjalanan Ramadhan tahun ni, cepat sungguh masa berlalu. Sayu pulak hati..

Hari ni saya masak menu ala mamak untuk berbuka puasa. Dalca daging digandingkan bersama kobis goreng telur, telur masin dan juga papedom. Untuk kuih, saya buatkan roti jala untuk dimakan bersama dalca. Kesukaan saya ni. 

DALCA DAGING BONDA

Dalca Daging Bonda


Bahan2:
600g daging batang pinang - dihiris nipis
3 sudu besar serbuk kari ikan babas
3 ulas bawang merah - dihiris*
2 ulas bawang putih - dihiris*
2 inci halia - dihiris mancis*
2 tangkai daun kari*
kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang*
200g kacang dal - direbus hingga kembang
1/2 @ 1 biji kelapa parut - diperah santan
3 biji ubi kentang - dibelah 4
6 tangkai cili hijau - dibuang tangkai
2 biji tomato - dibelah 4
1 batang lobak merah - dihiris mancis
garam secukupnya
  • Bancuh rempah dengan garam dalam 1 mangkuk sederhana berisi air
  • Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau
  • Masukkan bancuhan rempah dan daging, masak sehingga daging empuk dan rempah pecah minyak.
  • Masukkan kacang dal yang telah direbus bersama sedikit air, kacau dan biar seketika supaya kacang dal mesra dengan rempah.
  • Masukkan kentang dan sedikit air, masak hingga kentang empuk. Tambahkan lobak merah.
  • Masukkan santan dan cili hijau, perlahankan api.
  • Selepas mendidih, masukkan tomato.

ROTI JALA BONDA

Roti Jala


Bahan2: (untuk 3-4 orang)
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
  • Bancuh tepung dan telur dengan air, tuang sedikit sehingga kepekatan yang sesuai.
  • Tambahkan serbuk kunyit dan garam.
  • Tuang adunan dalam blender dan blend - untuk elak tepung berketul
  • Panaskan kuali, sapu minyak, tuang adunan dalam acuan roti jala dan tebar atas kuali
  • Selepas masak, gulung roti.

KOBIS GORENG TELUR 

Kobis Goreng Telur


Bahan2:
1/3 biji kobis bulat - dihiris nipis
1 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1 biji telur
serbuk kunyit dan garam secukupnya
  • Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau
  • Masukkan kobis dan sedikit air, tambahkan serbuk kunyit dan garam.
  • Selepas agak layu, pecahkan telur.

Saturday, 27 June 2015

10 Ramadhan 1436H - Siakap Stim Ala Thai, Sambal Tumis Sotong Kering dan Samosa

Salam dan Hi Semua..

SIAKAP STIM ALA THAI

Siakap Stim Ala Thai


Bahan2:
1 ekor siakap - dibersihkan
1 ulas bawang besar - dihiris gelung
4 ulas bawang putih - dihiris
10 batang cili padi - diketuk
1 batang serai - diketuk
2 inci halia - dihiring nipis panjang
1 biji cili merah - dihiris*
daun sup @ daun ketumbar*
1 kiub ikan bilis
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis @ kicap cair
1 @ 2 biji limau nipis @ kasturi - diperah airnya
sedikit air
lada sulah dan garam secukup rasa
  • Panaskan pengukus.
  • Letak sebahagian bahan hiris di bawah ikan diikuti ikan dan baki bahan hiris
  • Taburkan daun bahan *
  • Tambahkan bahan2 lain.
  • Kukus selama 10 - 15 minit.

SAMBAL TUMIS SOTONG KERING 

Sambal Tumis Sotong Kering


Bahan2:
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 ulas bawang besar - dihiris
4 ekor sotong saiz besar - direndam semalaman
25 tangkai cili kering*
sedikit belacan - dibakar dahulu*
air asam jawa secukupnya
gula dan garam secukup rasa
  •  Kisar hancur bahan *
  • Tumis bawang merah dan putih hingga garing
  • Masukkan bahan kisar dan garam, masak hingga pecah minyak
  • Tambahkan gula, kemudian masukkan sotong, kacau rata
  • Masukkan air asam, perlahankan api, biarkan mendidih untuk seketika.

SAMOSA 

Samosa


Bahan2:
Kulit popia secukupnya
4 biji kentang - didadu
150g daging kisar
1 kiub ikan bilis
1 ulas bawang besar - didadu
4 ulas bawang putih - dihiris nipis
lada sulah dan garam secukupnya
sedikit sayur campur
  • Tumis bawang putih hingga naik bau
  • Masukkan daging kisar, sedikit air dan lada sulah, masak hingga daging empuk.
  • Masukkan kentang, air, kiub ikan bilis, masak hingga kentang empuk.
  • Bila air hampir kering, masukkan sayur campur dan bawang besar, masak hingga kering.
  • Biarkan sejuk.
  • Boleh mula gulung samosa. Inti di atas dapat dalam 12 ketul samosa saiz besar.