Thursday, 29 September 2016

Ber Shell Out Kami Malam Nie..Sedap!!

Salam dan Hi Semua...



Tadi malam kami buat shell out, dah lama simpan resipi. Kebetulan mak ayah ada kat rumah, makan ramai-rami syok, boleh berebut-rebut walau cukup je makanan tu. Lagipon buat sendiri ni jimat banyak, makan kat kedai dapat ciput je. Yang ni puas la makan, siap tolak-tolak untuk dihabiskan.

Hari sebelumnya kami ke market lah, cari bahan2nya. Boleh gunakan apa sahaja makanan laut yang kita suka. Main beli ja berapa banyak, pakai semua. Macam elok-elok pula kuah dengan seafood. Rasanya sos ni boleh buat awal, simpan elok-elok dalam peti ais, nanti bila teringin nak makan shell out cepat ja boleh siapkan. Resepi dicuba dari blog Masam Manis dan Suraya Sulatin. Wajib cuba, memang sangat sedap.

Makanan Laut 

Ketam - 5 ekor, dipotong 2
Udang sederhana besar - 25 ekor
Sotong - 7 ekor
Remis - 1kg
Lala - x letak
Kerang - x letak
Pepahat - x letak
Kupang - x letak
Isi ikan - x letak

*sukatan makanan laut ni terpulang ikut minat masing-masing tapi haruslah bersesuaian dengan sukatan sos nya ya.
  • cuci bersih semua makanan laut. didihkan air bersama sedikit garam. kemudian rebus setiap makanan laut secara berasingan. rebus sekejap je separuh masak, macam celur. ketepikan. 
* rasanya next time buat udang tak perlu celur, udang cepat masak nanti overcooked bila masak kali ke2 nanti

Bahan Sayuran

Jagung manis - potong 3
Brocoli - x letak
Kentang - potong wedges/ belah 4
Carot - hiris bulat
Bunga kobis - potong kecil
  • didihkan air bersama sedikit garam, celur carot dan bunga kobis.
  • Rebus kentang dalam air bersama sedikit garam hingga empuk ~ 15 minit
  • Rebus jagung dalam air bersama garam dan gula hingga empuk - tak berapa pandai nak rebus bagi cukup rasa dan tak kecut lepas masak @_@
  • dah siap, ketepikan kesemua bahan sayuran.

Bahan Rempah 

Bahan A - di kisar
20 tangkai cili kering - rendam lembut, nak pedas boleh lebihkan cili
1 genggam udang kering - rendam lembut
2 labu bawang besar
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci belacan - saya bakar dahulu
  • satukan kesemua bahan bersama air dan sedikit minyak masak, kisar halus
Bahan B - di tumis
6 ulas bawang merah - hiris halus
6 ulas bawang putih - hiris halus
1 inci halia - hiris halus
10 batang cili padi - hiris halus, nak pedas boleh lebihkan
2 batang serai - dititik
5 tangkai daun kari
minyak untuk menumis
1 sb butter / marjerin

Bahan C - perasa
3 sb rempah kari ikan
3 sb sos tiram
3 sb sos ikan
1 st serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
garam - saya x tambah dah sedia masin
gula secukupnya ~ 1 1/2 sb

  1. Panaskan minyak bersama butter dalam kuali. Masukkan bahan tumis (Bahan B) dan tumis hingga naik bau dan garing.
  2. Masukkan bahan kisar (Bahan A) masak sampai garing. Masak biar lama sikit biar cili betul-betul masak. Jika kuah terlalu pekat tambahkan air dan masak lagi.
  3. Masukkan bahan perasa (Bahan C). Mulakan dengan rempah kari, masak sekejap biar garing, kemuadian masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam, kiub ayam dan gula. Kemudian baru masukkan garam. Berhati-hati dengan penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan dah sedia masin.
  4. Biarkan kuah merenih sebentar. Angkat dan masukkan ke dalam periuk lain.
  5. Keluarkan 1 senduk kuah ke dalam kuali, panaskan, masukkan remis, masak sebentar, angkat. Ulang semula untuk semua jenis makanan  laut (berasingan ya) dan juga sayur carot dan bunga kobis.
  6. Jagung dan kentang dibiarkan sahaja direbus begitu.
Setengah jam ja licin. Dah kenyang, boleh la sambung aktiviti seterusnya tengok movie Deepwater Horizon!











Tuesday, 16 August 2016

Kuih Lopeh Bonda

Salam dan Hi Semua...

Masih lagi belajar dengan bonda kuih muih melayu. Hari ini kuih favorite kami suami isteri, kuih lopeh.

Kuih Lopeh Bonda
Bahan-bahan:-

500g beras pulut
pewarna hijau
2 keping daun pandan
1 1/4 st garam
air secukupnya
kelapa parut secukupnya
1/2 cawan gula merah
1/4 cawan gula pasir
daun pisang - dilayur dan dipotong mengikut saiz yang diperlukan

Cara-cara:

  • Basuh beras pulut, tambah air seperti masak nasi, tapi sukatan airnya adalah kurang dari nasi
  • Tambahkan perwarna hijau apple dan garam, kacau rata. Tutup periuk, tanak atas api sederhana.
  • Sentiasa kacau pulut. 
  • Bila pulut dah kering, perlahankan api, biarkan sehingga masak atau 3/4 masak.
  • Semasa pulut masih panas tu, letakkan 2 senduk pulut atas daun pisang, gulung padat dan ikat dikedua hujungnya dengan tali rafia. 
  • Kukus sekejap dalam 15 minit.
  • Kelapa parut digaulkan dengan sedikit garam.
  • Untuk air gula nya, masak gula merah, gula pasir, daun pandan bersama air secukupnya, Masak sehingga agak likat, kemudian tapis. Biarkan sejuk.

Wednesday, 3 August 2016

Chocolate Brownies Kedut

Salam dah Hi Semua,

Hari ni teringin pulak nak makan benda manis. Penangan makan sepotong brownies yang dibeli adik ipar sabtu lepas la ni. Resipi dicuba dari sifu Azlita Masam Manis.

CHOCOLATE BROWNIES KEDUT 




Bahan-bahan (loyang 10" x 10")

400g coklat masakan/ coklat compound
150g unsalted butter
100g gula perang
100g gula castor
4 biji telur size A
1st esen vanila
100g tepung naik sendiri
30g serbuk koko

Oleh sebab sy xde loyang 10x10, saya adjust bahan untuk loyang 8" x 8":

256g beryls dark coklat
96g Anchor unsalted butter
64g gula perang
64g gula castor
1/2 st esen vanila
3 biji telur saiz B
64g tepung gandum
1/4 st baking powder
19g serbuk koko
60g callebaut choc - saya tambah untuk effect choc lava..sesuka hati je kan..lol


Cara-cara:
  • Panaskan oven pada suhu 160 degree selama 15 minit, api atas bawah.
  • Oles loyang dengan butter, alas dengan baking paper, oles lagi butter.
  • Coklat compound dipotong kecil, disatukan dengan butter dan cairkan secara double boil hingga keduanya larut. Gaul rata.
  • Dalam bekas lain, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata guna hand whisk sahaja.
  • Dalam bekas lain, ayak tepung, serbuk koko dan baking powder bersama.
  • Tuangkan adunan telur ke dalam adunan coklat dan butter, ratakan.
  • Masukkan campuran tepung dan serbuk koko sedikit-sedikit dan gaul rata.
  • Masukkan callebaut choc chip, gaul perlahan.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang.
  • Bakar selama 30 - 35 minit mengikut kepanasan oven masing- masing.
  • Bila dah masak, tutup oven, biarkan kek dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit selama 15 minit.
  • Bila dah sejuk, boleh potong dan hidangkan.
  • Boleh juga letak topping nutella dsb.

**ade dah effect choc lava tu, kena letak lebih banyak baru meriah** :)

Tuesday, 2 August 2016

Gulai Nenas Ikan Talang Bonda

Salam dan Hi Semua..

Menu kegemaran lagi untuk makan malam hari ni, gulai nenas ikan talang. Resipi dari bonda saya.

GULAI NENAS IKAN TALANG



Bahan-bahan:
600g ikan talang masin (tulang campur isi) - potong kecil
1 biji nenas - hiris
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih- hiris
2 sb rempah ikan babas
1 kotak (200ml) santan kara
Air secukupya
Garam dan gula secukupnya
1sb minyak*
2 ulas bawang merah - hiris*
1st biji sawi*
  • Masukkan kesemua bahan selain santan dan bahan * ke dalam periuk bersama sedikit air, masak hingga hilang bau rempah.
  • Masukkan santan dan air selebihnya, biarkan mendidih. Perasakan secukupnya.
  • Dalam kuali, panaskan minyak, tumis bahan* hingga sedikit garing dan naik bau, tuangkan biji sawi, bawang bersama minyak gorengan ke dalam periuk gulai tadi, tutup tudung periuk.

Monday, 25 July 2016

Bakso Sedap

Salam dan Hi semua...

Hari ni cubaan pertama buat bakso, resipi dirujuk dari blog sifu Azlita Masam Manis. Simple je sebenarnya bakso ni, dalam sejam da sedia untuk dinikmati.. Rasa dia memang sedap, kecur liur..:)

BAKSO SEDAP 



Bahan-bahan:

1 bungkus mihun - direndam dalam 30 minit, celur sekejap dalam air mendidih
Taugeh
Kobis - hiris halus
Daun sup daun bawang - hiris
Bawang goreng

Bebola daging
400g daging cincang
2 ulas bawang merah - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 biji telur - 1 biji dikocok tapi ambil 1/2 sahaja
2 st tepung jagung / tepung ubi
1 st serbuk lada sulah
garam secukup rasa
  • Satukan semua bahan, gaul rata. Bulat-bulatka sebesar guli. Ketepikan.
Kuah bakso
1/2 kg tulang - optional
2 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia
2 st lada sulah
1 batang serai - diketuk
1 kiub pati daging
1 bungkus sup bunjut - optional
garam secukup rasa
  • Mula-mula rebus dulu tulang hingga empuk. Saya guna pressure cooker lebih kurang 30 minit.
  • Dalam kuali berasingan, panaskan minyak, tuis bawang, halia dan serai hingga wangi, kemudian masukkan ke dalam air rebusan tulang tadi.
  • Masukkan sup bunjut, kiub daging dan perisakan dengan garam secukupnya.
  • Bila dah mendidih, masukkan bebola daging tadi. Bebola daging akan timbul dipermukaan kuah apabila masak.
  • Biar renih sekejap kuah bakso kita.
Bakso dimakan bersama mihun yang dicelur tadi, taburkan taugeh, daun sup daun bawang, hirisan kobis dan juga bawang goreng. Hidangkan bersama kicap Enaq pedas dan lada cuka.

Boleh juga buat sendiri kuah kicapnya.

Kuah kicap
30 biji cili padi
1 sb gula
2 ulas bawang putih
Kicap manis secukupnya
  • Kisar semua bahan hingga halus.
Lada cuka
10 biji cili padi
cuka makan secukupnya
  • Kisar bahan bersama.
**Bakso kami nampak togel je, bahan hiasan takde stok kat rumah..lol**

Tuesday, 19 July 2016

Mihun Tomyam

Salam dan Hi semua...

Hari ni kami berbuka puasa enam dengan mihun tomyam. Resipi di cuba dari Azlina Ina.

MIHUN TOMYAM 

 

Bahan-bahan:

Monday, 18 July 2016

Mihun Sup Tulang Bonda

Salam dan Hi Semua..

Menu kesukaan saya, mihun sup tulang bonda. Semestinya.Saya suka makan mihun sup ni dengan sos tomato. Tapi saya buatkan juga kuah kicap untuk en suami..:)

MIHUN SUP TULANG BONDA 



Bahan-bahan: (untuk 6-8 orang)

Sup:
1kg tulang
1/2 kg daging - dihiris kecil
1 bungkus sup bunjut adabi
1 inci halia - dihiris
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 tangkai bunga cengkih
3 biji pelaga
3 biji badam*
1 st kaskas*
1 sb lada hitam kasar
1 sb kicap manis
serbuk perencah sup adabi
garam, aji secukupnya

- Rendam bahan* dalam air panas, bila kulit badam dah lembut buangkan kulitnya, hancurkan kaskas dan badam, tapis airnya.
- Rebus tulang, daging, sup bunjut, halia dan sedikit garam dalam 1/2 periuk air guna pressure cooker selama 30 minit.
- Dah empuk, masukkan bahan-bahan lain, perisakan secukupnya.

Mihun:
1 bungkus (400g) mihun jasmine

-Rendam dalam air selama 30 minit - 1 jam
- Celur dalam air mendidih selama 2 minit
- Toskan

Kuah kicap:
30 biji cili padi
2 ulas bawang puitih
kicap manis secukupnya
1sb gula

-Kisar semua bahan.

Hiasan:
Daun sup daun bawang
Bawang goreng
Fish cake- goreng dahulu, hiris nipis